[ Siri 18 | Siri 19 | Siri 20 ]

Penggunaan Perkataan 'Get'

Oleh A.R Dean (11 Mei 1990)

Jika anda masih ingat latihan lalu, anda dikehendaki menggunakan kamus untuk mencari makna perkataan get. Adakah anda telah cuba membuat latihan berkenaan? Jika anda telah cuba membuat latihan tersebut, anda akan dapati bahawa terdapat begitu banyak sekali makna perkataan get, terutama apabila ia membentuk idiom apabila berganding dengan lain-lain perkataan.

Anda tentu telah mengetahui bahawa terdapat pelbagai perbezaan di antara Bahasa Inggeris yang digunakan di Britain (British English) dengan Bahasa Inggeris yang digunakan oleh orang Amerika (American English). Misalnya, kalau kita menonton TV, kita akan tahu bahawa cara sebutan sangat berlainan.

Di dalam British English, past participle get ialah got. Pada satu masa dahulu, past participle get dibentuk dengan menambahkan -en, iaitu gotten. Ini sama seperti perkataan eaten (eat), fallen (fall), risen (rise) dan lain-lain. Bentuk asal ini masih terus digunakan di dalam American English. Jadi, misalnya, jika di dalam British English kita berkata "I wish I hadn't got ill" (Alangkah baiknya sekiranya aku tidak jatuh sakit), di dalam American English kita berkata "I wish I hadn't gotten ill."

Sungguhpun akhiran -en tidak lagi digunakan bagi perkataan get di dalam British English, ia masih digunakan di dalam past participle forget, iaitu forgotten. Begitu juga bentuk -en masih kekal didalam ungkapan ill-gotten gains ( wang diperolehi secara haram, misalnya dari rompakan).

Seperti dikatakan di atas, terdapat banyak idiom yang terbentuk dengan perkataan get. Minggu ini kita akan mempelajari beberapa idiom berkenaan. Cuba baca ayat-ayat berikut dan perhatikan bagaimana kadang-kadang idiom yang sama mempunyai pelbagai maksud:

Only two soldiers got across the bridge before it was blown up.
(Hanya dua orang askar saja yang berjaya menyeberangi jambatan itu sebelum ia meletup)

The teacher spoke slowly, but his meaning didn't get across.
(Cikgu itu bercakap dengan perlahan-lahan tetapi dia tidak berjaya menyampaikan apa yang dia maksudkan).

The comedian didn't seem to be able to get his jokes across to his audience.
(Pelawak itu tidak dapat membuat penonton ketawa dengan jenakanya).

Daud got well ahead of the rest of the class by doing just a little extra homework.
(Daud jauh lebih maju di dalam pelajarannya daripada pelajar-pelajar lain di dalam kelasnya dengan hanya membuat kerja rumah yang lebih sedikit sahaja).

We can't get along without money.
(Kita tidak boleh hidup tanpa wang).

How are you getting along with your English?
(Adakah anda membuat apa-apa kemajuan di dalam mempelajari Bahasa Inggeris?)

He gets along well with his boss.
(Dia mempunyai hubungan baik dengan ketuanya).

Don't you see what I'm getting at?
(Kau tak faham ke apa yang aku cuba kata?).

The book is locked up in the car and I can't get at it.
(Buku itu terkunci di dalam kereta dan aku tak boleh dapatkannya)

The police had great difficulty in getting at the truth of the matter.
(Pihak polis menghadapi kesukaran besar di dalam usaha membongkar perkara sebenar)

One football player has been got at.
(Salah seorang pemain bolasepak telah diberi rasuah)

Khatijah is always getting at her husband because he doesn't keep the car clean.
(Khatijah selalu marahkan suaminya kerana dia tidak menjaga kebersihan kereta mereka).

I'm afraid I can't get away from the office this afternoon.
(Nampaknya saya tak dapat keluar daripada pejabat petang ini)

The thieves got away with $100,000.
(Perompak-perompak itu mencuri dan melarikan $100,000)

Some students cheated in the examination and got away with it.
(Beberapa orang pelajar menipu di dalam peperiksaan tetapi tidak dikesan atau ditangkap , jadi mereka terlepas daripada hukuman).

With that innocent, smiling face of his, he could get away with murder.
(Dengan rupa seolah-olah pijak semut pun tak mati, dia boleh buat apa saja yang dia suka tanpa dimarah atau dihukum).

When Daud gets back please tell him that Khatijah phoned.
(Bila Daud pulang tolong beritahu dia bahawa Khatijah telefon).

If you lend Daud your umbrella, you'll never get it back.
(Jika kamu pinjamkan payung kepada Daud, kamu tak akan dapatkannya balik).

Daud's way of getting back at his ex-wife was by cutting of the alimony.
(Daud membalas dendam terhadap bekas isterinya ialah dengan tidak membayar nafkah).

Begitulah beberapa idiom yang mengandungi perkataan get. Ini adalah sebahagian kecil saja daripada idiom dan lain-lain ungkapan yang mengandungi perkataan get. Jadi, ada baiknya sekiranya anda mengkaji perkataan ini. Sungguhpun ia hanya merupakan perkataan tiga-huruf saja, tetapi kegunaan dan peranannya di dalam Bahasa Inggeris begitu meluas sekali.

Latihan

  1. Di dalam pelajaran di atas ada beberapa erti ungkapan 'get back'. Apakah maksud 'get back' di dalam ayat 'Let's get back to the carnival - fast'?
  2. Beri maksud ungkapan-ungkapan ini:
    • break-in
    • run for it
    • step on it

[Isi Kandungan]
Copyright © 1995-1999 Fz Sdc
nsr@melayu.com
http://www.melayu.com/nsr


1