Sebelum itu,pada 27 Jun 1941, Duta Amerika di Tokyo, Joseph Grew telahpun melaporkan kepada Jabatan Negara jika timbulnya sebarang masalah dengan Amerika Syarikat, Jepun telah bercadang untuk melancarkan serangan ke atas Pearl Harbour di Kepulauan Hawaii. Dengan kejayaan memintas kod rahsia yang digunakan oleh Jepun, pegawai-pegawai kerajaan Amerika Syarikat telahpun mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan mengenai apa yang mungkin berlaku. Malah, pada 28 November 1941, Setiausaha Negara Cordell Hull memberitahu orang tertinggi dalam kerajaannya bahawa hubungan dengan Jepun semakin kritikal dan Jepun mungkin akan melancarkan serangan mengejut di beberapa sasaran terpilih.

SERANGAN KE ATAS PEARL HARBOUR

Jepun akhirnya telah melancarkan serangan mengejut ke atas Pearl Harbour pada 7 Disember 1941.

.The United States embargo on oil and rawa materials was an important cause of Japan's decision to attack Pearl Harbour.22
Jepun bukan sahaja menyerang Pearl Harbour, malah telah menakluki negara naungan Amerika iaitu Filipina. Seawal Julai 1941, kerajaan Jepun memutuskan untuk meneruskan Lingkungan Kemakmuran Bersama Asia Timur dan selesaikan hal China walaupun ini bermakna peperangan dengan Amerika Syarikat. Mereka melihat saat ini sebagai saat penentu bagi kelangsungan Empayar Jepun.

United States embargo could only be countered by obtaining resources from the British empire, French Indo-China dan the Netherland East Indies.23

Pada bulan yang sama, Nomura menyerahkan syarat-syarat terakhir Jepun kepada Setiausaha Negara Amerika,Cordell Hull. Jepun enggan melepaskan China tetapi berjanji tidak akan meluaskan kuasa ke Selatan tetapi tidak diterima oleh Amerika.Pada Disember 1941, Roosevelt menghantar mesej kepada Maharaja Hirohito agar mengekalkan keamanan. Atas arahan kerajaan, Nomura dan Kurusu mengatur pertemuan dengan Setiausaha Hull.

Sebagai usaha untuk memulihkan konflik ini, seorang diplomat iaitu Saburo Korusu telah di hantar ke Washington untuk membuat rundingan. Beliau telah mengemukakan dua syarat iaitu Amerika menyokong usaha Jepun mendominasi Asia tetapi ini ditentang oleh Setiausaha Negara Cordell Hull dan yang kedua Jepun akan meninggalkan Indocina dan mengembangkan hubungan dagangan tetapi ini juga tidak mendapat persetujuan.Sukar bagi Jepun untuk menerima syarat-syarat ketat Amerika dan ramai juga merasakan syarat-syarat yang dikemukakan oleh Amerika adalah tidak adil kerana,...western powers also behaved aggresively to their own colonies.24 Seandainya, kuasa-kuasa Barat terus menjajah dan mengeksploitasikan negara-negara jajahan mereka, kenapa tidak Jepun?Ini adalah kerana sama seperti negara-negara Barat yang berperang bagi mendapatkan jajahan dan pasaran di luar negeri pada abad kesembilan belas, maka, Jepun merasakan mereka juga berhak melibatkan di dalam persaingan ini.

Japan was merely the student of imperialism and Europe was the teacher, so why should Japan be singled out for blame?25

Segala rundingan ini berakhir dengan bantahan Amerika pada 20 November 1941. Ini merupakan usaha terakhir diambil bagi memulihkan hubungan antara kedua negara. Pada 6 Disember 1941, Jeneral Hideki Tojo telah menyampaikan 13 memorandum panjang kepada Washington yang secara rasminya telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Amerika. Peperangan bermula apabila bahagian terakhir memorandum iaitu bahagian keempat belas diterima pada 7 Disember 1941 di mana menunjukkan Jepun akan menyerang Pearl Harbour di Hawaii pada hari tersebut.26

Semua panggilan yang dibuat oleh Kurusu di Washington ke Tokyo telah direkod oleh Jabatan Peperangan di Amerika. Dari perbualan antara Kurusu dan Yamamoto di Tokyo, dapat disimpulkan Yamamoto mengarahkan supaya rundingan dilengah-lengahkan agar memakan masa yang lama.27Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang syak wasangka Amerika terhadap Jepun yang ia akan menyerang pengkalan Amerika. Admiral Husband E. Kimmels menuduh Jabatan Perang Amerika sengaja menyembunyikan maklumat mengenai serangan yang akan dilakukan oleh Jepun walaupun ia tahu apa yang akan berlaku sekiranya hubungan diplomatik diputuskan.

