Baca kartun Beetle Bailey. Mengapakah Zero tiba-tiba lari keluar selepas Beetle
berkata sesuatu, berhenti dan mendongak mukanya ke langit? Mari kita lihat sapa yang
dikatakan oleh Beetle: "Boy! There'll be fireworks when Sarge finds out his candy
bar is missing."
Apa yang membuat Zero tergesa-gesa lari keluar ialah perkataan fireworks.
Pertunjukkan "bunga api" memang cantik dan menarik bukan? Jadi, itulah yang Zero harap
dia dapat melihat apabila dia mendongak mukanya ke langit. Tetapi harapan Zero tentu
meleset kerana sebenarnya dia salah faham. Dia hanya memahami maksud tersurat
fireworks iaitu bunga api. Tetapi Beetle menggunakan perkataan ini secara
tersirat, secara kiasan untuk menunjukkan bahawa Sarge akan "meletup" dengan kemarahan.
Sebab itu kita mesti selalu berhati-hati apabila mentafsirkan maksud sesuatu
perkataan. Jika tidak, kita akan jadi macam Zero: lain yang dimaksudkan, lain pula yang
difahami. Begitu juga dengan perkataan boy. Apabila ada tanda seruan di hujung, ini
menunjukkan bahawa perkataan ini tidak lagi bermaksud "budak" tetapi sekadar kata
seruan. Jika anda masih ingat, tiga minggu lepas kita telah melihat bagaimana boyoboy
digunakan.
Bagi mereka yang hidup di zaman penjajahan British, mereka tentu biasa bertemu dengan
boy yang bukan budak, tetapi orang yang sudah dewasa. Bagi Tuan dan Mem
zaman dahulu, semua orang gaji mereka dibahasakan sebagai boy sungguhpun orang gaji
mereka mungkin telah ada anak atau cucu. Tuan dan Mem di ladang kapas di
Amerika Syarikat suatu masa dahulu juga sering membahasakan hamba abdi berkulit hitam
sebagai boy. Oleh kerana titik sejarah yang hitam ini, orang kulit hitam di Amerika
masa kini tidak suka dipanggil boy kerana ia dianggap sebagai tidak sopan dan
berunsur perkauman.
Bercakap mengenai orang Amerika, anda patut tahu bahawa perkataan candy adalah
satu perkataan yang dihubungkait dengan Bahasa Inggeris Amerika. Di dalam Bahasa Inggeris
di Britain, perkataan sweet atau sweets digunakan dan bukan perkataan
candy untuk gula-gula.
Latihan
Satu cara untuk belajar bahasa ialah dengan mengenal pasti kesalahan bahasa dan membuat
pembetulan yang perlu. Popeye sering menggunakan bahasa Inggeris yang tak formal atau tak
baku. Baca kartun Popeye di atas dan bandingkan dengan pembetulan ejaan dan nahu di bawah:
Olive called and wants to see me right away.
Something must be wrong!
Ahoy, Olive. I am here.
Oh my gosh! You poor girl!
Were you hit by a truck?
When did it happen?
Were you hit by a truck?
How'd I know she'd been to a beauty parlour?
(Ejaan parlor hanya diterima sebagai betul di dalam Bahasa Inggeris Amerika).