Ahmad Awang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang untuk menyambut ketibaan
Bob Wilson dari London. Mereka belum pernah berjumpa sebelum ini.
Ahmad:Excuse me, you must be Bob Wilson. Bob:Sorry? Ahmad:You're Bob Wilson aren't you? Bob:Yes, that's right, I'm Bob Wilson. Ahmad:I'm Ahmad Awang.
(Ahmad and Bob shake hands.) Bob:How do you do. Ahmad:How do you do.
Perhatikan apabila Bob Wilson berkata How do you do. Sungguhpun ucapan ini
dimulakan dengan perkataan how, ia bukanlah ayat pertanyaan. Ungkapan ini biasanya
digunakan apabila kita bertemu dengan seseorang itu buat kali pertama. Ia tidak
sesuai digunakan apabila kita bertemu dengan orang yang sudah kita kenali.
Ia juga kata ucapan yang formal. Jadi, kadang-kadang, oleh kerana ia terlalu
formal, ia tidak digunakan. Sebaliknya, kata-kata pengenalan seperti Hello
digunakan. Kita akan belajar bagaimana ucapan pengenalan begini digunakan di dalam pelajaran
lain. Orang Inggeris sering menggunakan perkataan dan ungkapan tertentu yang pada satu segi,
tidak mempunyai 'makna'.
Perkataan dan ungkapan seperti ini sebenarnya menunjukkan sikap seseorang terhadap
orang lain. Jadi, jika perkataan atau ungkapan itu tidak digunakan, Bahasa Inggeris yang
digunakan kurang 'natural' dan kadang-kadang kurang sopan. Perkataan dan ungkapan itu
sudah menjadi sebahagian daripada 'budi bahasa' Bahasa Inggeris.
Sebagai contoh, lihat bagaimana Ahmad berkata: Excuse me, you must be Bob Wilson.
Jika Ahmad hanya berkata: You must be Bob Wilson, tatabahasanya betul dan 'mesejnya'
sampai . Di segi 'mesej' yang hendak disampaikan, Ahmad tidak perlu menambahkan ungkapan
Excuse me. Tetapi jika dia berbuat demikian, bahasa yang digunakan kurang 'natural'
dan kurang bersopan. Excuse me ialah cara bersopan meminta maaf kerana mengganggu
seseorang.
Perhatikan bahawa Excuse me yang diucapkan oleh Ahmad disebutkan dengan intonasi biasa
atau senada. Ia adalah ungkapan yang sering digunakan untuk memulakan ucapan
kepada orang yang anda tidak kenali dan yang tidak menyangka bahawa anda akan menegurnya.
Ia hanya digunakan pada permulaan apa yang hendak diucapkan. Kita tidak boleh
berkata You must be, excuse me, Bob Wilson atau You must be Bob Wilson, excuse me.
Perhatikan pula bahawa apabila Bob menjawab Sorry? dia tidak bermaksud untuk
meminta maaf. Sorry? - diucapkan dengan intonasi meninggi - digunakan
untuk meminta seseorang itu mengulangi apa yang dikatakan mungkin disebabkan tidak
jelas atau tidak difahami. Sorry? boleh juga digantikan dengan Pardon?
atau I beg your pardon? Kadang-kadang What? boleh digunakan. Tetapi ini
agak kurang sopan, kecuali jika diucapkan kepada kawan atau anggota keluarga.
CATATAN
Excuse me boleh digunakan apabila hendak meminta pertolongan orang. Misalnya:
Excuse me, can you tell me the way to the railway station?
Atau, jika kita hendak mengganggu perbualan orang lain:
Excuse me, I'm sorry to interrupt, but your taxi's waiting outside.
Kita boleh juga menggunakan Excuse me, please untuk meminta jalan di tempat
yang sesak, atau mengambil barang yang berada di hadapan orang lain. Jika kita hendak
menarik perhatian orang yang kita tidak kenali atau menegur orang yang tidak memandang
ke arah kita, Excuse me perlu disebut dengan kuat dan dengan intonasi
meninggi.
Misalnya, jika seorang itu tidak sedar bahawa kuncinya jatuh, anda boleh berteriak:
Excuse me, you've dropped your keys. Kita juga boleh menggunakan excuse me
selepas kita bersin, batuk, menguap, belahak dan sebagainya. Sorry - diucapkan
dengan intonasi menurun - boleh digunakan untuk meminta maaf bagi kesalahan
kecil seperti tidak sengaja terlanggar orang lain atau terpijak kasutnya.
Lazimnya, jika seseorang itu berkata sorry selepas kejadian sedemikian, kita
boleh mendiamkan diri atau juga menjawab sorry jika kita rasa kita juga turut
bersalah. Jika kita melakukan kesilapan yang lebih berat, kita boleh berkata I'm sorry
; I'm terribly sorry; I can't say how sorry I am, dan sebagainya. Sebagai jawapan kepada
ucapan minta maaf begini, kita boleh berkata: That's all right; Don't worry; It doesn't
matter dan sebagainya. Kita juga boleh menggunakan sorry jika kita tidak faham atau salah faham apa
yang diucapkan. Misalnya: Sorry, I don't quite follow; I'm sorry, I thought you said
$10.
Latihan
Cuba berlatih menyebut excuse me dengan intonasi yang betul di dalam ayat-ayat
berikut:
Excuse me, are you Maniam?
Excuse me, I think you've dropped your newspaper?
Would you excuse me for a while?
Excuse me, can you tell me where the post office is, please.