The War Department are aware of the fact that I did not have this information and had already decided that I should not have this information.28

Mengikutnya lagi,sekiranya Pearl Harbor dimaklumkan mengenai hal ini, pasti kapal-kapal dapat dialihkan ke tempat lain. Ini menunjukkan mereka di " tempat tertinggi" mempunyai keinginan untuk terlibat dalam Perang Dunia Kedua .

....a number of American academics-historians who have studied documents released since 1945 by the American government-have concluded that the war was an American set-up and that Japan was trapped into it. ...the Japanese attack on Pearl Harbour was an American coup de main.29

Malahan, Presiden Roosevelt sendiri sememangnya sedang mencari alasan untuk berperang dengan Jepun. Mengikut Stimson dalam diarinya, Presiden telah ...raised the question of how to manouver the Japanese into firing the first shot without too much danger to the United States.30

Bagi sesetengah pihak , ...the intelligence failure was deliberate. They contend that President Roosevelt provoked the attack by his intransigence toward Japan and ensured its sucess by supressing intelligence and witholding information from the commanders at Pearl Harbor. His purpose, was to trick United States into the war.31

Sekali lagi, peristiwa ini mempersoalkan integriti kepimpinan Amerika dalam menangani isu ini. Begitu juga dengan integriti pucuk kepimpinan Britain yang inginkan Amerika menyertai perang dipihaknya sehingga sanggup merahsiakan maklumat yang mereka perolehi hasil pintasan kod Jepun. Mengikut James Rusbridger seorang penulis perisikan dan Eric Nave, bekas pemintas kod berbangsa Australia dalam buku mereka bertajuk, Betrayal at Pearl Harbor, mendakwa unit pemintas kod British di Singapura di mana Nave berkhidmat telah berjaya memintas kod JN25 sebelum serangan di Pearl Harbor.32

This revealed the forthcoming Japanese strike to Prime Minister Winston Churchill, who said nothing about it to Roosevelt because, according to the authors, he wanted the United States in the war with him.33

Sepertimana dalam peperangannya dengan Rusia dan China yang bermula dengan serangan mengejut, taktik ini juga telah digunakan dalam serangan di Pearl Harbour.

Surprise attacks, regardless of plighted words were part of Bushido, the code of the warrior.34

Serangan mengejut Jepun ke atas Pearl Harbour telah membawa kecederaan kepada 1 200 orang dan kematian kepada 2 400 orang. Kapal "Prince of Wales " dan "Repulse" ditenggelamkan dan banyak kapal perang lain yang berada di pelabuhan telah dimusnahkan.35 Pada hari yang sama,Jepun seterusnya mengambil kesempatan untuk melancarkan serangan besar-besaran ke atas Kepulauan Filipina, Goa, Kepulauan Midway dan Hong Kong. Pada 8hb. Disember 1941, tentera Jepun telah menawan Malaya dan Thailand. Pada bulan Januari 1942,Hindia Timur Belanda telah di tawan. Padan bulan Mac pula, Burma berjaya ditakluki dan menjelang Mei, tentera Amerika dan Filipina menyerah pada tentera Jepun di Kepulauan Corregidor dan akibatnya seluruh Filipina jatuh ke tangan Jepun.

Presiden Roosevelt menggangap serangan mengejut Jepun di Pasifik sebagai:

...the climax of a decade of international immorality. Powerful and resourceful gangsters banded together to make war on the whole human race.36

PERSOALAN MENGENAI KEPIMPINAN KUASA BERSEKUTU DAN RUSIA

Pada peringkat awal Perang Dunia Kedua, Jepun sememangnya mencapai kejayaan dalam segala operasi ketenteraannya. Walaubagaimanapun, menjelang penghujung tahun 1944, kekuatan Jepun mula berkurangan. Setelah beberapa lama berperang, pihak bersekutu berjaya merampas kembali Manila pada bulan Februari 1945. Pada bulan yang sama, The Big Three Meeting atau Persidangan Yalta telah diadakan di Yalta untuk membincangkan masalah peperangan. Persidangan ini dijalankan di antara Roosevelt, Winston Churchill dan Stalin. Dalam persidangan ini tumpuan diberikan kepada kemaraan Jepun. Pihak Soviet Union menyatakan ia akan menyertai Pihak Bersekutu tidak kurang daripada tiga bulan selepas Jerman di tawan. Sebagai balasannya, pihak Soviet akan terima konsesi istimewa di negeri China serta memperolehi kembali semua wilayahnya yang telah jatuh ke tangan Jepun semasa Perang Dunia Pertama. Namun demikian, Persidangan Yalta ini telah dirahsiakan kerana pihak Soviet masih mempunyai hubungan persahabatan dengan pihak Jepun.

