[ Siri 33 | Siri 34 | Siri 35 ]

'Adverb' Juga Mempunyai Perbandingan

Oleh A.R Dean (17 Ogos 1990)

Minggu lepas kita pelajari bahawa adjective mempunyai bentuk comparative dan superlative. Adverb (sifat kata) juga mempunyai bentuk perbandingan yang serupa. Seperti adjective, ada adverb yang membentuk comparative dan superlative dengan akhiran -er dan -est. Misalnya:

PostitiveComparativeSuperlative
Earlyearlierearliest
Hardharderhardest
Nearnearernearest
Soonsoonersoonest


Bagi kumpulan adverb yang tidak mempunyai bentuk comparative dan superlative tersendiri, tambahkan more atau most dan less atau least. Ada pula sekumpulan adverb yang tidak mempunyai pola di atas untuk membentuk comparative dan superlative. Misalnya:

Wellbetterbest
Badlyworseworst

Dari segi nahu, apa yang boleh mengelirukan ialah bahawa sesetengah perkataan boleh berfungsi sebagai adjective atau adverb walaupun perkataan itu mempunyai ejaan atau bentuk yang sama. Misalnya perkataan fast boleh digunakan sebagai adjective atau adverb. Misalnya:

My watch is five minutes fast (adjective).
I ran fast as I could (adverb).

Sebenarnya, faster di dalam contoh yang diberikan minggu lepas (I feel like my biological clock is ticking faster and faster) digunakan sebagai adverb dan bukan sebagai adjective.

Bagaimanapun, apa yang penting ialah kita tahu menggunakan sesuatu perkataan itu dengan betul walaupun kita tidak tahu bahagian nahunya. Apa yang penting ialah kedua-dua adjective dan adverb mempunyai bentuk perbandingan comparative dan superlative. Perkataan old mungkin menimbulkan masalah kerana ia mempunyai dua bentuk comparative dan superlative.

Oldeldereldest
Oldolderoldest


Kedua-dua elder dan older bermaksud 'lebih tua' dan kedua-dua eldest dan oldest bermaksud 'paling tua'. Bagaimanapun, elder dan eldest mempunyai penggunaan yang lebih terhad daripada older dan oldest. Pertamanya, elder dan eldest hanya boleh digunakan untuk manusia dan untuk menunjukkan hubungan kekeluargaan sahaja. Misalnya:

Ahmad is my eldest brother.(betul)
Gunung Tahan is the eldest mountain in Malaysia. (salah)
The elder pupils in the school can help the younger ones. (salah)
The older pupils in the school can help the younger ones. (betul)

Keduanya, elder tidak boleh diikuti dengan perkataan than. Misalnya:

Ahmad is elder than Ali (salah).
Ahmad is older than Ali (betul).
Is Ahmad elder than Ali? No, Ali is elder (salah).
Is Ahmad older than Ali? No, Ali is older (betul).

Ketiganya, elder tidak boleh dipisahkan daripada ahli keluarga yang dimaksudkan. Misalnya:

He is my elder brother.
Her eldest sister is in England.

Sekiranya, elder dipisahkan dari ahli keluarga yang dimaksudkan, dari segi nahu ia bukan lagi adjective tetapi noun dan perlu didahului oleh the atau gantinama seperti my, hits, her. Misalnya :

The eldest of the three is Ahmad.
He has three children and her eldest has just started school.
Who is the elder?

Elder juga berfungsi sebagai noun untuk merujuk kepada pegawai di dalam gereja Presbyterian. Bila berbentuk plural, elders juga berfungsi sebagai noun untuk merujuk kepada orang-orang tua. Misalnya: We should respect our elders.

Ungkapan elder statesman pula merujuk kepada orang yang telah bersara dari jawatan tetapi masih berpengaruh dan pendapatnya masih dihargai. Allahyarham Tun Hussein Onn adalah salah seorang elder statesman yang dihormati selepas dia bersara sebagai Perdana Menteri. Far juga mempunyai dua bentuk comparative dan superlative.

Farfartherfarthest
Farfurtherfurthest

Ahli biasa tidak sependapat mengenai perbezaan di antara farther/farthest dengan further/furthest. Ada yang berpendapat mereka boleh ditukar ganti. Ada yang berpendapat bahawa lebih baik gunakan further/furthest sahaja dan jangan gunakan farther/farthest. Ada pula yang berpendapat bahawa farther patut dihadkan kepada jarak sahaja. Misalnya:

He ran farther than Murthi.
Rawang is farther from Ipoh than from Kuala Lumpur.
Which town in Sarawak is farthest from Kuching?

Mereka berpendapat bahawa further boleh digunakan untuk lain-lain perbandingan. Misalnya:

She will give further instructions next week.
The office will be closed until further notice.

Oleh kerana pendapat terakhir didokong oleh agak ramai ahli biasa, mungkin cara yang paling selamat ialah untuk mengikut petua yang mereka telah berikan.

[Isi Kandungan]
Copyright © 1995-1999 Fz Sdc
nsr@melayu.com
http://www.melayu.com/nsr


1