Assalamualaikum.....
(Shahril) "son of adam's"
Jam dinding berdeting beberapa kali.Pukul
3 pagi. Entah kenapa aku
terbangun dari tidur yg lena. Kutatapi
wajah 'sahabat' akrabku
sedalam-dalamya. Ku belai perlahan rambut
ikalnya yg yg menutupi
wajahnya...Kau cantik sayang.., bisikku perlahan.
Tanpa disedari , usia
perkahwinan kami telah mencecah tahun yg kelima.
Namun kami masih belum
dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri
kebahagiaan ini. Ya Allah
kurniakanlah kepada kami seorang anak..walaupun
cuma seorang Itulah doa
yang sering ku panjatkan kepada Ilahi dalam
setiap sujudku. Kami telah disahkan
oleh doctor pakar bahawa kami berdua adalah normal.
Pelbagai ikhtiar telah
kami usahakan. Mungkin benar apa yang dikatakan
doctor dua thn lalu;
"Bersabarlah, mungkin anda berdua sedang
diuji Tuhan. Teruskan usaha dan
berdoalah. mudah mudahan dimakbulkan doa
anda berdua. Apakah hikmah yang
tersembunyi di sebalik semua ini. Aku yakin,
Allah menyimpan hikmah ini
untuk kuketahui suatu ketika kelak....Pasti!
Huda....bangun.,...jom kita solat.
" Kugerakkan bahu isteriku perlahan.
Dia mengeliat ....Aku tersenyum melihat
wajahnya yg keletihan.
Letih menguruskan
rumahtangga ditambah pula kesibukannya
sebagai pengusaha Taman Didikan
Kanak-Kanak. Tentu dia penat melayan karenah
'anak-anak'nya....Ahh. aku
sayang padamu Huda. Akhirnya , aku bangun sendiri.
Aku tenggelam dalam solat malamku yg panjang..
Dan seperti biasa aku tak pernah lupa memanjatkan
doa
sebagaimana dalam firman Allah .. (al A'raaf
: 189 ) yg bermaksud : " ya
Allah jika engkau memberi kami anak yg soleh,
tentulah kami termasuk
orang-orang yg bersyukur.." Jam berbunyi empat
kali. Aku mengakhiri solat
witirku dan ketika salam kedua ku dapati Huda
dah berada di
belakangku..Wajahnya masam,..merajuklah tu. Kurenung
wajahnya dengan riak
lucu." Kenapa ni.? Muncungya mulut.." usikku
dalam nada separuh berbisik
.... Semakin menjadilah rajuknya "kenapa
abang tak kejutkan Huda.?"
Protesnya...Aku tersenyum Cuma. "Dah, abang
tengok cik adik letih
sangat..bukan tak kejut tapi cik adiksayang yang
tak sedar.." Akhirnya
Huda mengalah, tapi bersyarat.. Jangan
tidur sampai dia selesai solat malam.
"Baiklah tuan puteri, saya yang menurut
perintah." Usikku lagi. Huda
tersenyum lebar mendengar usikanku..
Serentak dengan itu jarinya yang mungil
bertindak menggeletek pinggangku. Dia kemudianya
berlalu dengan wajah yang
melucukan~*~*~*~*~*~*~*~*~
Petang itu , sambil kami menikmati minum petang,
Huda memecahkan kedamaian
itu dengan ungkapan : " Abang.....nikah jelah
satu lagi" Dengan nada yang
bersahaja.. Aku tersentak. Aku memang amat mengharapkan
keturunan,. Kan
rasulullah berbangga umatnya ramai..! Tapi hingga
saat ini aku belum mampu
membahagikan cintaku pada wanita lain. Walaupun
Islam tidak pernah
> menghalang poligami apatah lagi dengan keadaan
yang kami alami sekarang ini
sanggupkah aku memikul bebanan ini ....? "Hai.tak
takut cemburu ke..?
Umpanku pula.. "Cemburu.....emmm itukan memang
fitrah manusia bang..takkan
Huda tak cemburu.Aisyah pun cemburu pada Khadijah,
tapi masalahnya
sekarang, kalau abang kawin satu lagi, kan Huda
boleh tumpang kasih anak dari
isteri abang..? hujahnya panjang lebar.
