lipat1.jpg (22868 bytes)


Sekolah Kebangsaan Tanjong Gemok atau dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Melayu Tanjong Gemok, Endau, Pahang.Ianya telah dibuka selepas tamat Zaman Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu iaitu pada 31hb. Disember, 1945.

Sebelum Perang Dunia Kedua atau lebih tepat sebelum Zaman Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, Tanjong Gemok hanyalah sebuah perkampungan kecil dengan penduduknya lebih kurang 10 kelamin.Kampong Tanjong Gemok adalah nama yang tidak diketahui asal usulnya sedangkan kampong ini asalnya diketahui dan didaftar- kan dengan nama Kampong Telok Gading yang telah dibuka pada tahun 1920.

Kanak-kanak dari kampong ini bersekolah di Sekolah Melayu Endau Johor yang terletak bersempadan dan dipisahkan oleh Sungai Anak Endau.Mereka menaiki sampan untuk menyebe- rangi sungai tersebut.Tetapi ketika ini antara kedua-dua negeri dapat dihubungkan dengan adanya jambatan yang telah siap dibina pada tahun 1982.

Selepas Perang Dunia Kedua (1945) kanak-kanak dari kampong ini dan kampong-kampong sekitarnya mula bersekolah dengan menumpang di sebuah rumah bekas Pejabat Kinjogomi (Pejabat Jepun).Tapak bangunan ini terletak berhampiran Kompleks Guru pada masa ini.

Keramaian murid pada ketika itu tidaklah memberangsangkan dengan tenaga pengajar hanya seorang sahaja. Namun selepas itu kepesatannya semakin menampakkan perubahan. Ini kerana atas kesedaran ibubapa penduduk setempat.

dlmk.gif (5978 bytes)

slama1.JPG (8569 bytes)

Bangunan sekolah selepas
diambil alih dari Tentera Jepun

slama2.JPG (12558 bytes)

Pejabat Sekolah Lama
Bangunan Kinjogomi yang dijadikan Pejabat Sekolah

slama3.JPG (10187 bytes)

Bangunan Sekolah Lama
Bekas rumah Tentera Jepun dijadikan bangunan sekolah.

ke muka selanjutnya.


b41.gif (1661 bytes)

b39.gif (1686 bytes)

b37.gif (1659 bytes)

 

Lihat Muka [ 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14 ]

1