Minggu lepas kita telah mempelajari bahawa terdapat 'dia' yang khusus untuk lelaki
dan wanita. Kita juga telah mempelajari bahawa bagi gantinama tertentu, bentuk gantinama
berubah mengikut fungsi di dalam ayat, iaitu sama ada ia berfungsi sebagai subjek atau
objek. Ada pula gantinama yang tidak berubah bentuknya, tidak kira sama ada ia digunakan
sebagai subjek atau objek. Gantinama tersebut ialah you dan it. Misalnya:
You have been elected chairman. (you = subjek)
I saw you yesterday. (you = objek)
It is my shirt. (it = subjek)
Where's your book? I lost it. (it = objek)
Ingatlah bahawa it hanya digunakan untuk benda dan bukan untuk manusia. Sekarang
baca dialog yang dipetik daripada kartun Born Loser.
What's wrong with your arm?
My arm? Nothing, I...
I lost my pumpkin!
Your dan my adalah gantinama yang menunjukkan 'milik' atau 'kepunyaan'.
Perhatikan bahawa gantinama 'milik' terletak di hadapan kata nama: your arm,
my pumpkin. Baca pula ayat-ayat berikut:
This is my book. Yours is over there.
That's your problem, not mine.
They said it was their room, but we insisted that it was ours.
Our cat is male, theirs is female.
Perhatikan bahawa di dalam ayat-ayat di atas:
yours = your book
mine = my problem
ours = our room
theirs = their cat
Your dan yours kedua-duanya adalah gantinama 'milik'. Bezanya, your
digunakan di hadapan kata nama, tetapi yours berdiri sendiri. Dalam konteks
ayat (1), yours jelas merujuk kepada 'buku' awak dan tidak pada perkara lain.
Bagaimana pula jika ayat itu berbunyi:
This is mine. Yours is over there.
Di dalam ayat ini, sungguhpun perkara yang dirujuk tidak jelas kepada pembaca, ia jelas
kepada orang yang bercakap dan orang yang mendengar. Jelasnya, apa mine dan apa
yours sudahpun difahami oleh kedua-dua pihak dan tidak perlu dinamakan. Baca pula
ayat-ayat berikut:
Her t-shirt is black and his is red.
His shoes are white and hers are black.
Her yang menunjukkan 'milik' di dalam ayat 1 sama bentuknya dengan her
yang digunakan sebagai objek. Hers di dalam ayat 2 sama dengan 'her shoes'.
His menunjukkan 'milik' dengan diletakkan di hadapan kata nama shoes di dalam
ayat 2. His tidak diletakkan di hadapan kata nama di dalam ayat 1 tetapi masih
berfungsi seperti hers, iaitu his sama dengan 'his shoes'. Perhatikan
pula ayat berikut:
It's quite a nice shirt, but its sleeves are too long.
Its adalah gantinama 'milik' tetapi it's, sungguhpun mempunyai sebutan yang sama dengan
its, bukanlan gantinama tetapi merupakan singkatan it is. Bentuk-bentuk
gantinama boleh diringkaskan seperti berikut:
Subjek Objek Milik
I me my, mine
he him his
she her her, hers
we us our, ours
they them their, theirs
you you your, yours
it it its
Latihan
Pilih jawapan yang betul:
That's (my/mine)! Give it back to (I/me).
He does (his/him) work, and we do (our/ours).
This is (my/mine) book. (Her/hers) is over there).