"Hai.takkantak cukup lagi 'anak-anak' di
tadika..? "Abang niii..Itu lain. Itu bukan
dari zuriat abang. "Macam mana
kalau isteri kedua abang juga tak boleh melahirkan
zuriat..?"
umpanku lagi..
"Kahwin satu lagi.." Kalau tak dapat anak juga,..?"
Usikku terus. "Nikah
lagi..kan boleh sampai empat..!" Jawab Huda dalam
nada semakin kendur.
"Huss.. Huda sayang ! Jangan merepeklah .
Abang tak mampu mencontohi Ibrahim
bapa Ismail..berilah peluang abang meneladani
Zakaria bapa Yahya.."
Kutamatkan dialog ini seolah-olah marah kepadanya..Kudakap
erat
Huda,...ada titisan panas yg membasahi
dadaku..Hari ini ulang tahun perkahwinan kami
yang ke tujuh ..umurku sudah merangkak 33 tahun
...Uban di kepalaku sudah
meningkat bilanganya ...
Berbanding ketika awal pernikahan bilangannya
belum
sampai sebelah tangan, beritahu Huda kepadaku.
Sehingga ke saat ini Allah
belum kurniakan kami rezeki, seorang anak. Tapi
cintaku pada Huda masih
seperti dulu. Tak pernah pudar. Hidangan
istimewa disediakan Huda hari ini
....Ada bungkusan hadiah comel di meja
hidangan. Huda menarik
lenganku,..dengan nada manja sambil berkata..:
" Selamat menyambut ulang
tahun perkahwinan kita .." Begitu teratur kalimah
itu dibisikkan ke
telingaku.sambil mataku mencuri pandang
hadiah di atasmeja Ada sampul surat
> yang berlogo hospital terkenal di ibu
kota. Tanganku segera ingin mencapai
sampul tersebut. Huda dengan pantas menghalangya.
"Makanlah dulu kek coklat
yang Huda buat .! Abang ni tak sabarlah.." Protes
Huda separuh merajuk.
"Oklah sayang." Kupendamkan rasa ingin tahuku
lalu ku ambil pisau yang
dihulurkan.. " Bismillahirrahmanirrahimm..ku
potong kek istimewa itu.
kami berbalas suapan.. dengan perlahan-lahan
aku mengambil sampul surat dari
tangannya tadi.. "Subhanallah..Maha suci
allah,..Tuhan sekelian alam..!!"
Huda hamill..!! Masya Allah,..setelah sekian
lama penantian ini.! Seketika
aku tersungkur sujud. Airmataku mengalir
deras. Kuranngkul Huda
seerat-eratnya Airmataku terus mengalir seolah-olah
tak akan henti tika
ini,..tangisan SYUKUR..! "kenapa
jumpa doctor tak bagi tau abang..?" Tanya
ku seperti memprotes.. "Kalau beritahu
tak surprise lahhh." Jawab Huda
selamba.. Tiba-tiba aku rasa bersalah,.. Sejak
akhir2 ini Huda ada mengadu
sakit kepala dan rasa kurang selera makan. Kusangka
dia terlalu letih
menguruskan cawangan tadikanya yang baru,..Ditambah
pula dgn kesibukanku
di pejabat dan 'kewajipan saham akhirat'.
Aku benar-benar lupa membawanya ke
klinik. Sungguh..!! Aku benar-benar rasa bersalah..
Sejak berita itu
diterima. kesihatan dan aktiviti Huda menjadi
perhatian utamaku segala
hajatnya kupenuhi. Akutak benarkan dia
memandu sendiri dan bercadang
mengupah driver utk kemudahannya. Aku minta
supaya dia mengurangkan semua
aktivitinya..Namun Huda tak bersetuju..
Katanya, janganlah terlalu manjakan
dia..Barkan dia menjadi ibu yang 'luarbiasa'
Ibu yang 'luarbiasa' akan
melahirkan anak yang 'luarbiasa' ..ketika aku
ttp meminta dia memenuhi
hasratku,..dia berkhutbah panjang. Abang sayangg.abang
kata nak jadi seperti
Zakaria bapa Yahya..Abang kata nak bayi ini menjadi
mujahid atau mujahidah,..
