[ Isi Kandungan | Siri 42 | Siri 43 | Siri 44 ]

Menggunakan Perkataan Send Dan Take

Oleh A.R Dean (26 Oct 1990)

Baca ayat berikut dengan teliti:

She sent her son to school yesterday.

Jika kita bermaksud bahawa dia 'menghantar' atau 'membawa' anaknya ke sekolah, misalnya dengan kereta, iaitu dia turut pergi bersama-sama dengan anaknya atau mengiringi anaknya, kita tidak boleh menggunakan kata kerja send (sent ialah bentuk past tense dan past participle) sungguhpun ia bermaksud 'hantar' atau 'bawa'. Ini adalah kerana apabila kita menggunakan perkataan send dengan maksud 'menghantar' atau 'dihantar', kita tidak pergi bersama. Misalnya, baca komen Bugs Bunny mengenai Daffy Duck:

Only guy in the world who whould send a chain letter to his mom.
(Dia saja di dalam dunia ini yang tergamak menghantar 'surat berantai' kepada ibunya.)

Adalah jelas bahawa bila Daffy 'menghantar' surat kepada emaknya, dia tidak pergi 'bersama' dengan surat itu, iaitu surat itu saja yang 'sampai' kepada emaknya. Lihat pula contoh-contoh berikut:

She sent her daughter to buy some sugar.
(Dia menghantar anaknya untuk membeli gula.)

The company is sending him on a management course.
(Syarikat ini akan menghantarnya untuk mengikut kursus pengurusan.)

Contoh di atas menunjukkan dengan jelas bahawa orang atau pihak yang 'menghantar' tidak pergi bersama orang yang 'dihantar'. Jadi, ingatlah bahawa jika kita send, kita tidak pergi bersama. Jika lain kali kita 'menghantar' atau 'membawa' ibubapa kita ke lapangan terbang atau 'menghantar' mereka pulang ke kampung di dalam kereta, jangan gunakan perkataan send.

Di sebaliknya, gunakan perkataan take, (took, past tense; taken, past participle). Ini adalah kerana apabila kita menggunakan perkataan take, kita pergi 'bersama' atau 'mengiringi' perkara atau orang yang kita 'hantar' atau 'bawa'. Misalnya:

I sent my parents to the airport. (salah)
I took my parents to the airport. (betul)

We usually send the children to school in the car.(salah)
We usuallh take the children to school in the car.(betul)

Lihat pula ayat yang dipetik daripada kartun Mandrake:

The monster brings back another earth trophy.
(Raksasa itu membawa balik sebuah lagi benda daripada bumi).

Apa yang jelas ialah bahawa kata kerja bring (brought past tense dan past participle) juga menunjukkan bahawa kita 'mengiringi' benda atau orang yang kita 'hantar' atau 'bawa'. Tetapi kita tidak boleh menggunakannya di dalam ayat-ayat di atas.

I brought my parents to the airport. (salah)
We usually bring the children to school in the car. (salah)

Sungguhpun maksud take dan bring hampir sama, apa yang membezakan kedua-dua perkataan ini ialah 'arah pergerakan'. Kita menggunakan take apabila kita membawa suatu perkara daripada suatu tempat di mana kita berada kepada suatu tempat yang lain, manakala kita menggunakan bring apabila suatu perkara dibawa kepada tempat kita berada. Lihat perbezaannya di dalam arahan-arahan berikut:

  1. Bring that book here.
    Di dalam arahan ini kita menyuruh seseorang itu membawa sebuah buku (yang berada di tempat lain) kepada tempat kita berada (here). Kita boleh juga berkata 'send that book here'. Tetapi ingatlah bahawa sekiranya kita menggantikan bring dengan send, perbezaannya ialah bila send digunakan kita tidak mengharapkan orang yang diarah itu sendiri untuk membawa buku tersebut. Dia boleh mengeposkan, mengarahkan orang lain untuk membawanya dan sebagainya.
  2. Take the umbrella when you go out.
    Di dalam arahan ini kita menyuruh seseorang itu mengambil payung (yang berada di tempat kita sedang bercakap) kepada tempat yang dia hendak pergi (yang bukan sahaja bukan tempat yang kita berada tetapi terletak di arah yang tidak menuju kepada tempat kita berada).
Lihat pula perbezaan di antara bring dan take di dalam ayat-ayat berikut:

  1. He came to my house and brought me a present.
  2. I went to his house and took him a present.
Di dalam ayat pertama dia datang ke rumah saya dan membawa bersamanya hadiah untuk saya. Di dalam ayat kedua saya pergi kerumahnya dan membawa bersama saya hadiah untuknya. Tegasnya, di dalam ayat pertama hadiah itu 'bergerak' daripada orang lain kepada saya. Tetapi di dalam ayat kedua hadiah itu 'bergerak' daripada saya kepada orang lain.

Latihan
Pilih perkataan yang betul bagi ayat-ayat berikut:
  1. I'm going to (send/take) my sister to the railway station.
  2. Did you (send/take) a birthday card to your brother?
  3. (Bring/Take) your mother a cup of tea.
  4. He (brought/took) some toys for my children.
  5. Don't forget to (bring/take) your wallet when you go to school.


[Isi Kandungan]
Copyright © 1995-2000 Fz Sdc
nsr@melayu.com
http://www.melayu.com/nsr


1