Keengganan Amerika mengiktiraf kepentingan institusi Maharaja ini telah membawa kepada keengganan Jepun menyerah kalah tanpa syarat dan seterusnya peristiwa pengeboman. Peliknya selepas pengeboman, Amerika telah melembutkan pendiriannya berhubung dengan isu Maharaja.

The cruelest irony lies in the fact that the dropping the bomb on Hiroshima and Nagasaki, the United States did soften its unconditional surrender provisions with respect to the emperor.60

Maharaja Hirohito seterusnya menduduki takhta selama lebih dari empat puluh tahun di mana kuasa penjajah Amerika telah menjamin kesinambungan sistem beraja sementara menjadikan sistem politik Jepun sebagai sistem demokrasi beraja.

ISU PERKAUMAN

Daripada huraian di atas jelas menunjukkan faktor prejudis rakyat Amerika termasuk pemimpinnya terhadap Jepun tidak boleh diketepikan dalam menimbangkan isu pengguguran bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki. Ada pihak yang mengatakan Amerika Syarikat menjatuhkan bom ke atas Jepun adalah kerana orang-orang Jepun merupakan orang Asia. Semasa zaman kolonial boleh dikatakan tiada satupun kuasa Asia yang mampu mencabar kuasa Barat tetapi Jepun berjaya membuktikan kemampuan mereka mengalahkan oarng-orang Barat. Kejayaan mereka serta slogan mereka Asia Untuk Asia mampu menimbulkan sentimen anti-Barat di kalangan orang Asia dan menaikkan semangat kebangsaan mereka. Keadaan ini menggugat kepentingan Barat, maka, pengguguran bom atom ini sedikit sebanyak dapat menaikkan kembali prestij Barat.

Sebagaimana yang dijelaskan di bahagian awal, sepanjang sejarah hubungan Jepun-Amerika, isu perkauman sering menjadi ujian dan cabaran hubungan kedua-dua kuasa ini. Seringkali pemimpin dan banyak golongan dalam masyarakat Amerika di pengaruhi oleh sentimen perkauman dalam tindakan dan pembentukkan keputusan mereka. Apa yang jelas di sini, pemimpin-pemimpin Kuasa Bersekutu telah didorong oleh sentimen perkauman yang telah ditanam dalam tempoh yang agak lama, di samping membiarkan diri mereka di pengaruhi oleh keadaan dan ketegangan yang berlaku semasa Perang Dunia Kedua. Ini jelas mempamirkan ciri kepimpinan yang lemah di kalangan pemimpin Kuasa Bersekutu di mana Winston Churchill mengakui,

...he (Truman)carried the bombing too far, led by passion and the intensity of the conflict.61

Selepas mengetahui mengenai kejayaan percubaan ujian atom di Alamorgodo pada 16 Julai, malangnya, Truman dan Setiausaha Negara James Bryd tidak mengusahakan sebarang rundingan bagi penyelesaian secara aman. Mereka sedar mereka mempunyai satu senjata yang dasyat yang boleh mereka gunakan bukan sahaja untuk mengalahkan Jepun tetapi untuk memaksa Soviet Union bekerjasama dan tunduk pada Amerika.62

Pengeboman ini dilakukan semata-mata bagi menakut-nakutkan Soviet Union serta untuk mengelakkan konsesi pasca-perang. Pada masa yang sama, Amerika ingin mempamirkan kepada Rusia kekuatannya dalam konflik yang bakal berlaku di antara Soviet dan Amerika. Faktor-faktor yang membawa kepada pengeboman Hiroshima termasuk ..the desire to preempt Soviet entry into the Pasific War and to demonstrate the unrivaled might of the United States in the post war era.63

Malahan Truman sebenarnya telahpun membuat keputusan untuk menggugurkan bom atom ke atas Hiroshima dan sesetengah pihak percaya ini disebabkan Soviet Union berniat untuk mengistiharkan perang ke atas Jepun pada 8hb. Ogos 1945. Dengan mengugurkan bom pada 6hb. Ogos, Amerika dapat menentukan Jepun akan menyerah kalah kepadanya dan bukannya pada Soviet Union. Pada masa yang sama Amerikalah yang berpeluang menjajah Jepun. Menurut P.M.S. Blackett dalam buku yang diteerbitkannya pada tahun 1948 bertajuk "Fear, War and The Bomb" pengguguran bom ke atas Hiroshima adalah "the first major operation of the cold diplomatic war with Rusia".64

