Baca perbualan yang dipetik daripada kartun Rip Kirby: "I feel much better
now. Thank you officer." Bandingkan perbualan ini dengan ucapan-ucapan berikut:
"I feel very much better now. Thank you very much." "I feel better now. Thank's a lot. "I feel a little better now. Thank's a lot."
Seperti kita lihat, better adalah comparative perkataan well
(dan juga perkataan good) dan menunjukkan keadaan kesihatan yang lebih baik.
Apabila much ditambahkan kepada better (much better), much
berfungsi sebagai perkataan yang menekankan betapa keadaan kesihatan sudah bertambah baik
berbanding dengan hanya berkata "I feel better" atau "I feel a little better."
Apabila perkataan very pula ditambahkan kepada ungkapan much better, ia tambah
menegaskan betapa keadaan kesihatan sudah pulih. Tetapi walaupun very boleh bergabung
dengan much, dan kita boleh berkata "I feel much better", kita tidak boleh
berkata "I feel very better".
Sebenarnya much dan very mempunyai fungsi yang serupa iaitu menegaskan
sesuatu atau membawa maksud "sangat" tetapi adakalanya kita menggunakan much dan
adakalanya kita menggunakan very. Satu keadaan yang kita patut menggunakan
much dan tidak boleh menggunakan very ialah apabila kita hendak menegaskan
perkataan di dalam bentuk comparative seperti better di atas. Misalnya:
Aishah is much fatter than Aminah. (Betul) Aishah is very fatter than Aminah. (Salah)
Di sebaliknya, jika adjective atau adverb digunakan di dalam bentuk biasa
dan tidak di dalam bentuk comparative, kita perlu menggunakan very jika
hendak menegaskan atau memberi maksud "sangat" kepada sesuatu perkara atau perbuatan.
Misalnya:
Aishah is a very fat girl. (Betul) Aishah is a much fat girl. (Salah) Aishah is cycling very slowly. (Betul) Aishah is cycling much slowly. (Salah)
Di samping itu walaupun perkataan much juga bermaksud "banyak" kita tidak
boleh menggunakannya di dalam semua keadaan. Ada kalanya kita terpaksa menggunakannya
di dalam semua keadaan. Ada kalanya kita terpaksa menggunakan perkataan many
sebagai ganti dan ada kalanya kita perlu menggunakan ungkapan a lot of.
Untuk mengetahui bilakah kita boleh menggunakan much, many atau
a lot of (atau lots of dan a great deal of), kita perlu tahu
sedikit sebanyak mengenai kata nama mana yang boleh dibilang (countable noun)
dan mana yang tidak boleh dibilang (uncountable noun).
Countable noun mempunyai plural (misalnya, books), dan kita
boleh menggunakan angka (misalnya, two books) dan juga a atau an
(misalnya a book). Di sebaliknya uncountable noun seperti water, sand,
advice, information tidak mempunyai plural dan kita tidak boleh menggunakan
angka dan juga a atau an. Jika kita hendak menunjukkan bilangan, kita perlu
menggunakan penjodoh bilangan. Misalnya pieces of equipment, items of news.
Kita boleh menggunakan much dan a lot of dengan uncountable noun.
Tetapi much hanya boleh digunakan di dalam ayat negatif. Misalnya: I don't have
much money. Kita tidak boleh menggunakan much di dalam ayat positif. Misalnya,
kita tidak boleh berkata "I have much money". Kita perlu berkata "I have a lot
of money."
Kita juga tidak boleh berkata "I have many money" kerana money
merupakan uncountable noun dan many tidak boleh digunakan dengan uncountable
noun. Many hanya boleh digunakan dengan countable noun. Misalnya:
I have many books. Di samping menggunakan many dengan countable noun,
kita juga boleh menggunakan ungkapan a lot of. Misalnya: I have a lot of
books.
Kita juga harus berhati-hati apabila menggunakan little dan few.
Walaupun kedua-dua perkataan ini bererti "tidak banyak, sedikit", kita hanya boleh
menggunakan little dengan uncountable noun dan few hanya dengan
countable noun. Misalnya: I have a few eggs and a little milk.
Ingatlah bahawa less ialah comparative perkataan little dan
fewer ialah comparative perkataan few. Jadi, kita perlu menggunakan
less atau fewer sama seperti kita menggunakan little dan less.
Misalnya, kita perlu berkata less money dan bukan fewer money, atau fewer
books dan bukan less books.
Latihan:
Pilih jawapan yang betul di dalam ayat-ayat berikut:
He likes Aishah (very/much) better than any other girl in the office.
There isn't (much/many) food in the house.
Were there (much/many) people at the concert?
Women smoke (fewer/less cigarettes compared to men.