[ Siri 20 | Siri 21 | Siri 22 ]

Cara Menggunakan OFF dan OF

Oleh A.R Dean (25 Mei 1990)

Minggu lalu kita mempelajari beberapa perkataan yang terdapat di dalam kartun Bringing Up Father. Jika anda masih ingat, di dalam kartun itu ada ayat ini: You expect to eat off china in a dump like this? Ungkapan 'eat off china' bermaksud makan 'di dalam' pinggan mangkuk yang bermutu tinggi. Off sering dikelirukan dengan of. Kedua-dua perkataan ini adalah preposition, tetapi mereka mempunyai makna dan fungsi yang berbeza. Kita tidak boleh berkata misalnya, 'eat of china'.

Jadi, bilakah kita gunakan off dan bila pula kita gunakan of? Untuk mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut, kita akan gunakan berita yang disiarkan di muka depan New Straits Times, 16 Mei. Cuba baca ayat pertama di dalam keratan berita itu:

A Malaysian Helicopter Service helicopter with 10 people on board made an emergency landing in the sea off Kerteh after developing mechanical trouble midway through its flight to an Esso platform off the coast of Terengganu this morning.

(Sebuah helikopter milik Malaysian Helicopter SErvice yang membawa sepuluh orang membuat pendaratan kecemasan di tengah laut berhampiran dengan pantai Kerteh apabila mengalami kerosakan enjin ketika penerbangan ke pelantar minyak Esso di luar pantai Terengganu).

Perhatikan bahawa off di dalam ayat ini mempunyai maksud yang berbeza daripada off yang digunakan di dalam kartun Bringing Up Father. Off digunakan di dalam ayat ini untuk menunjukkan 'jarak':

off Kerteh - tidak jauh dari Kerteh, dekat Kerteh, berhampiran dengan Kerteh, beberapa batu nautika dari Kerteh.

off the coast of Terengganu - di luar pantai Terengganu, di luar perairan Terengganu.

Maksud off ini lebih jelas lagi jika kita rujuk kepada ilustrasi yang mengiringi berita. Cuba baca ayat di dalam ilustrasi tersebut:

The helicopter (Sikorsky 76) turns back and makes an emergency landing in the sea, 16km off Kerteh.
(Helikopter itu (jenis Sikorsky 76) berpatah balik dan membuat pendaratan kecemasan di tengah laut, 16km dari Kerteh)

Of pun sebenarnya boleh menunjukkan 'jarak' dengan maksud 'dari'. Tetapi jika kita hendak menggunakan of untuk tujuan ini, kita perlu mengubah sedikit struktur ayat dan menambahkan perkataan 'arah' (seperti utara, selatan, dll). Misalnya:

The helicopter turns back and makes an emergeny landing in the sea, 16km east of Kerteh.

Makna of ini berbeza dengan pelbagai maksud of seperti yang digunakan di dalam berita. Di dalam ungkapan 'coast of Terengganu', of menunjukkan sifat, keadaan, 'pemilikan', atau 'identiti' pantai tersebut.

Kita boleh juga tidak menggunakan of, dan hanya mengatakan "Terengganu coast" untuk menyampaikan maksud yang sama. Sebab itu bila kita terjemah, kita tidak perlu 'terjemah' of - coast of Terengganu = Terengganu coast = pantai Terengganu.

Begitu juga dengan ungkapan-ungkapan seperti 'city of Rome' (Bandar Rom), 'people of Britain' (rakyat Britain), 'paintings of Picasso' (lukisan Picasso), 'table of wood' (meja kayu), dan 'dress of silk' (pakaian sutera). Of juga digunakan dengan maksud 'pemilikan' di dalam ayat berikut:

The names of the platform workers have not been released by Esso.
(Senarai nama pekerja pelantar minyak belum dikeluarkan oleh Esso)

Names of the platform workers = platform workers' names = nama-nama pekerja pelantar minyak. Lihat pula bagaimana of digunakan di dalam ayat-ayat berikut:

He said the pilot immediately notified the airport of the need to make an emergency landing at sea.
(Dia berkata bahawa juruterbang segera memberitahu lapangan terbang bahawa pendaratan kecemasan di tengah laut perlu dibuat).

Esso was informed of the incident...
(Esso diberitahu mengenai kejadian itu).

Of di dalam ayat-ayat ini membawa maksud 'berhubung dengan' atau mengenai.

of the need - berhubung dengan perlunya, mengenai perlunya.

of the incident - berhubung dengan kejadian itu, mengenai kejadian itu.

Di samping berfungsi sebagai preposition, off juga berfungsi sebagai adverbial particle. Beberapa idiom terbentuk gabungan verb + off. Cuba lihat ayat berikut:

MHS base manager Capt Murad Ahmad said the helicopter, a Sikorsky 76, took off from Kerteh airport at 10 a.m ...
(Pengurus Pangkalan MHS, Kapten Murad Ahmad berkata helikopter jenis Sikorsky 76 bertolak dari Lapangan Terbang Kerteh pada pukul 10 pagi...)

Take off di dalam ayat di atas membawa erti 'bertolak' atau 'berlepas' dan digunakan untuk kapal terbang, dll. Take off juga mempunyai pelbagai maksud yang lain seperti berikut:

  1. Menanggalkan, mengeluarkan.
    Take your shoes off and dry your feet.
  2. Memotong.
    His leg had to be taken off above the knee.
  3. Mengurangkan.
    I need to take off a few pounds in weight.
  4. Berehat, bercuti.
    Everyone takes a few days off for Hari Raya.
  5. Bergerak dengan pantas.
    The thief took off in a hurry when he saw the police patrol car.
  6. Meniru, mengejek secara berjenaka (terutama oleh pelawak)
    Imuda does a good take-off of an effeminate person in 2+1.
  7. Menunjuk kemajuan atau keuntungan (istilah ekonomi)
    The country's economy is reaching its take-off point.
Off juga bergabung dengan beberapa perkataan untuk membentuk kata gabungan. Di dalam berita di atas terdapat perkataan offshore - 'offshore platform', 'offshore workers'. Offshore merujuk kepada sesuatu yang berada atau terletak jauh dari pantai atau di tengah laut.

[Isi Kandungan]
Copyright © 1995-1999 Fz Sdc
nsr@melayu.com
http://www.melayu.com/nsr


1