[ Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 ]

Jawapan Yes Dan No Tidak Digunakan

Oleh A.R Dean (12 Januari 1990)

Pelajaran kali ini adalah sambungan perbualan di antara Ahmad Awang dengan Bob Wilson di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.

Ahmad: Excuse me, you must be Bob Wilson.
Bob: Sorry?
Ahmad: You're Bob Wilson aren't you?
Bob: Yes, that's right, I'm Bob Wilson.
Ahmad: I'm Ahmad Awang.
(Ahmad and Bob shake hands.)
Bob: How do you do.
Ahmad: How do you do. Did you have a good journey, Bob?
Bob: Yes, quite good, thanks.
Ahmad: You've got all your bags, haven't you?
Bob: Yes I have.
Ahmad: Let me carry one of your bags, Bob.
Bob: Oh thank you, Ahmad.
Ahmad: By the way, you don't mind me calling you Bob, do you?
Bob: No of course not.
Ahmad: And you can call me Mat. Well, if you'd like to follow me, I've got the car waiting outside.
Bob: Yes certainly.

Minggu ini kita masih menumpukan perhatian kepada beberapa ungkapan yang digunakan di dalam perbualan di antara Ahmad dengan Bob di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Perhatikan ungkapan berikut:

You're Bob Wilson aren't you?
* Yes, that's right
Did you have a good journey, Bob?
* Yes, quite good, thanks.
You've got all your bags, haven't you?
* Yes I have.


Jawapan ringkas Yes atau No jarang digunakan di dalam Bahasa Inggeris. Perhatikan bahawa apabila Bob ditanya oleh Ahmad untuk mengesahkan sama ada dialah Bob Wilson (You're Bob Wilson aren't you?), dia menjawab : Yes, that's right. Secara umumnya, kita boleh menggunakan ungkapan Yes, certainly atau Yes, of course jika kita diminta untuk bersetuju dengan sesuatu cadangan atau memberi persetujuan kepada sesuatu permintaan. Misalnya:

May I use your phone for a moment, please?
* Yes, certainly
Mai I borrow your book, please?
* Yes, of course


Perhatikan juga bahawa Ahmad bertanya dengan menggunakan ungkapan You're Bob Wilson aren't you? (dan tidak Are you Bob Wilson?) dan You've got all your bags, haven't you? (dan tidak Have you got all your bags?). Soalan Are you Bob Wilson? atau Have you got all your bags? betul di segi tatabahasa. 'Mesejnya' juga sampai. Tetapi di dalam perbualan Bahasa Inggeris yang 'natural' ungkapan seperti aren't you dan haven't you (yang dikenali sebagai 'tag-endings') sering ditambahkan di penghujung soalan. Terutamanya apabila kita percaya bahawa orang yang ditanya akan bersetuju dengan kita. Perhatikan contoh-contoh berikut:

You're from Malaysia, aren't you?
* Yes I am.
That's your book isn't it?
* Yes it is.
You've been to London before, haven't you?
* Yes I have.
You like fish, don't you?
* Yes I do.
You can drive, can't you?
* Yes I can.


Perhatikan bahawa katakerja di dalam jawapan adalah sama dengan katakerja di dalam soalan. Iaitu, arent' you? = I am; isn't it? = it is; don't you? = I do; can't you = I can. Soalan-soalan di atas adalah positif dan jawapan-jawapannya pun positif. Tetapi perhatikan bahawa 'tag-endingnya' ialah negatif. Perhatikan pula 'tag-ending' yang digunakan oleh Ahmad di dalam soalan berikut:

Ahmad: By the way, you don't mind me calling you Bob, do you?
Bob: No of course not.

Soalan ini bersifat negatif dan memerlukan jawapan negatif pula. Jadi, 'tag-endingnya' perlu positif. Lihat contoh-contoh berikut:

You're not from Malaysia, are you?
* No I'm not.
That isn't your book, is it?
* No it isn't.
You haven't been to London before, have you?
* No I don't.
You can't drive, can you?
* No I can't.


Ingatlah bahawa kita jarang menjawab Yes atau No sahaja di dalam Bahasa Inggeris. Yes atau No sahaja kurang sedap didengar dan boleh dianggap kurang sopan. Tetapi kita boleh menggunakannya untuk menunjukkan bahawa kita marah!

CATATAN

Bentuk negative -n't seperti aren't, isn't, doesn't don't, hasn't haven't, can't sering digunakan di dalam Bahasa Inggeris perbualan. Tetapi di dalam Bahasa Inggeris bertulis, kita lazimnya menulis bentuk yang penuh, seperti are not, is not, does not, do not has not, have not, cannot.

Latihan

Beri jawapan (positif) kepada soalan-soalan berikut:
  1. You're a foreigner, aren't you?
  2. You've got a younger sister, haven't you?
  3. You can speak English, can't you?
  4. The bus leaves at half past four, doesn't it?
  5. You'll see him tomorrow, won't you?

[Isi Kandungan]
Copyright © 1995-1999 Fz Sdc
nsr@melayu.com
http://www.melayu.com/nsr


1