[ Isi Kandungan | Siri 47 | Siri 48 | Siri 49 ]
Cara Guna Article Pada Kata Nama

Oleh A.R Dean (11 Jan 1991)

Seperti yang kita lihat minggu lalu, kerap kali di dalam Bahasa Inggeris kita perlu menggunakan a, an atau the di hadapan kata nama. Sekiranya a, an atau the tidak digunakan kata-kata menunjukkan milik seperti my, his, her, our atau their atau kata-kata petunjuk seperti this atau that akan digunakan. Misalnya:
  1. The house is hot.
  2. Her house is hot.
  3. This house is hot.
Tetapi adakalanya, kita tidak perlu menggunakan a, an atau the. Ini kerap kali berlaku apabila kita bercakap mengenai nama orang dan nama tempat. Misalnya:
  1. I went to Indonesia.
  2. He studied in Oxford University.
  3. They met Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad.
Tetapi perhatikan ayat-ayat berikut:
  1. I went to the Republic of Indonesia.
  2. He studied in the University of Oxford.
  3. They met the Prime Minister.
Jika sebuah tempat mempunyai perkataan seperti Union, Kingdom, States atau Republic, kita perlu menggunakan the di hadapan. Misalnya:

The Soviet Union (tetapi Russia, bukan the Russia), the United Kingdom (tetapi Britain, bukan the Britain), the United States of America (tetapi America, bukan the America), the People's Republic of China (tetapi China, bukan the China).

Apabila terdapat ungkapan di dalam pola A of B, the perlu digunakan di hadapan. Misalnya:

The University of Malaya, the House of Parliament, the Sultan of Pahang.

The juga diletakkan di hadapan jawatan dan institusi seperti the King, the President, the Principal, the Government, the Police. Kita juga perlu menggunakan the di hadapan laut, lautan, teluk, terusan, selat, sungai, banjaran gunung, padang pasir dan kepulauan. Misalnya:

The Red Sea, the Pacific Ocean, the Persian Gulf, the Suez Canal, the Straits of Malacca, the River Nile, the Rocky Mountains, the Sahara Desert, the Langkawi Islands.

Tetapi the tidak diletakkan di hadapan nama sebuah gunung atau sebuah pulau. Misalnya: Mount Kinabalu, Mount Everest, Tioman Island, Penang Island. Kita juga perlu meletakkan the di hadapan nama hotel dan panggung wayang. Misalnya:

The PJ Hilton, the Shangrila, the Coliseum, the Rex Cinema.

Seperti yang kita pelajari, lazimnya kita menggunakan the apabila kita bercakap bukan mengenai sebarang perkara tetapi suatu perkara yang sudah dikenal pasti atau ditentukan. Jadi, bila kita bercakap secara umum, terutama mengenai perkara secara jamak atau secara abstrak, kita tidak perlu menggunakan the. Misalnya:
  1. Tigers are fierce animals.
    (Kita bercakap secara umum mengenai semua harimau dan bukan harimau tertentu.)

  2. Sugar is bad for you.
    (Bila kita menggunakan kata nama yang tidak boleh dibilang seperti sugar di dalam kenyataan umum, kita tidak menggunakan a, an atau the.)
Tetapi kadangkala, sungguhpun a, an atau the perlu digunakan, ia sengaja ditinggalkan kerana hendak menjimatkan ruang, masa atau wang. Ini berlaku pada kenyataan di papan tanda, ucapan di dalam telegram dan di dalam tajuk-tajuk berita di dalam akhbar. Sebenarnya, jika anda perhatikan tajuk-tajuk berita dengan teliti, banyak perkara lain sengaja dikeluarkan selain a, an atau the.

Jadi, tajuk berita adalah ungkapan bukan ayat yang lengkap. Untuk menjadikan tajuk berita ayat yang lengkap, kita perlu memasukkan apa yang sengaja dikeluarkan. Perhatikan beberapa tajuk berita berikut dan apa yang perlu ditambah untuk melengkapkan ayat:
  1. Klang Specialist Centre installs $1.2 mil scanner.
    (The Klang Specialist Centre has installed a $1.2 million scanner.)

  2. Wanted man shot dead at farm.
    (A wanted man was shot dead at a farm.)

  3. Six fishermen, barber guilty of dadah offences.
    (Six fisherman and a barber are guilty of dadah offences.)

  4. Rajiv turns down offer to form new government.
    (Rajiv turned down an offer to form a new government.)

  5. Sultan launches locally built oil tanker.
    (The Sultan launched a locally built oil tanker.)
Jadi, untuk memahirkan diri anda di dalam penggunaan article, gunakanlah tajuk berita sebagai sumber latihan.

Latihan
A atau the sengaja dipadamkan di dalam kartun Peanuts. Baca ayat-ayat itu dengan teliti dan masukkan a atau the di tempat yang sesuai.

[Isi Kandungan]
Copyright © 1995-2000 Fz Sdc
nsr@melayu.com
http://www.melayu.com/nsr


1