Pada bulan yang sama tentera Amerika di bawah Admiral Nimitz telah dapat menawan Iwo Jima dan bandar Okinawa berjaya di tawan pada April 1945. Selepas kejatuhan Okinawa, Maharaja Jepun telah melantik Perdana Menteri Jepun yang baru dan mengarahnya mengkaji kemungkinan berdamai. Malahan, telah ada usaha di pihak Jepun untuk berdamai dengan menggunakan Soviet Union sebagai perantara.

...The Japanese government was attempting to persuade the Soviet Union to mediate a surrender for Japan that would be unconditional. This was in response to the Emperor's request at a Big Six meeting on June 22, 195 to seek peace through the Soviets, who were the only major member of the Allies that had a neutrality pact with Japan at the time.37

Namun demikian niat yang ditunjukkan oleh pihak Jepun telah dirahsiakan oleh semua pihak termasuk Soviet Union, Amerika dan Britain. Malahan,ada sejarahwan berpendapat perkara ini begitu dirahsiakan sebagaimana pembuatan bom atom itu sendiri.Presiden Truman sedar akan kandungan mesej sebagaimana yang terkandung dalam diarinya pada 18 Julai 1945,

Stalin had told P.M. (Prime Minister Churchill) of telegram from Japanese Emperor asking for peace.38

Kenapakah pihak Bersekutu tidak memberikan perhatian serius berhubung dengan niat Jepun ini? Malahan, sikap Soviet juga harus dipersoalkan kerana telah menginterpretasikan niat Jepun sebagai satu helah untuk bersekutu dengannya demi kepentingan Jepun. Ini jelas mempamirkan kelemahan pucuk kepimpinan Kuasa Bersekutu dalam menangani isu ini. Begitu juga,dengan pucuk pimpinan Soviet yang sanggup membelot demi memenuhi kepentingannya sendiri. Soviet telah salah anggap niat Jepun dan mementingkan dirinya sendiri kerana seandainya Jepun musnah Soviet berharap untuk mendapat konsesi perdagangan yang istimewa di China. Di samping itu,dalam Persidangan Yalta, penyertaan Soviet ke dalam pihak bersekutu akan membolehkan ia merampas kembali wilayah-wilayah kekuasaannya yang jatuh ke tangan Jepun dalam Perang Dunia Pertama. Pihak Soviet juga menggunakan kesempatan ini untuk membalas dendam terhadap kekalahan mereka di tangan Jepun dalam Perang Rusia-Jepun. Seandainya, pihak Bersekutu berniat untuk menamatkan peperangan dengan baik dan segera , kenapakah mereka tidak mengkaji sepenuhnya kesediaan Jepun untuk menyerah?

Apabila peperangan di antara pihak Bersekutu dengan Jerman hampir tamat, maka, pihak Bersekutu telah melancarkan serangan yang lebih hebat ke atas Jepun. Apabila Kepulauan Mariana 39 termasuk Saipan jatuh ke tangan Amerika Syarikat pada Julai 1944, kekalahan Jepun jelas terbayang di kalangan pemimpin Bersekutu mahupun Jepun.

Sejak November 1944, Jepun mula menghadapi siri-siri serangan bom oleh pihak Amerika. Pada malam 9 -10 Mac 1945, Amerika Syarikat telah melancarkan pengeboman ke atas Tokyo. Mengikut The Strategic Bombing Survey serangan ini sahaja telah mengakibatkan 87 793 orang mati, 40 918 cedera dan 1 009 005 orang kehilangan tempat tinggal.40.Manakala, mengikut anggaran Jabatan Bomba Tokyo 97 000 orang mati dan 125 000 mengalami kecederaan.41 Pada 11 Mac, 285 bombers telah menjatuhkan 1 700 tan bahan bakar ke atas Nagoya. Dua hari kemudian, 270 B-29 menyerang Osaka. Pada 16 Mac, 66 000 bangunan di Kobe terbakar hangus. Dalam masa sepuluh hari pengebom Amerika telah memusnahkan 32 batu persegi daripada bandaraya Jepun. 42 Dalam bulan-bulan berikutnya siri pengeboman Amerika telah memusnahkan kawasan yang luas di hampir kesemua bandaraya yang penting di Jepun dan membunuh beribu-ribu orang. Ramai yang lari ke kaki pergunungan dan kawasan luar bandar. Menjelang Julai 1945, serangan-serangan melibatkan 6 960 kapal terbang B-29 dan 41 592 tan bom. Kapal terbang Amerika telah mengebom enam puluh bandaraya besar Jepun, mengusir 8 juta penduduk dari komuniti mereka dan menghancurkan berjuta-juta rumah.43 Menjelang 5 Ogos, 1945, pertahanan udara Jepun telah dimusnahkan dan sasaran pengeboman jelas tidak dihalakan kepada ibu pejabat tentera dan pusat perindustrian senjata sahaja.

