Baca kata-kata kad ucapan Hari guru (New Straits Times, Jun 6). Di dalam kad ucapan ini,
guru berkenaan disanjung kerana mempunyai sepuluh sifat berikut: wonderful, brilliant,
charming, sophisticated, witty, thoughtful, kind, creative, loveable dan fantastic.
Baca pula kartun Andy Capp (Business Times, Jun 7).
Dapatkah anda teka siapakah yang berkata, "Good morning, vicar. What's new? dan
"Him? Have you taken leave of your sense?". Walaupun kita hanya 'mendengar' suaranya
dan tidak melihat rupanya, kita dapat mengagak bahawa orang tersebut ialah ibu mertua Andy Capp
kerana 'vicar' itu berkata 'your son-in-law'.
Kita juga dapat menelah bahawa hubungan antara mertua dengan menantu tidak baik. Kita dapat
membuat kesimpulan ini kerana apabila 'vicar' memberitahu bahawa dia telah melantik Andy Capp
sebagai ketua pengutip derma untuk gereja, ibu mertua itu menjawab dengan penuh kehairanan:
"Him? Have you taken leave of your sense? (Dia ni? Kau dah tak siuman lagi ke?)
Sebagai jawapan, 'vicar' memberi empat 'kebolehan' yang ada pada Andy Capp yang melayakkan dia
dilantik ke jawatan tersebut, iaitu cadging, scrounging, sponging, wheedling. Cuba teliti
semula dua senarai perkataan tersebut. Adakah terdapat apa-apa perbezaan di antara kedua senarai
itu? Senarai pertama dari kad ucapan Hari Guru mengandungi perkataan yang mempunyai maksud yang
berbeza:
Brilliant - sangat pandai Charming - menawan hati Sophisticated - faham dan berpengalaman tentang kehidupan duniawi (canggih) Witty - pandai berkelakar Thoughtful - bertimbang rasa Kind - baik hati Creative - mempunyai daya cipta tinggi (kreatif). Lovable - menimbulkan rasa sayang.
Namun, perkataan-perkataan wonderful dan fantastic mempunyai erti yang sama,
iaitu bagus sekali atau istimewa. Senarai kedua dari kartun Andy Capp mengandungi perkataan yang
mempunyai maksud yang sama, iaitu mendapatkan sesuatu daripada orang lain. Seperti yang anda
maklum, perkataan yang mempunyai intipati maksud yang sama dengan perkataan yang lain dikenali
sebagai synonym.
Sebenarnya, tidak ada dua perkataan yang benar-benar sama erti. Lazimnya, satu perkataan
mungkin hampir sama erti dengan perkataan yang lain, iaitu mempunyai intipati maksud yang sama.
Jika satu perkataan merupakan sinonim perkataan yang lain, perkatan-perkataan tersebut boleh
ditukar ganti tanpa menjejaskan maksud yang hendak disampaikan.
Di sebaliknya, jika sinonim digunakan dengan sinonim yang lain, ia tidak menambahkan apa-apa
maksud yang baru. Dari satu segi, perbuatan merangkaikan satu sinonim dengan sinonim yang lain
tidak berfaedah. Jadi, misalnya jika 'vicar' tersebut hanya menggunakan cadging sahaja,
maksudnya telah difahami dan sinonim yang lain tidak perlu ditokok-tambah.
Namum demikian, seperti dikatakan tadi, tidak ada dua perkataan yang benar-benar sama erti.
Sedikit sebanyak, terdapat perbezaan antara sinonim, walaupun maksudnya sama. Jadi, walaupun
cadging, scrounging, sponging dan wheedling merupakan sinonim, ada sedikit
perbezaan di dalam maksud:
Cadging - mendapatkan sesuatu dengan meminta-minta atau mengemis. Scrounging - mendapatkan sesuatu dengan meminta-minta, tipu-helah atau mencuri. Sponging - mendapatkan sesuatu dengan meminta-minta, bergantung kepada orang lain
untuk perbelanjaan hidup. Wheedling - mendapatkan sesuatu dengan pujukan, tipu-helah dan pelbagai lagi.
Lazimnya, kita menggunakan sinonim untuk mengelak dari mengulang-ulang perkataan yang sama,
iaitu mempelbagaikan perkataan. Perbezaan kedua ialah senarai pertama mengandungi perkataan
yang membawa maksud positif. Manakala senarai kedua mengandungi perkataan yang membawa maksud
negatif. Jadi, perlantikan Andy Capp sebagai pengutip derma untuk gereja bersifat sindiran
terhadap wataknya yang malas berkerja dan suka bergantung kepada orang lain atau meminta-minta
wang daripada orang lain.
Dari satu segi, pengutip derma dengan Andy Capp sama saja, iaitu kedua-duanya "meminta-minta"
dari orang lain. Yang berbezanya, Andy Capp "meminta-minta" untuk kepentingan diri sendiri dan
kerana dia malas. Jadi, kita perlu elakkan diri daripada digelar seorang cadger, scrounger,
sponger atau wheedler.
Anda patut perhatikan bahawa cadge ialah kata dasar bagi cadging, cadge, scrounge
untuk scrounging, sponge untuk sponging dan wheedle untuk wheedling.
Perhatikan bagaimana apabila -ing ditambah di hujung, huruf e digugurkan di dalam ejaan.
Ingatlah bahawa -ing yang ditambah kepada kata dasar tersebut (semuanya verb
atau kata kerja) bukan menukar verb berkenaan kepada bentuk continuous tense tetapi
kepada gerund, iaitu perkataan-perkataan ini berfungsi sebagai nama di dalam ayat di atas.
Latihan
Akhir sekali, lihat semula ayat ini:
"Good morning, vicar. What's new?" Secara literal, What's new?, bermakna "Ada
cerita baru ke?" Tapi kita harus ingat, ungkapan ini adalah sebahagian daripada budibahasa yang
berlaku apabila dua orang berjumpa. Ia adalah variasi kepada ungkapan seperti "How are you?
how's things? dll.
Cuba gantikan perkataan vicar di dalam ungkapan Good morning, vicar dengan
sinonim-sinonim yang lain. Walaupun priest bermaksud paderi, mengapakah ia tidak sesuai
digunakan di dalam ucapan tersebut? Jika priest digunakan juga, apakah sikap orang yang
berucap?