Di dalam kartun Peanuts, budak perempuan itu memberitahu "Santa Claus" (sebenarnya
Snoopy) apa yang dia mahu sebagai hadiah hari Krismas: "And this year I want a red
bicycle, some rollerblades, a blue sweater, and..." (Untuk tahun ini saya mahu
sebuah basikal merah, beberapa pasang "rollerblades", sehelai "sweater"
biru dan ...).
Kita tentu tahu bahawa a bererti "satu". Tetapi jika ini maksudnya, tidakkah boleh
kita menggunakan perkataan one? Bolehkah budak perempuan itu berkata, "And
this year I want one red sweater, some rollerblades, one blue sweater
and ..."? Atau bolehkah "Santa Claus" berkata: "I can't hear one thing...
somebody around here keeps ringing one bell?"
Jawapannya? Tidak boleh. Mengapa? Apakah perbezaan di antara a dan one,
dan bilakah kita patut menggunakan a dan bilakah kita patut menggunakan one?
One ialah angka. Jadi, kita menggunakan one bila di dalam fikiran kita angka
yang dimaksudkan, lazimnya berkaitan atau sebagai perbandingan dengan angka-angka lain
- two, three dan yang seumpamanya. One juga digunakan sebagai perbandingan
dengan another dan other atau others. Misalnya:
And this year I want one red bicycle, two blue bicycles, three green bicycles,
four rollerblades, five blue sweaters and...
"Did you take all the bananas?"
"No, I only took one."
There are two telephones in my house. One is in the living room and the other
is in my bedroom.
"The boss told me that he called five candidates for this interview but only one
has turned up. Where are the others?"
Di sebaliknya sungguhpun a juga bermaksud "satu", ia bukan angka tetapi dari
segi nahu ialah indefinite article. Indefinite bermaksud sesuatu yang tidak
tentu. Ini bermakna kita menggunakan a di hadapan kata nama apabila kita tidak
menentukan yang mana satu daripada satu kumpulan benda atau perkara yang kita maksudkan.
Disebaliknya, sekiranya kita tahu dengan tepat perkara yang kita maksudkan, kita
menggunakan the yang dikenali sebagai definite article. Misalnya:
I like to read a book before I go to sleep.
(any book, tak kira apa buku pun)
I like to read a book about politics before I go to sleep.
(bukan sebarang buku tetapi buku mengenai politik tetapi masih belum ditentukan secara
tepat buku mengenai politik yang mana).
"I have a book on Indian politics and a book on American Politics. Which
do you want to read?"
"I would like to read the book on American politics, please."
(buku yang mana telah ditentukan, bukan sekadar memilih antara dua buku tetapi buku mengenai
politik Amerika yang ditunjukkan, bukan sebarang buku mengenai politik Amerika.)
Indefinite article pula mempunyai satu lagi bentuk selain a, iaitu
an. Kita menggunakan a di hadapan perkataan yang bermula dengan huruf
konsonan. Misalnya:
a boat, a cow, a dog, a fish, a goat, a house,
a jug, a mother, a week.
Kita menggunakan an di hadapan perkataan yang bermula denganhuruf vokal
(a, e, i, o, u). Misalnya:
An animal, an elephant, an island,
an owl, an umbrella.
Jika begitu mengapa pula kita berkata a university (bukan an university),
a used car (bukan an used car), an hour (bukan a hour),
an honour (bukan a honour)? Ini adalah kerana sama ada kita menggunakan a
atau an bergantung kepada sebutan perkataan berkenaan bukan ejaannya.
Jadi walaupun university dan used bermula dengan huruf vokal dari segi
ejaan, apabila disebut, u berbunyi seperti yu.
Begitu juga walaupun hour dan honour bermula dengan huruf konsonan h,
apabila disebut, huruf h tidak dibunyikan. hour disebut seperti our
dan honour disebut seperti onour. Apa yang jelas ialah bahawa a dan
an hanya boleh digunakan di hadapan singular countable nouns (kata nama
tunggal yang boleh dikira atau dibilang) dan tidak boleh digunakan di hadapan kata nama
yang tidak boleh dibilang dan di hadapan plural countable nouns (kata nama jamak
yang boleh dibilang). Misalnya:
I like Siamese food.
(bukan "I like a Siamese food" kerana food bukan kata nama yang boleh dibilang).
I like oranges. (bukan "I like a oranges" kerana oranges ialah kata
nama jamak.)
Sebaliknya the boleh digunakan di hadapan semua jenis katanama. Misalnya:
The orange, the food, the oranges.
Latihan
Masukkan a, an atau the ke dalam tempat-tempat kosong berikut:
Ahmad goes to school in Petaling Jaya. It is ... very good school. It's ... best school
in Selangor.
There was ... man and ... woman at the door ... man was very fat and ... woman was
very thin.
I'd like ... egg and ... cup of coffee for breakfast.