Cuba baca keratan akhbar New Straits Times May 30 mengenai masalah yang menimpa sebuah
pasukan bolasepak Albania di lapangan terbang Heathrow, London. Masalah yang mereka hadapi timbul
daripada salah faham mengenai ungkapan 'duty-free'.
Menurut seorang jurucakap lapangan terbang tersebut, "When the Albanians saw the words
'duty-free', they thought they could take anything they wanted free of charge."
(Apabila pemain-pemain Albania membaca ungkapan 'duty-free', mereka menyangka bahawa mereka
boleh mengambil apa yang mereka kehendaki tanpa membuat apa-apa bayaran).
Jadi, kerana salah faham maksud ungkapan 'duty-free', pemain-pemain Albania itu mengambil
barang bernilai hampir $9,000 daripada sebuah kedai tanpa membuat apa-apa bayaran. Nasib baik
mereka tidak didakwa oleh polis atau tuduhan mencuri dan dibenarkan meneruskan penerbangan mereka
ke Reykjavik, Iceland. Inilah padahnya sekiranya kita tidak benar-benar memahami sesuatu perkataan
atau ungkapan atau memahaminya secara 'setengah masak'.
Nampaknya apabila pemain-pemain Albania itu terbaca perkataan free dan perkataan ini
merujuk kepada barang-barang di dalam kedai, serta-merta mereka menarik kesimpulan bahawa free
bermaksud percuma atau tidak dikenakan bayaran. Mereka hanya separuh betul. Barang-barang itu memang
tidak dikenakan bayaran atau lebih tepat tidak dikenakan bayaran cukai kastam. Tetapi orang yang ingin
mendapatkan barang tersebut perlu membayar harganya!
Tegasnya, ungkapan duty-free digunakan untuk barang-barang - duty-free goods.
Perhatikan bahawa perkataan goods (barang-barang) mesti berbentuk "plural" iaitu dieja
dengan -s di hujung. Tidak ada bentuk 'singular' untuk goods. Dan goods tidak
boleh dihitung atau dikira, iaitu dengan meletakkan "angka" di hadapannya. Misalnya, kita tidak
boleh berkata "five goods". Lihat bagaimana perkataan goods digunakan di dalam keratan
akhbar tersebut:
goods worth L2,000
the goods disappeared from shelves.
the goods have been recovered.
Lazimnya, ungkapan duty-free diterjemahkan sebagai "bebas cukai". Dari satu segi,
ini tidak salah. Duty memang bermakna cukai kastam. Namun demikian, lebih tepat lagi,
free di dalam duty-free bukan bermaksud bebas atau tidak dikongkong tetapi bererti
tidak dikenakan bayaran. Jadi, duty-free shop ialah kedai yang menjual barang-barang yang
tidak dikenakan bayaran cukai kastam.
Namun demikian, lebih tepat lagi, free di dalam duty-free bukan bermaksud
bebas atau tidak dikongkkong tetapi bererti tidak dikenakan bayaran. Jadi, duty-free shop
ialah kedai yang menjual barang-barang yang tidak dikenakan bayaran cukai kastam. Oleh yang
demikian, tidak begitu tepat jika duty-free shop diterjemahkan sebagai kedai bebas cukai
kerana yang "bebas dari cukai" atau lebih tepat lagi, tidak dikenakan cukai, bukanlah kedai itu
tetapi barang-barang di dalam kedai tersebut.
Tetapi jika duty-free shop meletakkan papan tanda di dalam Bahasa Malaysia yang
berbunyi "Kedai Menjual Barang-barang yang Tidak Dikenakan Cukai", terlalu panjang pula
nama kedai itu. Sebab itu agaknya, "Kedai Bebas Cukai" lebih digemari kerana ia padat dan singkat.
Terdapat pelbagai ungkapan lain yang mengandungi perkataan free dengan maksud percuma
atau tidak dikenakan bayaran.
Misalnya, merujuk kepada pertunjukkan wayang gambar, drama, konsert dan banyak lagi, terdapat
free tickets (tiket percuma), free admission (masuk percuma), free list
(senarai nama orang yang dibenarkan menyaksikan pertunjukan dengan percuma). Sekiranya kita
mendapat free pass, kita boleh naik keretapi, bas dan sebagainya dengan percuma.
Di dalam perniagaan import-eksport ada singkatan fob, iaitu free on board.
Misalnya, harga getah kadang-kala disebut sebagai sekian ringgit fob. Secara literal
fob bermaksud percuma di atas kapal. Tetapi ini tidak bermakna bahawa syarikat perkapalan
tidak mengenakan bayaran untuk mengangkut barang di atas kapal!
Free on board sebenarnya bermaksud bahawa si penjual menanggung segala kos untuk
menghantar barang tersebut ke atas kapal. Tetapi si penjual tidak menanggung kos pengangkutan
kapal. Singkatan f.o.c juga sering digunakan untuk ,
iaitu percuma atau tidak dikenakan bayaran. Inilah yang disalahertikan oleh pemain-pemain Albania -
duty-free disangkakan f.o.c. Perhatikan pula ayat berikut yang dipetik dari keratan
akhbar:
"The goods have been recovered and we are not pressing charges," a Scotland Yard
spokesman said.
Charge di dalam ungkapan free of charge bererti bayaran. Manakala charge
yang digunakan oleh jurucakap Scotland Yard bermakna dakwaan atau tuduhan. Tetapi charge
yang digunakan di dalam tajuk siri TV, Charles in Charge lain pula maksudnya. Ia
bermaksud tanggungjawab. Jadi, sekiranya kita tidak mahu menghadapi masalah seperti yang
menimpa pasukan bolasepak Albania, kita perlu tahu maksud sesuatu perkataan dengan tepat.
Ini bukanlah satu perkara yang mudah. Ini adalah kerana, seperti kita telah lihat di dalam
pelajaran kali ini dan di dalam pelajaran-pelajaran yang lepas, sesuatu perkataan itu mempunyai
pelbagai pengertian.
Latihan
Siri kali ini tidak membincangkan semua maksud perkataan free, duty dan charge.
Jadi eloklah sekiranya anda merujuk kepada kamus dan mengkaji pelbagai maksud perkataan-perkataan
tersebut.
Cari maksud ungkapan berikut seperti yang digunakan di dalam petikan akhbar: shopping spree
fell fout of
Loading up on