[ Siri 29 | Siri 30 | Siri 31 ]

Perbezaan Erti 'Affluent' Dan 'Effluent'

Oleh A.R Dean (27 Jul 1990)

Baca ayat berikut dengan teliti:
  1. Compared with their kampung cousins, urbane children are more inclined to feel insecure and tend to distrust others.
  2. This is the result of having effluent parents who are too busy and who end up neglecting their off-spring.
  3. Counselling revealed that her parents were having martial problems.
  4. Excessive intake of artificial sweeteners can cause averse mental reactions.
  5. When Rosey Ma decided to take part in an international French word spelling championship, all she hoped was to win an expansive French dictionary.
Ketika membaca ayat ini, adakah anda sedar bahawa tiap-tiap ayat mengandungi satu perkataan yang salah? Jika tidak, cuba baca ayat-ayat itu sekali lagi. Kemudian, baca ayat-ayat asal di dalam ilustrasi. Perkataan-perkataan asal sengaja digantikan dengan perkataan-perkataan lain di dalam ayat-ayat di atas untuk menarik perhatian kepada sejenis kesalahan yang kadang-kadang berlaku.

Dari satu segi, kesalahan ini adalah kesalahan di dalam ejaan. Lebih tepat lagi, ia berlaku kerana kekeliruan di antara dua perkataan yang berlainan maksud tetapi mempunyai ejaan yang hampir sama. Di dalam ayat pertama, urban dikelirukan dengan urbane. Perkataan urban merujuk kepada orang atau perkara yang berada di bandar. Oleh kerana ayat pertama membandingkan kanak-kanak dari kampung dengan kanak-kanak dari bandar, perkataan yang sepatutnya digunakan ialah urban dan bukan urbane.

Perkataan urbane merujuk kepada sifat canggih dan mempunyai kaitan dengan perkataan urban. Ia sebenarnya terbit daripada perkataan urban. Ini adalah kerana kononnya sifat canggih ini dimiliki oleh orang bandar tetapi tidak dimiliki oleh orang kampung. Misalnya: He is an urbane young man.

Affluent pula bermakna kaya atau mewah tetapi effluent bermaksud buangan sampah, najis dan sebagainya. Misalnya: The effluent from the factory polluted the river. Jadi, perkataan affluent sepatutnya digunakan di dalam ayat kedua kerana ia merujuk kepada ibu bapa yang kaya dan bukan buangan.

Satu perkara lagi yang perlu diambil perhatian ialah bahawa walaupun affluent dan effluent berakhir dengan -ent, suku kata ini tidak tergolong kepada jenis kata yang sama. Affluent ialah sifat nama (adjective) manakala effluent ialah kata nama (noun).

Effluent digunakan sebagai kata nama sahaja. Tetapi affluent (adjektif) boleh juga digunakan sebagai kata nama. Lazimnya, jika suatu adjektif berakhir dengan -ent, kita perlu menukar akhirannya kepada -ence jika kita hendak menggunakannya sebagai kata nama. Misalnya, different, difference; intelligent, intelligence. Jadi, affluent ialah adjektif dan affluence ialah kata nama. contoh:

We live in an affluent society.
(affluent = kaya, mewah).

The Millionaire's children live in affluence.
(affluence = kekayaan, kemewahan)

Di dalam ayat ketiga pula, perkataan yang betul ialah marital kerana perkataan inilah yang merujuk kepada perkahwinan atau rumahtangga. Pasangan suami-isteri yang menghadapi masalah rumahtangga tentulah sering berkelahi atau "berperang". Namun demikian, perkataan martial tidak boleh digunakan walaupun ia merujuk kepada peperangan!

Perkataan averse dikelirukan dengan adverse di dalam ayat keempat. Averse bermaksud tidak suka. Misalnya: He is averse to hard work.. Adverse pula bermakna sesuatu yang kurang baik atau merugikan. Jadi, perkataan inilah yang sepatutnya digunakan di dalam ayat keempat.

Bila kita hendak menggunakan perkataan averse (adjektif) sebagai kata nama kita menambahkan -ion di hujung. Tetapi bila kita hendak menggunakan adverse (adjektif) sebagai kata nama kita menambahkan -ty di hujung. Contoh:

He has an aversion to getting up early.
You must be brave in the face of adversity.


Expansive dikelirukan dengan expensive. Pertamanya, kedua perkataan ini tergolong di dalam jenis kata yang berbeza. Expansive ialah sifat kata (adverb) manakala expensive ialah adjektif. Expansive berkait dengan expand (kata kerja yang bererti meluas, berkembang), expanse (kata nama yang bererti kawasan yang luas) dan expansion (kata nama yang bererti perkembangan).

Jadi, expansive merujuk kepada sesuatu yang boleh meluas. Bila ia digunakan kepada manusia, ia kadang-kadang merujuk kepada orang yang suka bercakap. Contoh: He was in an expansive mood and talked until the early hours of the morning.

Expensive pula berkait rapat dengan expend (kata kerja yang bererti menggunakan), expenditure (kata nama yang bererti perbelanjaan) dan expense (kata nama yang bererti kos). Expensive bermaksud mahal. Jadi, kamus Bahasa Perancis yang dimaksudkan di dalam ayat kelima ialah expensive dan bukan expansive.

Latihan

Pilih perkataan yang sesuai bagi ayat-ayat berikut:
  1. He's not (adverse/averse) to working hard.
  2. (Affluent/Effluent) is a cause of pollution.
  3. These clothes are too (expansive/expensive) for me to buy.
  4. The country is now under (martial/marital) law.
  5. She hates him because he is too smooth and (urban/urbane)

[Isi Kandungan]
Copyright © 1995-1999 Fz Sdc
nsr@melayu.com
http://www.melayu.com/nsr


1