Rakan Jiggs dalam gambar 1 kartun Bringing Up Father mengadu bahawa "I had my nose
broken in a couple of places". Maksudnya, ada dua tempat di hidungnya yang patah.
(Catatan: couple juga boleh digunakan untuk bermaksud "beberapa"). Tetapi Jiggs salah
faham (dengan sengaja atau tidak sengaja) dan beranggapan bahawa kawannya pergi ke dua tempat,
dan di kedua-dua tempat itu hidungnya dipatahkan.
Jadi, Jigg menasihat kawannya "You ought to stay out of those places."
(Awak sepatutnya jangan pergi lagi ke tempat-tempat itu) Perhatikan bahawa Jiggs juga
boleh berkata "You should stay out of those places." Maksudnya sama dengan ayat
yang menggunakan ought. Tetapi ought mempunyai penegasan yang lebih kuat
daripada should. Perhatikan perbezaan di dalam bentuk verb (kata kerja)
yang digunakan selepas ought dan should:
You ought to stay... You should stay...
Apabila ought digunakan, verb mestilah di dalam bentuk infinitive,
iaitu to + verb. Lihat contoh-contoh berikut:-
You ought to be more careful. You should be more careful. We ought to buy a new car. We should buy a new car.
Singkatan bentuk negative ought ialah oughtn't (iaitu ought not).
Misalnya:-
You oughtn't to talk so loud.
(Awak sepatutnya tidak bercakap begitu kuat)
He oughtn't to have said that.
(Dia sepatutnya tidak berkata begitu)
Perhatikan pula ayat-ayat berikut:
You must stay out of those places. You have to stay out of those places.
Kedua-dua must dan have to mempunyai maksud yang sama, iaitu mesti
atau perlu. Cuma, bila must digunakan maksudnya lebih 'kuat', seolah-olah orang
yang bercakap itu mempunyai kuasa untuk memaksa orang yang dicakapkan itu mengikut
kehendaknya.
You must stay out of those places. (Awak jangan pergi ke tempat-tempat itu;
saya melarang awak pergi ke tempat-tempat itu). You have to stay out of those
places. (Awak perlu elakkan tempat-tempat itu, jika awak nak selamat). Lihatlah keluhan
Marcie kepada Charlie Brown di dalam kartun Peanuts, misalnya: I don't want to go home. Can I stay here. If I go home, I have to be perfect.
Dari satu segi, dengan berkata "I have to be perfect" dan bukan "I must be perfect",
Mercie cuba menyampaikan maksud bahawa dia mesti atau perlu sempurna bukan dengan
kehendaknya sendiri atau perkara itu bukan di dalam kuasanya tetapi ditentukan
oleh orang lain yang mempunyai kuasa. Iaitu seolah-olah orang lain misalnya, ibubapanya
berkata kepada Mercie: "You must be perfect".
Tetapi pada asasnya maksud must dan have to adalah sama. Tetapi bentuk
negative must iaitu mustn't (atau must not) dan bentuk negative
have to iaitu don't have to (atau do no have to) mempunyai maksud
yang agak berbeza. Misalnya, "You must be there before 7 o'clock" dan
"You have to be there before 7 o'clock" mempunyai maksud yang serupa.
Tetapi "You mustn't be there before 7 o'clock" dan "You don't have to be there before
7 o'clock" mempunyai maksud yang berbeza. "You mustn't be there before 7 o'clock" bermaksud
"Awak jangan atau tidak boleh berada di sana sebelum pukul 7 (mungkin lepas pukul 7
baru boleh). Tegasnya ayat ini mempunyai larangan keras.
"You don't have to be there before 7 o'clock" bermaksud "Awak tidak perlu berada di sana
sebelum pukul 7 (tetapi kalau berada di sana sebelum pukul 7 pun tak mengapa). Tegasnya
ayat ini tidak mempunyai larangan keras, hanya ingatan bahawa tak perlu buat sesuatu. Tetapi
kalau nak buat pun boleh. Perbezaan di antara mustn't dan don't have to lebih
jelas di dalam peraturan atau undang-undang. Misalnya:
You mustn't drive on the left in the United States. You don't have to drive on the left in the United States.
Ayat pertama yang mengandungi mustn't melarang seseorang daripada memandu
di sebelah kiri di Amerika Syarikat. Tetapi ayat kedua yang mengandungi don't have to
sekadar berkata bahawa tidak perlu seorang itu memandu di sebelah kiri di Amerika Syarikat
dengan maksud di sebelah kiri pun boleh.
Tetapi sebenarnya mengikut peraturan jalan raya Amerika Syarikat, pemandu hanya
dibenarkan memandu di sebelah kanan sahaja. Begitu jauhnya perbezaan di antara maksud
mustn't dengan don't have to sungguh pun must dan have to
mempunyai maksud yang serupa. Jadi, berhati-hatilah bila menggunakan mustn't dan
don't have to.
Latihan
Tentukan sama ada mustn't atau don't have to yang sesuai digunakan di dalam
ayat-ayat berikut:
You ... ring people you don't know very well after midnight.