Minggu ini kita gunakan kartun Frank and Ernest yang disiarkan di dalam akhbar
Sunday Mail sebagai bahan pelajaran. Biasanya Frank dan Ernest bukanlah watak
syaitan tetapi di dalam kartun kali ini mereka diberi watak demikian. Lokasi kartun ini
ialah neraka atau hell. Tetapi di dalam kartun ini perkataan hades dan bukan
hell digunakan untuk neraka. Hades asalnya nama lain untuk dewa Greek kuno,
Pluto, yang memerintah alam arwah. Kemudiannya hades digunakan sebagai nama alam
arwah tersebut.
Di dalam kartun ini ada ungkapan 'Hades deadly sinners football team' yang
berpunca dari konsep 'Seven Deadly Sins' yang terdapat di dalam ajaran Kristian. Perhatikan
bahawa perkataan deadly dibentuk dari gabungan perkataan dead (mati) dengan
akhiran -ly untuk membawa maksud boleh membunuh atau membawa maut.
Tetapi deadly sin bukanlah dosa yang boleh mematikan si pembuat dosa tetapi dosa
besar yang akan dibalas dengan seksaan di dalam neraka. Ungkapan lain untuk
deadly sin ialah mortal sin. Perhatikan bahawa walaupun mortal bererti
'boleh mati' dan manusia dianggap sebagai mortals kerana akhirnya manusia akan mati
jua, seperti deadly di dalam ungkapan deadly sin, mortal, di dalam mortal
sin tidak membawa maksud ini.
Tetapi jika kita berjumpa dengan a deadly snake (ular berbahaya kerana ia boleh
membunuh), berjaga-jagalah kerana kita berada di dalam mortal danger (ancaman maut).
Begitulah juga jika bertembung dengan a deadly enemy atau a mortal enemy
(musuh ketat yang tidak teragak-agak memusnahkan kita) bersenjatakan a deadly weapon
(senjata berbahaya yang boleh membunuh) di dalam mortal combat (pertarungan yang
membawa maut), dia boleh memberi a deadly blow (pukulan maut) yang menyebabkan
a mortal injury (kecederaan yang membawa maut).
Lain pula bahayanya jika di sebuah majlis sukaria kita berjumpa dengan a deadly bore
(orang yang sunguh membosankan) yang berwajah a deadly paleness (pucat macam muka
orang mati) dan bercakap in deadly earnest (secara bersungguh-sungguh dan serius).
Jika kita tak melarikan diri daripadanya, majlis sukaria itu boleh bertukar menjad a
deadly party (parti yang membosankan).
Berbalik kepada kartun Frank and Earnest, perhatikan bahawa sebab-sebab deadly
sinners itu tidak mendaftar diri untuk pasukan bolasepak neraka itu sungguh sesuai dengan
maksud tiap-tiap perkataan atau dosa, iaitu pride, greed, sloth, anger, gluttony, envy.Pride (sombong) tidak berdaftar kerana dia menganggap pasukan Hades Deadly
Sinners sebagai lemah dan tidak layak disertai oleh orang yang berkebolehan seperti
dirinya (He thinks he's too good for us).
Greed (tamak) pula tak akan menyertai pasukan itu hingga dia diberi bayaran
lebih. (He's holding out for more money). Sloth (sifat pemalas) hendak menjadi
benchwarmer, orang yang "memanaskan bangku", iaitu orang yang duduk dan melihat
tetapi tidak membuat apa-apa. Anger (sifat pemarah) mempunyai "attitude problem",
iaitu sikapnya yang bertentangan dengan orang lain.
Gluttony (sifat gelojoh atau kemaruk) pula menyertai pasukan lain bernama
concessionaire. Walaupun concessionaire secara umum bererti pihak yang diberi
hak (concession) untuk menjalankan perniagaan di atas tanah milik pemberi hak, di dalam
kartun ini concessionaire boleh difahamkan sebagai pihak yang diberi hak untuk
menjual makanan.
Walaupun tidak ada "sebab" diberikan untuk envy (sifat hasad dengki), adalah
tepat bahawa pembantu jurulatih diberi nama envy kerana tentulah pembantu
iri hati terhadap ketuanya dan ingin mengambil alih kedudukannya. Pembaca mungkin
merungut bahawa ini baru enam deadly sins, mana yang ketujuh? Deadly sin
yang ketujuh, lust (hawa nafsu), tidak disebutkan di dalam kartun ini. Tetapi
mungkin kita boleh menarik kesimpulan bahawa jurulatih itulah lust.
CATATAN
Jangan keliru di antara hell (disebut "hel") dan he'll (disebut "hil").
He'll mempunyai tanda koma di atas dan merupakan singkatan he will atau
he shall.
Akhiran -er bukan sahaja ditambah kepada kata sifat untuk membentuk comparative
tetapi juga ditambah kepada kata perbuatan untuk membentuk kata nama. Misalnya, drive
(memandu) menjadi driver (pemandu, iaitu orang yang memandu). Di dalam kartun
tersebut sinner ialah orang yang membuat dosa dan benchwarnmer ialah orang
yang "memanaskan bangku".
Sign up dan hold out adalah contoh pelbagai ungkapan yang terbentuk dari
gabungan kata perbuatan dengan perkataan seperti up dan out dan yang berfungsi
sebagai kata perbuatan. Di dalam kartun ini sign-up berfungsi sebagai sifat kata
dan diberikan tanda sengkang. Tetapi penggunaan demikian hanya ada dalam bahasa tak formal.
Begitu juga hold-out, tidak digunakan di dalam bahasa formal.
Ingatlah bahawa walaupun everybody bermaksud semua orang atau tiap-tiap orang,
verbnya berbentuk singular dan tidak plural. Misalnya, di dalam kartun
di atas terdapat soalan "Where is everybody?" dan bukan "Where are everybody?"
Berhati-hatilah dengna perkataan last dan lust kerana walaupun sebutan
mereka hampir sama, maksud mereka sangat berbeza.