Abang..,..kalau kita bercita-cita nak jadikan
anak kita sebagai mujahid
atau mujahidah,.kita kena latih dia sejak
dalam kandungan..
Maknanya,..jangan manjakan ibunya..Kalau dilimpahkan
kesenangan pada Huda
dan anak yang bakal lahir ini ,..bagaimana
nak dapat anak seperti Fatimah atau
Ali abi Thalib..? Abangkan kan tau,..kesenangan
dan kemewahan bukan modal
yang baik untuk anak ...Dengan kesusahan
barulah generasi menikmati
kesenangan di syurga. Sebelum sempat khutbahnya
diteruskan.aku terus
meletakkan tanganku di mulutnya..'Stop'..
Aku faham dan akan terus
memahami hakikat pendidikan dalam
Islam..Cuma aku sendiri pelik kenapa tiba-tiba
aku yang jadi terlalu cerewet..! Pagi itu
selepas sarapan aku melihat Huda
tidak seperti biasa,..Peluh mengalir laju
membasahi dahinya..Dia kelihatan
pucat..Kurasa badannya,..panas.! Seingat aku
Huda hanya akan melahirkan
pada 26 mei,..hari ni baru 26 april,.Aku
panik.. Aku segera membawa huda ke
hospital dengan seribu satu doa yg tak putus
dlm hatiku,.aku harap ayah
dan ibuku segera datang utk menambah ketenanganku.
Aku mundar mandir ..Ya
Allah.selamatkanlah isteri dan anakku..bisikku
berulang kali Encik
Saifuddin..?"..Dr Khadijah,..pakar sakit
puan rujukan isteriku,..
Ya,..saya doctor,.." sahutku cepat..Kuhampiri
Dr Khadijah.. Boleh kita berbincang
sebentar,,.." Minta Doktor sambil mengajakku
ke bilik rundingan,.. Saya
harap Encik Saifudin bertenang,..Isteri encik
menghadapi sedikit
masalah,..air mentubannya dijangkiti kuman..
Dan degupan jantung bayi di
dapati semakin lemah..Puan Huda perlu dibedah
segera.." "Bedah..?"
"Buatlah apa yang sewajarnya doktor..Tapi
isteri saya bagaimana.doktor..?" Tanyaku
dengan nada separuh ketar.bimbang. "saya
akan cuba sedaya upaya,..utk
menyelamatkan kedua-duanya,..Yang lain
kita pulangkanlah pada Allah.
Sama-samalah kita berdoa .." Suara tenang tapi
yakin lahir dari doktor
Khadijah.. Ya Allah,.selamatkanlah isteriku,..Ya
Allah..jangan Kau ujiku
di luar batas kemampuanku,.. Dalam sujudku
yang panjang tak henti aku berdoa
keselamatan isteri dan anakku..Aku memohon limpah
kasih sayang Allah
kepada isteri dan anakku tersayang.. Begitu
lamaku cari ketenangan dalam
solatku,..tiba2 ayahku memanggilku mengajakku
menunggu di luar bilik
pembedahan.. Ketika sampai di pintu bilik
,..aku terdenagr suara tangisan
bayi,,..alangkah lunaknya. Encik Saifudin..?"
"Ya..saya.." "Alhamdulillah
isteri encik telahpun melahirkan bayi perempuan
yang sihat,.2.9 kg dan
comel sepertiibunya." kata Dr Khadijah
tenang,.. Alhamdulillah.isteri saya
bagaimana doktor.?" Dr, Khadijah terdiam ..tiba-tiba
perasaan tidak sedap
menjalar keseluruh tubuhku,..Kutenung wajah Doktor
dengan tatapan penuh
tanda tanya,.. Tiba2 doktor menggeleng kepalanya
perlahan sambil
tertunduk..
Mulutku ternganga seketika,.. "Maaf,.saya
telah berusaha semampu yg
mungkin,.Tapi Allah lebih menyayangi Huda,.."
