[ Siri 6 | Siri 7 | Siri 8 ]

Penggunaan Singkatan Kata Kerja

Oleh A.R Dean (16 Februari 1990)

Satu perbezaan di antara Bahasa Inggeris yang digunakan di dalam perbualan harian dengan yang digunakan di dalam tulisan ialah penggunaan beberapa singkatan tertentu bagi beberapa kata kerja (verb). Malah kini di dalam tulisan pun, kecuali di dalam tulisan yang sangat formal dan teknikal, singkatan-singkatan ini digunakan secara meluas. Singkatan-singkatan ini pernah digunakan di dalam dialog melalui beberapa siri lalu. Melalui siri 2, diterangkan penggunaan singkatan -n't secara ringkas.

Supaya tidak berlaku kekeliruan, eloklah dihuraikan dengan lebih lanjut mengenai singkatan-singkatan itu. Satu perkara yang anda perlu perhatikan ialah tempat letak apostrophe (tanda koma) kerana ia telah ditetapkan dan tidak boleh diubah dengan sewenang-wenangnya.

  1. Singkatan -'m. Ini adalah singkatan bagi am. Misalnya, "I'm Bob Wilson " ialah singkatan "I am Bob Wilson".

  2. Singkatan -'re. Iaitu singkatan bagi are. Misalnya, "We're ready but they're not ready" ialah singkatan "We are ready but they are not ready".

  3. Singkatan -'ve. Iaitu singkatan bagi have. Misalnya, "I've got the car waiting outside" ialah singkatan "I have got the car waiting outside".

  4. Singkatan -'ll. Iaitu singkatan bagi shall atau will. Misalnya, "I'll see you when I get back" ialah singkatan "I will see you when I get back".

  5. Singkatan -'s. Iaitu singkatan tiga kata kerja.
    a) Singkatan bagi is. Misalnya, "He's from London" ialah singkatan "He is from London". -'s adalah juga singkatan bagi has. Misalnya. "He's gone to town" ialah singkatan "He has gone to town".

    b) Apabila -'s diletakkan di hujung kata soalan seperti who, what, when dan lain-lain kadang-kadang adalah singkatan bagi does. Misalnya, "How's he plan to do it?" ialah singkatan bagi "does he plan to do it".

    c) Anda harus ingat bahawa -'s juga adalah singkatan bagi perkatan us di dalam ungkapan let's. Misalnya, "Let's hope it stays that way" ialah singkatan "Let us hope it stays that way".

    Jangan kelirukan penggunaan -'s seperti yang diterangkan di atas dengan fungsi -'s bagi menunjukkan "kepunyaan" apabila ia diletakkan di hujung kata nama (noun). Misalnya, "The Prime Minister's house" ("house that belongs to the Prime Minister").

  6. Singkatan -'d. Iaitu singkatan tiga kata kerja.
    a) Singkatan bagi would. Misalnya, "I asked if he'd like to go to the football match" ialah singkatan "I asked if he would like to go to the football match".

    b) Singkatan bagi had. Misalnya, "I asked if he'd gone to the football match" ialah singkatan "I asked if he had gone to the football match".

    c) Apabila diletakkan di hujung kata-kata soalan seperti who, what, when dll, ia adalah singkatan bagi did. Misalnya, "Where'd he go?" ialah singkatan "Where did he go?".

    Ungkapan I'd rather (singkatan I would rather yang membawa maksud "I prefer") adalah suatu ungkapan tetap untuk menyatakan pilihan kita atau apa yang kita lebih suka lakukan. Ungkapan ini berguna apabila kita hendak menjawab "tidak" dan juga hendak memberi cadangan balas setelah menerima satu jemputan atau cadangan. Misalnya:-

    Soalan: Shall we go on Monday?
    Jawapan: I'd rather go on Tuesday, if you don't mind.

    Begitu juga, ungkapan -'d better (singkatan had better yang membawa erti "ought to") adalah suatu ungkapan tetap. Ia membawa maksud "sepatutnya" atau "mesti". Misalnya, "You'd better ring her first before you go to see her."

  7. Singkatan -n't. Ini ialah singkatan not. Singkatan yang digunakan apabila kata kerja berikut menjadi negative:

    Isn't (is not), aren't (are not), wasn't (was not), weren't (were not), hasn't (has not) , haven't (have not), hadn't (had not), don't (do not), doesn't (does not), didn't (did not), can't (cannot), couldn't (could not), wouldn't (would not), shouldn't (should not), mustn't (must not), oughtn't (ought not), needn't (need not), mayn't (may not), mightn't (might not), daren't (dare not), shan't (shall not), won't (will not).

    Anda juga perlu perhatikan bahawa singkatan-singkatan -'m, -'re, -'ve, -'ll, -'d dan -'s tidak boleh digunakan di hujung ayat, bentuk penuh atau bentuk panjang mesti digunakan. Misalnya:-

    Soalan: Are you Malaysians?
    Jawapan Betul: Yes, I am atau Yes, I'm from Malaysia.
    Jawapan Salah: Yes, I'm.
    Betul: He's wondering where she is.
    Salah: He's wondering where she's.

    Tetapi singkatan -n't boleh digunakan di hujung ayat. Misalnya:-

    Soalan: Can you cook?
    Jawapan: No, I'm sorry, I'm afraid I can't.

Latihan

Ayat-ayat berikut menggunakan bentuk penuh atau bentuk panjang beberapa kata kerja tertentu. Gantikan bentuk penuh tersebut dengan singkatan yang sesuai:

  1. Miss Tan, I would rather spend the day at home, if you do not mind.
  2. If you are tired, it is not necessary to come to work today.
  3. I have had the flu before, but this one is the worst.
  4. Do not rush, there will be plenty of food for everyone.
  5. I am sorry, I am afraid I cannot stop now.
[Isi Kandungan]
Copyright © 1995-1999 Fz Sdc
nsr@melayu.com
http://www.melayu.com/nsr


1