Persoalan yang timbul di sini kenapakah Amerika memilih Jepun dan orang awam Jepun untuk mendemonstrasikan senjata baru ini kepada Stalin. Sebagaimana yang dikatakan oleh Ronald Takaki, seperti kebanyakan rakyat Amerika, Truman terpengaruh atau terikut-ikut dengan perasaan anti-Jepun yang muncul dengan hebatnya semasa Perang Dunia Kedua dan didorong oleh perasaan dendam atas insiden yang berlaku di Pearl Harbour dan imej yang telah lama tertanam bahawa orang Jepun ini merupakan " demons, savages, and beast".65 Sebagaimana yang dijelaskan di peringkat awal sikap permusuhan terhadap Jepun ini telah lama tertanam dalam budaya Amerika, jauh lebih awal sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua. Tidak dapat dinafikan, Truman merupakan salah seorang yang terperangkap dalam budaya permusuhan dan prejudis bukan sahaja terhadap Jepun tetapi juga China dan rakyat kulit hitam Amerika.

Dalam suratnya bertarikh 22 Jun 1911 kepada bakal isterinya, Bess,beliau menulis,

I think one man is as good as another so long as he's honest and decent and not a nigger or Chinaman. Uncle Will (Young, a confederate veteran) says that the Lord made a white man of dust, a nigger from mud, than threw up what was left and it came down a Chinaman. He does hate Chinese and Japs. So do I. It is race prejudice I guess. But I am strongly of the opinion that negroes ought to be in Africa, yellow men in Asia , and white men in Europe and America.66

Malahan selepas pengeboman Hiroshima, beliau menjustifikasikan pemusnahan ini dengan mengatakan,

When you have to deal with a beast you have to treat him as a beast.67

Bayangkan kenyataan yang begitu prejudis datang dari seorang pemimpin yang pasti akan mempengaruhi persepsi rakyatnya. Menurut Gar Alperovitz dalam bukunya Atomic Diplomacy: Hiroshima and Potsdam yang diterbitkan pada tahun 1965,

It bothers people to raise historical questions about the decision to drop the bomb......The notion that our leaders don't have flaws is a fundamental error. The men are flawed like all of us.68

Sebuah negara yang memperjuangkan ciri-ciri demokasi yang ideal jelas mempamirkan kelemahan kepimpinan mereka yang telah gagal membuat sebarang rundingan dengan Jepun sebelum menggugurkan bom tersebut. Ini perlu dari segi moral kerana dari segi demokrasi, rakyat Jepun harus diberi pilihan. Sememangnya dari awal lagi, unsur moral tidak pernah diambil kira dalam memutuskan pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.

...the road to the atomic bombing of Hiroshima and Nagasaki was essentially devoid of consideration of the ethical implications of its use.69

Pendapat ini diperkukuhkan oleh Naib Setiausaha Perang, John Mc Cloy dan disokong oleh Penolong Pengarah Pejabat Perisik Angkatan Laut, Captain Ellis Zacharias yang mengatakan,

while Allied leaders were immediately inclined to support all innovations however bold and novel in the strictly military sphere, they frowned upon similar innovations in the sphere of diplomatic and psychological warfare.70

Kita tidak dapat dinafikan Amerika dan juga pihak Bersekutu telah didorong oleh emosi dan perasaan ingin membalas dendam, maka, penekanan diberikan kepada penyelesaian tentera berbanding diplomasi. Perasaan ini jelas dipamirkan dalam kenyataan yang dibuat oleh Presiden Truman sebaik selepas bom atom yang pertama digugurkan di bandar Hiroshima,

We have used it against those who attacked without warning at Pearl Harbour, against those who have abandoned the pretense of obeying international law of warfare. We have used it in order to shorten the agony of war in order to save the lives of thousands and thousands of young Americans...71

Apa yang jelas di sini, majoriti mereka yang terkorban dan cedera akibat pengeboman ini adalah penduduk awam yang tidak berdosa. Walaupun, pihak Amerika mendakwa sasaran bom mereka merupakan pusat industri senjata atau pusat pertahanan tentera Jepun tetapi sebaliknya sasaran di kedua-dua Hiroshima dan Nagasaki merupakan pusat petempatan.

Amerika juga pada masa yang sama mengemukakan alasan bahawa pencerobohan oleh kuasa Bersekutu akan membawa kepada bilangan pengorbanan yang lebih tinggi berbanding dengan penggunaan bom atom. Penggunaan bom atom ini akan menamatkan keganasan Jepun dan menamatkan peperangan melalui penyerahan serta merta oleh Jepun.

