[ Siri 32 | Siri 33 | Siri 34 ]

Membezakan Tiga Peringkat 'Adjective'

Oleh A.R Dean (10 Ogos 1990)

Kebanyakan adjective (kata sifat) dalam Bahasa Inggeris mempunyai tiga peringkat perbandingan. Peringkat pertama dikenali sebagai positive degree, misalnya: A large black coffee, a small coffee with cream. Sebenarnya kata sifat large, small dan black adalah kata dasar yang digunakan tanpa membuat apa-apa perbandingan. Begitu juga dengan kata sifat fast. Misalnya jika kita berkata bahawa "This clock is fast", kita tidak membuat apa-apa perbandingan.

Tetapi apabila kita mahu menggunakan kata dasar fast untuk membandingkan suatu keadaan dengan keadaan yang lain, kita perlu menggunakan bentuk comparative degree. Misalnya, "I feel like my biological clock is ticking faster and faster". (Berbanding dengan masa dulu "biological clock" saya berjalan lebih cepat).

Apabila kita hendak menunjukkan bahawa suatu sifat itu tidak ada tolok bandingnya, kita perlu menggunakan bentuk superlative degree. Misalnya, "Carl Lewis is the fastest man in the world." Kata sifat yang mempunyai akhiran -er bagi bentuk comparative dan akhiran -est bagi bentuk superlative tergolong di dalam regular adjectives. Lihat jadual berikut:

Positive ComparativeSuperlative
Largelargerlargest
Smallsmallersmallest
Blackblackerblackest
Fastfasterfastest

Dari segi ejaan, apabila kata dasar berakhir dengan -y, bentuk comparative perlu berakhir dengan -ier dan bentuk superlative dengan -iest. Misalnya:

Dirtydirtierdirtiest
Prettyprettierprettiest
Sillysilliersilliest

Tetapi ada pula sekumpulan kata sifat yang tidak mempunyai pola di atas untuk bentuk comparative dan superlative. Irregular adjectives ini ialah seperti berikut:

Goodbetterbest
Badworseworst
Littlelessleast
Muchmoremost
Manymoremost

Perhatikan bahawa kumpulan-kumpulan kata sifat di atas terdiri sama ada dari satu suku kata atau dua suku kata. Tetapi kata sifat yang mempunyai tiga suku kata atau lebih dan sebahagian kata sifat yang mempunyai dua suku kata tidak mempunyai bentuk comparative dan superlative tersendiri. Jadi, untuk membuat perbandingan kita perlu menambahkan more dan most atau less dan least kepada kata sifat sedemikian. Misalnya:

Expensivemore expensivemost expensive
Responsiblemore responsiblemost responsible
Intelligentless intelligentleast intelligent
Dangerousless dangerousless dangerous

Apabila kata sifat itu sudah mempunyai bentuk comparative dan superlative tersendiri jangan tambah more, less atau least.

He is more fast than Jimmy. Ini salah.
(Betul - He is faster than Jimmy)

Kuching is more hotter than Tokyo.
(Betul - Kuching is hotter than Tokyo)

She is the most noisiest girl in the class.
(Betul - She is the noisiest girl in the class)

Jangan pula kelirukan bentuk comparative dengan bentuk superlative. Misalnya:

Ahmad is tallest than Ali. (Salah)
Ahmad is taller than Ali. (Betul)

Ingatlah bahawa bentuk comparative digunakan untuk membandingkan dua orang, perkara atau keadaan. Lazimnya kita menggunakan perkataan than selepas kata sifat comparative. Misalnya:

There's nothing worse than a flapping window shade on a hot night.
Fatimah is prettier than Aminah.

Tetapi kadang-kadang kita tidak perlu menggunakan perkataan than. Misalnya:

I need a bigger car.
This road is more dangerous.

Bentuk superlative pula digunakan apabila kita membandingkan lebih daripada dua orang, perkara atau keadaan dan kita mahu menunjukkan bahawa salah satu dari orang, perkara atau keadaan itu yang paling menonjol. Apabila kita gunakan kata sifat superlative kita perlu menggunakan perkataan the di depan kata sifat tersebut. Misalnya:

It's the worst report I have ever seen.
She's the prettiest little girl I've ever seen.

Latihan

Pilih bentuk kata sifat yang sesuai bagi ayat-ayat berikut:
  1. She is the (most dirtiest/dirtiest) I've ever met.
  2. The bus is (less expensive/least expensive) but the train is (more fast/faster).
  3. Good health is (more important/most important) than wealth.
  4. Menara Maybank is the (taller/tallest) building in Kuala Lumpur.
  5. If you need (more/most) information, please call Lily.


[Isi Kandungan]
Copyright © 1995-1999 Fz Sdc
nsr@melayu.com
http://www.melayu.com/nsr


1