Alhamdulillah dengan izin Allah kumpulan kami  telah dapat menyiapkan tugasan rekabentuk ini. Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih saya yang tidak terhingga kepada pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepada saya iaitu Prof. Madya Dr. Md Dan bin Md Palil diatas ilmu rekabentuk yang telah dicurahkan sehingga dapat saya melaksanakan projek ini. Pada mulanya, penjanaan idea untuk membuat alat penyiram pokok bunga automatik ini agak kurang memberangsangkan namun setelah mendapat tunjuk ajar daripada Encik  semuanya telah dapat diselesaikan dengan baik sekali.

 

Seterusnya, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Jabatan Pertanian Air  Hitam iaitu Ir Zahri                       dan pihak Syarikat Pertama Irrigation    En Mazdi    kerana telah memberi banyak pandangan  dan idea-idea yang bernas mengenai konsep asas pertanian di dalam proses menghasilkan alat ini. Segala ilmu dan tunjuk ajar tuan amatlah kami hargai.

 

Tidak lupa juga kepada semua rakan kelas yang telah banyak membantu dalam proses menghasilkan projek ini. Idea-idea bernas yang telah banyak disumbangkan untuk memperbaiki mutu model dan mempertingkatkan kekemasan model ini amatlah dihargai. Tidak lupa juga kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam proses penghasilan model ini diucapkan ratusan terima kasih

 [Main Menu]  [Introduction] [Acknowledgement] [Group Members] [Schedule] [Objective] [Design] [Component]

[Tech Drawing] [3D Drawing] [Circuit] [Assembly]  [Conclusions] [Contents] [Contact Us]

1