Deraian air panas bercucuran
tanpa boleh dibendung,.Perlahanaku mengikuti
doctor ke ruang bilik
pembedahan..Kurasa seperti seretan kaki inisungguh
lemah dan tak
berdaya,..sesusuk tubuh di tutup dgn kainputih
terbaring,..Perlahan aku
membuka kain penutup..Innalillahi wainna ilaihi
raji'unnnn.. DariNya kita
datang,.kepadanya kita kembali,.. Wajah Huda
pucat,..tapi bibirnya terukir
senyuman manis,..manis sekali,..tanpa kesedari
ku dakap Huda
seerat-eratnya..tangiskuperlahan, tapi tak tertahan..!
"Sabar encik
Saifudin,..sabar.." Terdengar suara doctor Khadijah
cuba menenangkan aku,..
"Nurse,..tolong bawa anak encik Saifudin.." katanya
lagi,.. Seorang bayi
mungil yg masih merah dihulurkan dihadapanku,..perlahan
kuambil dan
kudakap bayi itu,.Kutatap wajahnya berganti-ganti
dengan Huda..Mereka amat mirip.
Matanya,..hidungnya,..mulutnya,.. Allahuakbar..!!!
Dadaku bertambah
senak..tangisanku semakin menjadi-jadi,.. Sehinggalah
ayah datang memegang
bahuku..dan berkata,.. Iqamahkan anakmu saifuddin,..sambutlah
yang
hadir,..doakanlah yang kembali.." Huda,..rupanya
inilah hikmah
Allah,..Maha Kuasa dan Maha mengetahuinya
Allah,..Dia memberi kesempatan kepadaku
menemanimu , mengasihimu, hampir selama lapan
tahun,..utk akhirnya
memanggilmu setelah dikurniakn gantinya,. Ya
Allah,.jangan biarkan hati ini
berandai-andai,.. Seandainya kami tidak
mengharapkan anak jika itu membawa
kematian Huda,.. Tidak,..Tidak, itu semuanya
ketentuanMu Ya Rabb. Tuhan
yang Maha Mengetahui,..Lagi Maha Pengasih,..Selamat
jalan Huda,.. Ya Allah
berilah aku petunjuk mu...kuatkanlah iman
ku ya Allah....tabahkanlah hati
ku Ya Allah berilah aku ketenangan dalam menempuh
hidup ini Ya
Allah.......Amin Ya Rabbal Alamin....
Jika anda berkerja lewat malam di UPM ini, suatu
yang menarik!!.
Anda akan diterangi oleh neon yang bagaikan siang
hari, tidak segelap tahun-tahun lalu.
Keujudan lampu jalan & lampu untuk medan
kereta bagaikan mahu menandingi
Putrajaya yang gah dengan ukiran tiang lampunya.
Begitu juga fakulti kita, jika anda berada di
blok O dan Blok kayu yang lain terasa agak anih,
depan bangunan terlalu cerah belakang pula amat
gelap,
sinaran cahaya yang tidak seimbang ini kadang-kadang
menjadi tanda tanya,
apakah langkah keselamatan atau pembaziran???
Jika difikirkan keujudan
pengawai keselamatan dan sinaran lampu yang cerah
ini pastinya akan mengurangkan kecurian.
Itulah harapan kita!
Namun pencuri itu mencuri juga, di perpustakaan
menjadi-jadi kecuriannya.
Siang hari pula kecurian motorsikal amat
payah dikesan, malahan di fakulti
kita tidak terketepi, terutama ketika kelas waktu
malam dengan motorsikal yang tiada penjaga,
biarpun berkunci berantai jadi mangsa pencuri
bermaharajalela.
Rasanya jika moral masyarakat kita tidak terdidik baik sejak azali, masalah ini memang tidak akan selesai. Itu yang pasti.
Pandangan saya untuk fakulti kita, Terima kasih
atas usaha murni mereka di bahagian pengurusan yang prihatin dengan masalah
kecurian ini. Usaha murni ini sesungguhnya akan menyelamatkan harta di
fakulti kita. Nak mencegah kecurian memang tidak mungkin tercapai 100%,
terutama jika ada
musuh dalam selimut tapi kita boleh mengurangkannya.