Precision bombing had failed but fire raids had been cruelly effective. Cities were charred and ruined.44
Pada masa ini 200 000 penduduk awam terbunuh, lebih setengah juta cedera dan 8 juta pelarian berkumpul di luar bandar.45 Jelas di sini, Jepun sememangnya berada di ambang kekalahan dan menunggu masa sahaja untuk menyerah kalah. Di samping serangan udara yang bertubi-tubi ini, Jepun pada masa yang sama sedang menghadapi pelbagai masalah. Jepun tidak lagi mempunyai sekutu akibat kekalahan Jerman dan di saat ini sedang bersiap untuk mengundurkan diri dari Asia dan Pasifik. Di samping itu, Jepun menghadapi kekurangan bahan mentah yang serius hasil sekatan yang dikenakan oleh pihak Amerika. Angkatan laut serta udaranya mula musnah dan walaupun tentera daratnya masih utuh, mereka mula menghadapi kekurangan bekalan dan makanan. Selain dari kekurangan dari segi peralatan peperangan, Jepun menghadapi peperangan bukan sahaja dengan tentera Amerika tetapi juga dengan China dan Rusia secara sendirian. Admiral Leahy, "Chief of Staff" kepada President Roosevelt dan kemudiannya kepada Truman,telah menulis,
By the beginning of September 1944, Japan was almost completely defeated through a practically complete sea and air blockade.46

Sepanjang 1945, perancang Amerika sengaja mengecualikan lima bandaraya daripada serangan bom ini iaitu Kyoto (ibukota purba diraja), Hiroshima, Kokura , Niigata dan Nagasaki yang sememangnya di khaskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Sasaran Bom Atom untuk mempamirkan kuasa atom kepada Jepun dan dunia.47 Jelas membayangkan sememangnya Amerika telah lama berniat untuk menjatuhkan bom ke atas salah satu bandaraya Jepun.

Pihak Bersekutu pada masa yang sama menjalankan satu lagi persidangan bagi membincangkan usaha-usaha positif menamatkan perang secepat mungkin. Persidangan ini dikenali sebagai Persidangan Potsdam yang diadakan mulai 17 hingga 26 Julai 1945. Persidangan ini di sertai oleh Truman, Churchill dan Stalin. Pada masa inilah, Truman menerima laporan dari Amerika mengenai kejayaan ujian percubaan bom atom yang dijalankan di Los Alamos, New Mexico. Justeru itu, beliau mendapatkan kebenaran daripada Churchill dan Stalin bagi menggunakan bom tersebut ke atas Jepun seandainya Jepun tidak menyerah selepas Deklarasi Potsdam di umumkan. Deklarasi Potsdam bertujuan untuk memaksa Jepun menyerah diri tanpa syarat. Keengganan Jepun berbuat demikian akan membawa kepada akibat buruk. Deklarasi Potsdam berakhir dengan kenyataan....

... by calling upon the Japanese Government to proclaim to unconditional surrender or face utter destruction...48

ISU MAHARAJA

Malangnya, deklarasi yang disampaikan kepada Kerajaan Jepun pada pagi 27hb. Julai 1945 tidak menyebut langsung persoalan utama penyerahan tanpa syarat Jepun iaitu pengekalan kedudukan Maharaja. Orang Jepun percaya Maharaja itu Tuhan, nadi masyarakat dan budaya Jepun.49 Malahan, deklarasi itu mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengancam kedudukan Maharaja,

There must be eliminated for all time the authority and influence of those who have deceived and misled the people of Japan into embarking on world conquest and stern justice shall be meted out to all war criminals.50

Perdana Menteri Jepun Suzuki mengumumkan pada 9 hb. Jun 1945,

Should the emperor system be abolished, they [the Japanese people] would lose all reason for existence. "Unconditional surrender ", therefore, means death to the hundred million: it leaves us no choice but to go on fighting to the last man.51

