[ Siri 27 | Siri 28 | Siri 29 ]

Subjek Yang Didahului 'Every'

Oleh A.R Dean (13 Jul 1990)

Minggu lepas kita melihat mengapa jawapan pertama dan ketiga soalan peperiksaan kelayakan memasuki universiti Korea Selatan didapati salah. Minggu ini kita lihat pula profesor-profesor Bahasa Inggeris Korea Selatan sependapat bahawa jawapan keempat berikut adalah betul:

"Every boy and every girl is expected to work independently."

Jawapan di atas adalah betul kerana ia mematuhi peraturan mengenai subjek yang didahului oleh perkataan every. Tiap-tiap subjek didahului oleh perkataan every, verb yang digunakan mestilah berbentuk singular. Ini kerana perkataan every itu sendiri menunjukkan "tiap-tiap satu" dan bukan "semua". Misalnya, every boy bermaksud "tiap-tiap seorang budak lelaki" dan bukan "semua budak lelaki".

Apa yang dipertikaikan ialah jawapan kedua, iaitu: "Neither of the machines are in good working order." Lembaga pemeriksa berkata jawapan ini salah, tetapi ada profesor yang mengatakan bahawa jawapan ini betul. Mari kita lihat peraturan mengenai perkataan neither. Apabila perkataan neither digunakan ini menunjukkan bahawa terdapat "dua subjek" yang digabungkan atau dibandingkan. Lazimnya (tetapi tidak semestinya ) ayat yang mengandungi perkataan neither akan juga mengandungi perkataan nor (iaitu neither ... nor).

Apabila dua subjek yang singular dihubungkan oleh neither, kita mesti gunakan verb yang singular. Contoh: Neither Ahmad nor Aminah is here today. Tetapi, jika kedua-dua subject itu plural, kita mesti gunakan verb yang plural pula. Contoh: Neither the children nor their parents are here today.

Apabila satu subject itu singular dan subject yang satu lagi ialah plural, bentuk verb bergantung sama ada ia berada dekat dengan subjek yang singular atau dengan subjek yang plural. Jika verb berada dekat dengan subjek yang singular, ia mesti berbentuk singular. Jika verb berada dengan subjek yang plural, ia mesti berbentuk plural. Contoh:

Neither the headmaster nor the teachers are here today.
Neither the teachers nor the headmaster is here today.


Tetapi jawapan yang dipertikaikan tidak tergolong di dalam pola yang dihuraikan di atas. Apa yang jelas ialah di dalam ayat tersebut, terdapat "dua mesin", dan "kedua-dua" mesin, dan bukan "salah satu daripada mesin" tersebut tidak berada di dalam keadaan baik. Oleh kerana demikian, ayat tersebut adalah betul. Contoh yang lain: Neither of the books are very interesting.

Tetapi lainlah keadaannya jika ayat itu berbentuk pola "Neither this machine nor that machine." Jika pola ini digunakan, adalah jelas bahawa verb yang digunakan mesti berbentuk singular: "Neither this machine nor that machine is in good order.".

Latihan:

Pilih bentuk verb yang betul (singular atau plural) bagi ayat-ayat berikut:
  1. Everyone (seems/seem) to be enjoying the concert.
  2. Every Tom, Dick and harry (is going/are going) to the party.
  3. Neither Ahmad nor Aminah (likes/like) to dance.
  4. Neither Ahmad nor is parents (likes/like) rock and roll.
  5. Neither the students nor the teachers (knows/know) the answer.

[Isi Kandungan]
Copyright © 1995-1999 Fz Sdc
nsr@melayu.com
http://www.melayu.com/nsr


1