[ Siri 11 | Siri 12 | Siri 13 ]

Ungkapan 'It's Been Nice Meeting You'

Oleh A.R Dean (23 Mac 1990)

Bob Wilson berkenalan dengan seorang pemuda bernama Daud Ibrahim sewaktu dia berada di Kuala Lumpur. Daud datang ke rumah Ahmad Awang untuk berjumpa dengan Bob. Khatijah yang membuka pintu.

Khatijah: Hello.
Daud: Hello, I'm a friend of Bob's. Is he in?
Khatijah: Yes he is. Would you like to come in please.
Daud: Thank you very much.
Khatijah: I'll call him...Bob! It's a friend of yours...Do come in. In here please...ah, here he is.
Bob: Hello Daud. This is kathy.
Daud: How do you do.
Kathy: How do you do. Please sit down. Can I get you both a cup of tea?
Bob: Oh thank you. That'd be nice. What about you, Daud?
Daud: Well, actually, I've only got a couple of minutes and I've just had some coffee as a matter of fact. Thanks all the same, but I'd rather not.
Khatijah: Are you sure?
Daud: Yes, yes, really, but thanks very much anyway.
Khatijah: Well, will you excuse me then.
Daud: I just popped in to see what you're doing this weekend.
Bob: Oh nothing very special. At least I don't think so.
Daud: Do you scuba dive?
Bob: Do I what?
Daud: Do you scuba dive?
Bob: Yes, I thought that's what you said. No, I do swim but I don't scuba dive.
Daud: Well, I'm going scuba diving with a couple of friends this weekend. We're going to Pulau Redang in Terengganu. Would you like to come with us?
Bob: Well, I don't know. I swim a lot but I've never gone scuba diving.
Daud: It's a great way to see the beautiful underwater world. Pulau Redang is one of the best places in the world for scuba diving. I'm sure you'd love th sport once you try it.
Bob: But if the sea gets rough, it'll be very dangerous, won't it. Don't people get hurt quite a lot?
Daud: No, no, no, not if you don't do anything silly and follow all the safety rules. You'd like it. It's great fun.
Bob: OK, all right then, I'll give it a try. I've been meaning to visit the East Cost anyway. When are you leaving?
Daud: About eight in the morning on Friday from my house.
Bob: Right. I'll be there.
Daud: Fine. Well, I really must be going. I'm meeting my girlfriend in ten minutes.
Bob: Is she coming with us?
Daud: Good Lord no, she doesn't swim. She hates the sea. Well, look, I must be going.
Bob: Right. So I'll see you on Friday then at your house at about 8:30.
Daud: Good, and don't forget your swimming stuff. See you then.

Anda tentu masih ingat mengapa dan bila kita patut menggunakan ungkapan How do you do. Sekiranya Daud dan Khatijah bertemu sekali lagi, apakah yang akan mereka ucapkan? Dan selepas kita bertemu dengan seseorang, kita tentu akan berpisah. Lazimnya, kita akan menggunakan beberapa ungkapan untuk menunjukkan bahawa kita gembira bertemu dengannya dan kita harap akan berjumpa lagi.

Itulah kegunaan ungkapan See you then di akhir perbualan di atas. Ini adalah satu ungkapan perpisahan yang tidak formal, iaitu yang digunakan antara orang yang agak rapat hubungan mereka. Ucapan perpisahan lain yang tidak formal ialah seperti It's been nice meeting you atau Nice meeting you. Ungkapan yang agak kurang formal ialah Hope to see you again.

Dalam perbualan itu ada disebut mengenai scuba diving. Seperkara yang menarik mengenai perkataan scuba ialah bahawa ia adalah acronym (singkatan perkataan). Adakah anda tahu bahawa ia dibentuk daripada huruf pertama perkataan-perkataan ini: 'self-contained underwater breathing apparatus'? Adakah anda tahu apakah sukan scuba diving? Ia adalah sejenis sukan yang semakin digemari ramai, terutama di kalangan mereka yang mencintai keindahan alam dasar laut.

Pulau-pulau di pantai timur Semenanjung Malaysia seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman merupakan antara tempat yang sangat sesuai untuk scuba diving. Berbalik kita kepada Bahasa Inggeris. Perhatikan ayat-ayat ini yang diucapkan oleh Bob di dalam perbualan di atas:

I do swim.
I swim a lot.


Dari segi mesej yang hendak disampaikan, Bob sebenarnya hanya perlu berkata "I swim" dan tidak perlu berkata "I do swim". Tetapi dia menggunakan do untuk membandingkan dua perkara, satu positif dan satu lagi negatif: I do swim but I don't scuba dive. Inilah salah satu kegunaan do/does/did bila ia ditambahkan kepada sesuatu verb (kata kerja). Lihat contoh yang lain:

He doesn't speak Italian but he does speak Spanish.
I don't know Ahmad but I do know his wife.


Satu lagi kegunaannya ialah untuk menegaskan apa yang kita ucapkan. "I do like her" lebih kuat daripada "I like her". Begitu juga "I did lock the door" lebih tegas daripada "I locked the door". Kita juga boleh menggunakannya untuk menafikan sesuatu. Misalnya, seseorang berkata, "You don't like fish, do you". Tetapi, jika ini merupakan satu tanggapan yang salah, kita boleh menjawab: "But I do like fish. I've always like them."

Latihan

  1. Seperti scuba, perkataan radar dan laser juga merupakan acronym. Cuba cari maksud penuh radar dan laser.
  2. Apakah maksud popped in di dalam perbualan di atas?

[Isi Kandungan]
Copyright © 1995-1999 Fz Sdc
nsr@melayu.com
http://www.melayu.com/nsr


1