The main reason for the using of the atomic bomb was to shorten the war thus to avoid great loss of life than would follow from the failure to use it...72.

Alasan ini digunakan bagi menjustifikaskan penggunaan bom atom ke atas Hiroshima kerana menurut mereka pencerobohan dan serangan udara, darat atau laut akan membawa kepada bilangan pengorbanan yang lebih tinggi berbanding penggunaan bom atom terutama sekali nyawa tentera Amerika.

...the lives counted are the lives of American soldiers. The lives of Japanese, military or civilian, presumably counted for less.73

Sekali lagi mempamirkan pertimbangan moral hanya ujud apabila merujuk kepada hal-ehwal Amerika tetapi tidak bagi Jepun. Walhal di antara Mac 1944 dan April 1945, hanya 13 742 tentera Amerika yang terbunuh ketika berjuang di Pasifik berbanding 310 000 tentera Jepun yang terbunuh iaitu nisbah 24:1. Angka ini jelas menunjukkan kekuasaan Amerika Syarikat dan monopoli kuasa laut dan juga udara. Dalam peperangan Okinawa daripada April hingga Jun 1945, 13 000 tentera Amerika terbunuh dan hampir 36 000 cedera manakala lebihkurang 70 000 tentera Jepun dan 150 000 penduduk awam Okinawa iaitu satu pertiga daripada jumlah penduduk pulau tersebut telah kehilangan nyawa. Sekali lagi di sini, emosi dan kepentingan diri telah menjadi pendorong penggunaan bom atom ke atas Jepun.

...From the standpoint of finding the least deadly way to bring the enemy's surrender and save the lives of one's soldiers, emotionalism may divert leaders from considering diplomatic solutions by making military/punitive measures seem more attractive and necessary. 74

Ramai mengatakan demonstrasi mengenai keupayaan bom ini sudah mampu menggerakkan Jepun untuk menyerah kalah.Walau bagaimanapun, pada masa yang sama Truman sedar Amerika mempunyai prinsip-prinsip kebebasan yang telah dipupuk semasa Perang Kemerdekaan dan Perang Saudara. Dalam menyambut kepulangan tentera Jepun Amerika daripada Kumpulan Kombat Rejim 442, beliau memberitahu mereka,

You fought for the free nations of the world...you fought not only the enemy, you fought prejudice-and you won.75
Walaupun beliau menyatakan rasa kesal akan pengeboman di Hiroshima tetapi anehnya beliau kemudiannya membenarkan pula bom kedua dijatuhkan di Nagasaki.

Selain dari itu, Amerika sering menjustifikasikan tindakan mereka dengan merujuk kepada keganasan, pembelotan dan sikap fanatik Jepun sepanjang Perang Dunia Kedua . Mereka merujuk kepada kes pembunuhan di Nanjing di mana tentera Jepun telah membunuh beberapa ribu rakyat China, peristiwa Pearl Harbour di mana hampir 3 000 kakitangan tentera terbunuh dan juga Bataan March Death di mana beratus-ratus banduan Amerika dan Filipina mati atau terbunuh dalam perjalanan ke kem penjara. Disebabkan keganasan Jepun ini , maka, bagi mereka tidak perlu ada pertimbangan kemanusiaan di sini.

Many military and civilian leaders concluded from the examples of such barbarous or fanatical behaviour by the Japanese military that the Japanese had forfeited all right to be treated like human beings.76

Sememangnya kita tidak dapat menafikan keganasan dan kekejaman pihak tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi ini tidak bererti ia boleh digunakan untuk menjustifikasi penggunaan bom atom ke atas Jepun sebagaimana yang disokong oleh beberapa pemimpin tentera Amerika. Ini melanggar etika moral yang diperjuangkan dalam sebuah sistem demokrasi. Unsur prejudis seharusnya tidak mempengaruhi sesuatu keputusan politik tetapi itulah yang sebenarnya berlaku.

Perdana Menteri Canada MacKenzie King,

...privately expressed relief that the bomb was dropped on an Asian people and not on "the white races of Europe". 77

Bagaimana pula dengan campurtangan Amerika di Korea, IndoCina dan Panama sejak 1945 di mana ramai penduduk awam terutama wanita, kanak-kanak dan orang tua telah terbunuh dan cedera. Sama seperti kes di mana kononnya Amerika ingin menyelamatkan Cuba dari kekejaman Sepanyol, maka, berlakunya Perang Sepanyol-Amerika yang membawa kepada pendudukan Amerika di Filipina. Kebangkitan anti-Barat di Filipina kemudiannya memperlihatkan kekejaman Amerika sama seperti yang pernah mereka kutuk pihak Sepanyol lakukan di Cuba.

