[ Isi Kandungan | Siri 52 | Siri 53 | Siri 54 ]
Cara Elakkan Kesilapan Tenses

Oleh A.R Dean (15 Feb 1991)

Satu perkara yang sering menimbulkan masalah kepada pelajar Bahasa Inggeris ialah perubahan yang berlaku kepada bentuk kata kerja apabila masa sesuatu perbuatan itu berlaku atau dilakukan bertukar. Seperti yang pernah disebutkan, masalah ini timbul kerana, misalnya ini tidak berlaku di dalam Bahasa Malaysia.

Secara ringkasnya, sesuatu perbuatan itu boleh berlaku sekarang, di masa yang lalu, atau di masa yang akan datang atau pada satu titik masa tertentu atau di dalam satu tempoh masa. Perbuatan itu juga boleh berterusan berlaku dan belum tamat atau telah tamat berlaku. Apa yang penting ialah bentuk kata kerja mesti secocok dengan masa perbuatan itu berlaku. Mari kita ikuti perbualan di dalam kartun "Born Loser".

Di dalam gambar 1, Thornapple berkata: "If you blow out all the candles, you'll get a wish!"
Ayat ini ialah kenyataan yang mempunyai syarat: jika A dibuat (blow, masa berlaku: sekarang), B akan berlaku (will get, masa berlaku: masa depan).

Gambar 2: Whoosh (Atau "He blows the candles." Masa berlaku: sekarang).

Gambar 3: Well done! Now your wish will come true. (Masa berlaku: masa depan). Hubungan apa yang dilakukan dengan bila ia dilakukan di dalam gambar 1,2 dan 3 boleh diringkaskan seperti berikut:


MASA         sekarang       masa depan
PERBUATAN    BLOW          WILL GET A WISH

Gambar 4: It already did (iaitu my wish came true. Masa berlaku: di dalam gambar 3). I wished (Masa berlaku: mungkin di antara kejadian di dalam gambar 1 & 2) I could blow out all the candles. (Masa berlaku: hajat ini dikabulkan di dalam gambar kedua, tetapi masa "wish" itu dibuat, apa yang boleh diharapkan ialah ia "akan" berlaku, iaitu di "masa depan")


MASA        dahulu          sekarang
PERBUATAN   WISHED          WISH 
            COULD BLOW      CAME TRUE

Baca pula kartun Archie:
Gambar 1: Veronica, when you asked (masa berlaku: sebelum gambar 1) to take a dance class with you...

Gambar 2: ...I thought (masa berlaku: sebelum gambar 1, iaitu selepas Veronica asked) we'd learn to foxtrot and waltz. (We'd learn ialah singkatan we would learn, masa berlaku: sepatutnya menari "foxtrot dan waltz di dalam gambar 3, iaitu masa depan. Tetapi kerana jangkaan ini dibuat sebelum apa yang berlaku di dalam gambar 1, ia juga merupakan masa lepas. Sebab itu bentuk kata kerja ialah would dan bukan will).

Gambar 3: This isn't (masa berlaku: sekarang, di dalam gambar 3 juga) what I had in mind (maksudnya, di dalam fikiran Archie mereka akanbelajar tarian "foxtrot dan waltz". Jadi, masa berlaku: sebelum gambar 1, iaitu selepas Veronica asked).

Jadi, untuk mengelak kesilapan di masa tenses, pertama sekali kita perlu tahu dengan jelas masa sesuatu perbuatan itu berlaku. Apabila kita sudah tahu bila, kita kemudiannya perlu tahu bentuk kata kerja yang sesuai dengan masa perbuatan itu berlaku atau dilakukan.

[Isi Kandungan]
Copyright © 1995-2000 Fz Sdc
nsr@melayu.com
http://www.melayu.com/nsr


1