Sejarah Falsafah Objektif Perutusan GB Lagu G. K. Panitia Staf Sekolah Biodata GB
ADUN Serom Bekas GB L. Pengurus PIBG Enrolmen UPSR Kemudahan Memori
len1.GIF (2700 bytes) sekmain.GIF (55045 bytes)
Arrow_Bullet2.gif (152 bytes) Sebagai Laman Web Utama
Arrow_Bullet2.gif (152 bytes) Sebagai Bookmarks
Arrow_Bullet2.gif (152 bytes) Hantar Email
Balik Menu Asal Menu Asal

OBJEKTIF SEKOLAH

 
  1. Menguasai Bahasa Malaysia dengan memuaskan, sesuai kerana kedudukannya sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan negara kita.

  2. Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira.

  3. Meningkatkan pretasi pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai taraf kelulusan peperiksaan ketahap setinggi yang mungkin.

  4. Mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk meluaskan pengetahuan serta mempertingkatkan kebolehan dengan menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang telah dikuasai.

  5. Membina sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian yang diterima dan dihargai oleh masyarakat berlandaskan RUKUN NEGARA serta menjadikannya asas bagi amalan hidup.

  6. Menanamkan semangat taat setia, rasa bangga, cinta, kasih sayang kepada sekolah.

  7. Mewujudkan kepercayaan dan keyakinan kepada ibubapa akan keupayaan sekolah ini memberi pendidikan yang baik dan sempurna.

  8. Meminati, memahami, dan menyertai aktiviti-aktiviti kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional.

  9. Bergaul mesra, menghargai hak dan kebolehan orang lain dan mempunyai semangat bekerjasama.

  10. Menyemaikan sikap yang positif terhadap Agama dan Negara.

  11. Membina sikap yang positif bersesuaian dengan persekitaran sekolah dan masyarakat.

  12. Menanamkan nilai-nilai murni, bertanggungjawab dan bekerjasama dalam diri setiap murid.

  13. Menyemaikan sikap cintakan keamanan, kesejahteraan dan keharmonian.

  14. Menghayati kebersihan dan kecantikan, dan seterusnya mewujudkan sikap mencintai alam semulajadi.

  15. Mengekalkan kecemerlangan dalam pencapaian keputusan peperiksaan.


vbc.JPG (5814 bytes)

Copyright (C) 1998 SJKC NAN HWA, BKT. KANGKAR, MUAR, JOHOR, MALAYSIA
Best view by Netscape 4.5 or above with resolution 800x600
Dibina dan disenggara oleh
Lee Huwee Ten (webmaster)

keatas1.jpg (1124 bytes)

1