Di samping itu, sekiranya pemimpin-pemimpin Amerika dapat membezakan di antara pemimpin-pemimpin Nazi daripada rakyat Jerman, di Jepun mereka tidak mempertimbangkan langsung perbezaan di antara pemimpin-pemimpin Jepun dengan rakyat Jepun yang rata-rata tidak terlibat dalam proses membuat keputusan. Ramai yang mengatakan unsur perkauman memainkan peranan penting apabila mereka membandingkan corak pengeboman yang dijalankan oleh Amerika Syarikat di Asia dan Eropah.

Noting the "agonized hand wringing" by Allied leaders prior to bombing European cities and its absence in the Asian theater, Michael Sherry concludes that " a different set of standards applied not only to the enemy population but to conquered friendly people as well.78

Perbezaan layanan ini semakin jelas apabila Amerika mengasingkan rakyat Jepun Amerika tetapi tidak rakyat Jerman Amerika sepanjang tempoh peperangan.

There was little overt hostility toward the 100 000 conscientious objectors or the far more numerous enemy aliens from Germany and Italy. But there was one shocking exception to the general moderation, namely, the treatment of the West Coast Japanese. Early in 1942, because of a widespread but unjustified fear that they might be disloyal, Roosevelt ordered the army remove 112 000 persons of Japan ancestry, 71 000 of them American citizens, from the Pacific Coast to internment camps in the interior. By upholding this action in 1944 the Supreme Court dealt a further blow to civil liberties.79
Ramai rakyat Amerika berbangsa Jepun telah dihantar ke kem-kem tahanan .

Sepanjang empat tahun propaganda perang yang dilaungkan-laungkan oleh kuasa Bersekutu dan Amerika mempamirkan orang Jepun sebagai "...barbarous, subhuman creatures, madmen and yellow vermin".80

Kesimpulannya, jelaslah Hirohima dan Nagasaki merupakan mangsa propaganda perang yang muncul hasil perbezaan budaya politik, prejudis bangsa kulit putih ke atas bangsa Asia, pengurusan konflik dan diplomasi yang lemah di kalangan kuasa-kuasa besar yang kemudiannya telah meninggalkan kesan yang besar ke atas perjalanan politik dunia. Seandainya hari ini Kerajaan Jepun didesak membuat pengumuman meminta keampunan dan pada masa yang sama membayar gantirugi kepada mangsa peperangan di China dan Korea, bagaimana pula dengan Amerika Syarikat yang melalui penggunaan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki telah membawa kepada pengorbanan dan penyeksaan beribu-ribu penduduk awam yang tidak berdosa?

How can we in the United States demand that the Japanese take responsibility for their role in the war when we ourselves are unwilling to even consider that some of the things the United States had done before, during, and after "the good war" need to be studied and questioned.

Era nuklear yang dimulakan hasil pengeboman ini kemudiannya telah memulakan satu perang dingin yang panjang di antara Amerika Syarikat dan Rusia yang meninggalkan kesan hebat ke atas perjalanan politik semasa di dunia.

Hiroshima and Nagasaki, the culmination of that process, became the symbols of a new American barbarism, reinforcing charges, with dramatic circumstantial evidence, that the policies of the United States contributed to the origins of the cold war.82

Maka, berlakulah perlumbaan senjata nuklear yang diikuti oleh beribu-ribu ujian nuklear yang telah membawa kepada pencemaran. "It is hardly an exaggeration to say that Hiroshima could be the begining of the end of human beings". 83Apa yang jelas di sini, penggunaan bom atom ini telah meletakkan manusia dalam keadaan bahaya seandainya berlaku peperangan dan apa yang penting sebagaimana yang dijelaskan di atas, sekiranya pengurusan konflik dan diplomasi tidak dijalankan dengan baik, maka, kemungkinan penggunaan senjata nuklear ini sentiasa akan menghantui pemikiran manusia.

Senarai Notakaki
Laman Utama

Bacaan lanjut
Tapak ini menyediakan senarai rangkaian yang berkaitan dengan pengeboman Hiroshima termasuk ucapan Presiden Harry S. Truman

Sila cuba latihan ini

LATIHAN LAMAN WEB 1