Untuk berhubung dengan Internet, kita perlu ada capaian kepada Internet terlebih dahulu. Ini
bermakna kita menggunakan komputer yang merupakan sebahagian dari rangkaian yang bersambung dengan
Internet. Terdapat beberapa jenis sambungan ke Internet. Antaranya ialah sambungan hard-wired (hard-wired
connection) dan sambungan dail-up.
Sambungan hard-wired
Kelebihan sambungan ini ialah ia kekal. Apa yang anda perlu buat hanyalah hidupkan suis komputer dan
sambungan ke Internet sudah sedia untuk digunakan. Kekurangannya pula ialah ia tidak fleksibel.
Apabila anda ingin mengubah komputer ke lokasi lain, anda perlu mengubah sama kabel yang digunakan.
Sambungan dial-up
Ia menggunakan talian telefon untuk sambungan ke Internet. Anda boleh gunakannya di mana
sahaja asalkan anda mempunyai capaian ke talian telefon. Untuk menggunakan sambungan ini,
anda perlu peranti yang boleh menukar isyarat komputer ke isyarat telefon dan sebaliknya. Dalam
istilah teknikal, isyarat komputer dalam bentuk digital manakala isyarat telefon pula dalam bentuk
analog. Peranti yang boleh menukar isyarat digital kepada analog dipanggil modulator.
Peranti yang boleh menukar isyarat analog kepada digital pula dipanggil demodulator. Apabila
kita sambung komputer melalui talian telefon kita mestilah boleh menghantar data dalam kedua-dua
bentuk isyarat ini. Oleh itu kita gunakan modem (modulator-demodulator).
Ketika ini agak mudah untuk mencapai Internet. Jika anda pelajar Universiti,
anda mungkin mempunyai akaun e-mel sendiri. Begitu juga dengan pekerja di
syarikat swasta dan kerajaan. Anda juga mungkin mempunyai komputer
persendirian di rumah dan boleh mencapai Internet melalui Jaring atau TM-net.
Paling tidak, anda boleh gunakan kemudahan yang disediakan
di kafe siber dengan bayaran tertentu.