Projek  Rekabentuk Industri adalah salah satu projek yang wajib diambil oleh semua pelajar yang mengambil mata pelajaran Rekabentuk Industri. Tujuannya adalah untuk mendedahkan pelajar tentang cara-cara untuk membuat model sesuatu ciptaan. Projek ini dilakukan secara berkumpulan. Tempoh  yang telah diberi untuk menyiapkan projek ini adalah kira-kira 6 minggu.

   

PENERANGAN TAJUK REKABENTUK

  Daripada tajuk-tajuk projek yang diberi oleh pensyarah, kami telah membuat keputusan dengan memilih projek Alat Penyiram Pokok Bunga Automatik sebagai projek kumpulan kami. Projek ini adalah berkonsepkan kawalan automatik melalui penggunaan komponen-komponen elektrik seperti ‘timer’, ‘relay’ dansuis’.

  Didalam projek ini tidak ada syarat-syarat atau peraturan khusus yang di kenakan dan ini bermakna projek ini adalah terbuka. Projek ini dipersembahkan di dalam bentuk model kerana jika ianya dilaksanakan secara sebenar ianya memerlukan ruang yang sangat besar dan kos yang sangat tinggi. Dari segi pemilihan bahan, pelajar dinasihatkan menggunakan bahan yang bersesuaian dan efektif.

Di dalam projek ini juga penekanan telah diberi kepada penyediaan laporan. Laporan yang disiapkan adalah berdasarkan segala perbincangan, segala perangkaan yang telah dibuat mengikut kriteria-kriteria yang telah di tetapkan.

 [Main Menu]  [Introduction] [Acknowledgement] [Group Members] [Schedule] [Objective] [Design] [Component]

[Tech Drawing] [3D Drawing] [Circuit] [Assembly]  [Conclusions] [Contents] [Contact Us]

1