[ Isi Kandungan | Siri 41 | Siri 42 | Siri 43 ]

'I Knew I Should've Gotten A Face-Lift'

Oleh A.R Dean (19 Oct 1990)

Minggu lepas kita mempelajari beberapa perbezaan di antara Bahasa Inggeris yang digunakan di Britain dengan yang digunakan di Amerika Syarikat, terutamanya dari segi istilah. Minggu ini kita akan melihat beberapa perbezaan lagi di antara British English dengan American English. Misalnya, ikuti dialog yang dipetik daripada kartun Rip Kirby:

Doris: "He isn't going to leave...What have I gotten myself into?"

Baca juga rungutan Crock:

"I knew I should've gotten a face-lift."

Kedua-dua dialog di atas mengandungi perkataan gotten. Jika anda masih ingat lagi kandungan Siri 19, anda akan tahu bahawa sekiranya kartunis berkenaan berbangsa British, mereka tidak akan menggunakan perkataan gotten, sebaliknya mereka akan menggunakan perkataan got seperti berikut:

Doris:"What have I got myself into?"
Crock: "I knew I should've got a face-lift."

Perkataan got ialah past participle dan past tense kata kerja get di dalam British English. Tetapi dalam American English, got ialah past tense kata kerja get, manakala gotten ialah past participle kata kerja tersebut. Ringkasnya:-

VerbPast TensePast Participle
UKgetgotgot
USgetgotgotten

Get somebody into merupakan idiom yang kita tidak pelajari di dalam Siri 19 yang lalu. Ia bermaksud meletakkan seseorang itu di dalam suatu keadaan yang kurang baik. Apabila Doris mengeluh "What have I gotten myself into!", dia bermaksud "Apa pula bala yang akan menimpa diriku (akibat tindakan aku sendiri)."

Tetapi jika kita bertanya, "I wonder what's got into her? She's been so bad-tempered lately", kita bermaksud "Apa yang tak kena dengannya? Dia asyik marah saja kebelakangan ini". Jadi, "What's got into Crock? sehingga dia merungut "I knew I should've got a face-lift?" Face-lift bukanlah "mengangkat muka" atau pun boleh digantikan dengan face-elevator!.

Seperti kebanyakan bintang filem Hollywood, agaknya bagi Crock face-lift (pembedahan untuk menghilangkan semua kedut di muka) boleh membuatnya kelihatan muda. Get ialah irregular verb. (Rujuk Siri 17). Beberapa irregular verb yang berikut juga mempunyai bentuk past tense dan past participle yang berbeza di dalam British English dan American English.

VerbPast TensePast Participle
kneel UKkneltknelt
USkneeledkneeled
leap UKleaptleapt
USleapedleaped
smell UKsmeltsmelt
USsmelledsmelled
spell UKspeltspelt
USspelledspelled
spill UKspiltspilt
USspilledspilled

Perhatikan bahawa perbezaan yang nyata di dalam contoh-contoh di atas ialah bahawa di dalam American English, past tense dan past participle dibentuk dengan menambah -ed di hujung. Di samping kata kerja di atas, terdapat beberapa verb yang lain yang mempunyai dua bentuk past tense dan past participle. Ini bukan perbezaan di antara British English dan American English. Ia hanya merupakan variasi di dalam ejaan. Misalnya:

VerbPast TensePast Participle
burnburntburnt
burnedburned
dreamdreamtdreamt
dreameddreamed
dwelldweltdwelt
dwelleddwelled
learnlearntlearnt
learnedlearned
lightlitlit
lightedlighted
shineshoneshone
shinedshined


[Isi Kandungan]
Copyright © 1995-2000 Fz Sdc
nsr@melayu.com
http://www.melayu.com/nsr


1