Jelaslah,pihak Bersekutu sedar takhta merupakan isu utama bagi pihak Jepun. Jika dilihat dari segi sejarah hubungan Jepun-Amerika yang lama, sudah pasti, Amerika faham akan budaya politik masyarakat Jepun yang mengagungkan Maharaja mereka. Selain dari itu, kekaburan mengenai penyerahan tanpa syarat serta kenyataan-kenyataan yang berbentuk ancaman yang ditujukan kepada pemimpin-pemimpin Jepun menyebabkan pihak Jepun membuat kesimpulan penyerahan tanpa syarat bererti berakhirnya pemerintahan Maharaja. Malah Perdana Menteri Luar Jepun, Togo, dalam mesejnya kepada Sato, Duta Jepun ke Moscow pada 12hb. Julai 1945 mengatakan, " as long as America and England insist on unconditional surrender, our country has no alternative but to see it ( the war) through in an all-out effort".52 Telegram ini telah dipintas oleh Amerika Syarikat, dibaca dan di hantar kepada Presiden Truman.

Sekali lagi di sini membuktikan Amerika sengaja enggan mengiktirafkan kepentingan institusi Raja kepada orang Jepun apabila tidak terdapat sebarang kenyataan dalam Deklarasi Potsdam yang dibuat berhubung dengan pemuliharaan institusi beraja sekiranya Jepun menyerah kalah. Setiausaha Dalam Negeri Amerika, Joseph Grew merupakan seorang yang berpengalaman hasil perkhidmatannya sebagai Duta Amerika ke Jepun selama sepuluh tahun sebelum serangan Jepun ke atas Pearl Harbour. Beliau dianggap sebagai pegawai kerajaan Amerika yang paling berpengetahuan mengenai Jepun, telahpun menasihati Truman secara peribadi pada 28 hb. Mei 1945 mengenai isu ini.
Menurut beliau,

The greatest obstacle to unconditional surrender by the Japanese is their belief that this would entail the destruction or permanent removal of the Emperor and the institution of the throne.53

Pada 18 Jun 1945 dalam satu mesyuarat di antara Truman dan penasihat-penasihat tenteranya, Pembantu Setiausaha Perang John Mc Cloy menghujahkan Jepun harus dibenarkan mengekalkan Maharajanya dan harus diberi amaran mengenai bom atom supaya dapat membawa kepada penyerahan yang lebih awal dan tidak membahayakan.54

Pada 28 Jun 1945 satu nota daripada Setiausaha Angkatan Laut Ralph Bard telah diberikan kepada Setiausaha Perang Stimson. Dalam nota itu, Bard mencadangkan fakta-fakta yang dihujahkan oleh Mc Cloy dan mencadangkan agar Jepun di beritahu Russia akan menyertai peperangan menentang mereka.55 Pada 2hb. Julai 1945, Setiausaha Perang Stimson dan Truman telah membincangkan satu cadangan oleh Stimson untuk meminta Jepun menyerah. Nota Stimson kepada Truman menasihatkan jikalau sekiranya, jaminan di berikan mengenai kedudukan Maharaja, sudah pasti Jepun akan menyerah kalah dengan lebih awal dan pemusnahan dapat dielakkan. Setiausaha Perang itu menegaskan, keengganan Amerika memasukkan jaminan kedudukan Maharaja sebagai satu kesalahan taktik diplomasi yang amat besar. Stimson enggan membiarkan dendam peperangan mempengaruhi pemikirannya dan tidak mahu menanggung beban moral akibat kemusnahan yang akan dibawa oleh pengguguran bom atom.

..It is possible in the light of final surrender that a clearer and earlier exposition of American willingness to retain the Emperor would have produced an early ending to the war.... 56

Kenyataan ini di kukuhkan oleh Herbert Feis,

... even if the drop on Hiroshima was justified by its purpose and results the second drop on Nagasaki was not... if right after Hiroshima the American Government had made it clear that the Japanese Authorities could retain the emperor, they would have surrendered, and hence the destruction in Nagasaki was unneccesary...57
.

Cadangan tuntutan penyerahan Jepun oleh Stimson ada memperuntukkan monarki berpelembagaan di bawah dinasti yang ada sekarang akan di masukkan dalam kerajaan baru Jepun.58Walaubagaimanapun, peruntukkan ini tidak dimasukkan dalam Deklarasi Potsdam. Stimson yang membuat catitan dalam diarinya ada menyebut mengenai bahaya stereotaip:

There has been a good deal of uninformed agitation against the Emperor in this country mostly by people who know no more about Japan than has been given them by Gilbert and Sullivan’s “Mikado”, and I found today that curiously enough it had gotten deeply embedded in the minds of influential people in the State Department.59

Bersambung
Senarai Notakaki
Laman Utama 1