- Semua murid di sekolah ini mempunyai kebolehan
masing-masing dari segi intelek dan fisikal dan mereka harus diberi peluang berkembang
maju dari kebolehan potensi mereka.
- Tujuan di atas boleh dicapai dengan adanya guru-guru
di sekolah ini yang mempunyai pengetahuan , pengalaman, kemahiran dan dedikasi. Mereka
boleh mendidik murid-murid di sekolah ini supaya memperolehi pelajaran yang sempurna dan
bermutu tinggi.
- Sekolah ini dengan kemudahan dan tenaga pendidiknya
yang sedia ada memikul tanggungjawab ini dengan kerjasama semua ibubapa supaya ia akan
melahirkan murid-murid sebagai warganegara yang berdisplin, bertanggungjawab serta berguna
kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
- Sekolah ini menyedari bahawa senua murid boleh
belajar dan boleh diajar.
MATLAMAT SEKOLAH
- Melaksanakan dasar Pelajaran Kebangsaan dan lain-lain
yang ditetapkan oleh Kerajaan dengan licin dan memuaskan.
- Berusaha dan mengembeling tenaga yang ada bagi
mencapai objektif-objektif sekolah.
- Bekerja sebagai satu pasukan dan satu keluarga.
- Segala masalah disiplin murid adalah merupakan
masalah bersama dan mesti diselesaikan bersama.
- Membentuk satu kumpulan guru dan kakitangan yang
amanah dan bersifat profesional.
|

|
Copyright
(C) 1998 SJKC NAN HWA, BKT. KANGKAR, MUAR, JOHOR, MALAYSIA
Best view by Netscape 4.5 or above with resolution 800x600
Dibina dan disenggara oleh Lee
Huwee Ten (webmaster) |

|