![]() |
Lencana Sekolah |
![]() |
Pengertian Lencana.
1. Warna putih melambangkan kesucian dan keluhuran hasrat warga
sekolah dalam melahirkan
insan yang seimbang dari sudut rohani dan jasmani.
2. Warna kuning melambangkan agama Islam menjadi teras panduan dalam melahirkan insan
yang kamil.
3. Warna hijau melambangkan kesuburan akal fikiran yang perlu dipupuk dan dibajai dengan
ilmu pengetahuan.
4. Bendera di tengah-tengah melambangkan hasrat warga sekolah untuk memartabatkan negeri
Pahang sebagai negeri yang disegani.
5. Buku melambangkan betapa pentingnya mencari dan menambah ilmu pengetahuan melalui
pembacaan.
6. Motto "Hidup Berjasa" adalah motto yang membawa maksud bahawa insan yang
dilahirkan
oleh sekolah ini mampu berjasa pada Agama,Bangsa dan Negara.
Bendera Sekolah |
Pengertian Bendera.
1. Warna kuning melambangkan semangat yang tidak
mudah luntur dalam memartabatkan
sekolah ke mercu kejayaan.
2. Bendera negeri Pahang di sudut bendera melambangkan sekolah terletak di dalam negeri
Pahang.
3. Lencana yang terdapat pada bendera negeri Pahang melambangkan bahawa warga
S.K.T.G
dan insan yang akan dilahirkan nanti mampu menjulang nama negeri Pahang
gah di mata dunia.
Lihat Muka [ 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14 ]