Adalah perlu kita fikirkan bersama untuk menanamkan
rasa sayangkan harta fakulti pada setiap warga fakulti.
Sayang bermakna menjagakeselamatannya dengan
sebaik mungkin, tidak menyalah guna,
(Barangan jika tidak dicuri tapi disalahguna
& punah-ranah tak guna jugak kan??)
Tidakmembiarkan ianya mudah dicapai pencuri atas
kelalaian sendiri.
Menjaga keselamatan kunci agar tidak mudah dibuat
salinan bagi siapa juga.
Terutama bagi makmal yang masih ada kedapatan
pelajar yang bebas
masuk tanpa penyelaras makmal.
Mungkin suasana malam yang cerah di fakulti kita
boleh dibetulkan dengan mengimbangkan kedudukkan lampu,
kurangkan di depan bangunan & memasang
beberapa lampu di belakang bangunan. (Blok kayu terutamanya). Juga
pemasangan lampu panjang tanpa ada kaki pada siling kayu amatlah
bahaya kerana ianya dipasang hingga ke pagi.
Dikuatiri kebakaran akan mudah terjadi jika berlaku
pintasan elektrik.
Agar kita jadi warga fakulti yang prihatin &
berjimat cermat.
iDAN
Kini Blok Kayu telah hilang dalam kenangan, ianya
telahpun dirobohkan .
yang tinggal kini hanya tapak yang menyimpan
seribu kenangan
Ntah berapa nilai wang & kenangan yang tersimpan
di sana.
Assalamualaikum...
Hari ini adalah hari terakhir saya berkhidmat
di Fakulti ini.Di
kesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari ingin
memohon ampon dan maaf
sekiranya selama saya berkhidmat di Fakulti ada
terkasar bahasa
terlanjur bicara...
Walaupun saya baru berkhidmat di Fakulti ini,
tetapi banyak pengalaman
dan pengajaran yang saya terima. Saya mengucapkan
berbanyak ribuan
terima kasih kepada Ketua jabatan Unit IT , Unit
IT serta Warga fakulti Kejuruteraan
kerana memberi tunjukajar dan hanya tuhan sahaja
yang dapat
membalas segala jasa baik tuan/puan terutamanya
aknir kata dari saya Halalkan segala makan minum
saya...insyaallah, kalau ada umur
yang panjang kita jumpa lagi...bye...
buat pegetahuan semua warga fakulti kejuruteraan
saya akan menghadirkan diri pada
hari keluarga KSS
sekian terima kasih ,,,
Afizul binMd Yasin
Assalamualaikum/salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan Perbendaharaan Malaysia hari
ini telah menamakan project management consultant (PMC) bagi pekej A kompleks
kita
dan arkitek/C&S/M&E bagi
Pekej B kompleks kita. Dr. Razali akan uruskan
proses seterusnya. Tahniah kepada TDB atas usaha gigih beliau.
Insya Allah kita akan jadikan realiti dalam tempuh 1-3 tahun akan datang mengikut fasa dan pekej.
Kita maju ke hadapan lagi. Syabas.
Dekan
Subject:
kenaikan pangkat Professor Madya
Date:
Mon,
4 Sep 2000 10:04:32 +0800
From:
"Prof. Madya Dr. Radin Umar Radin Sohadi" <radinumx@eng.upm.edu.my>
To:
<all_eng@eng.upm.edu.my>
Assalamualaikum/salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa dua orang lagi pensyarah
kita telah dinaikkan pangkat ke Professor
Madya. Mereka adalah:
Prof. Madya Ir. Dr. Norman Mariun
Prof. Madya Ir. Dr. Md. Yusof Ismail
Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada
mereka berdua. Kejayaan mereka adalah
kejayaan kita bersama.
Dekan
Asm,
Saya merasa amat sedih sebenarnya dengan penghijrahan
En. Yassin yang telah berkhidmat lebih 15 tahun dan banyak
pengalaman. Dari 'housemate' hingga kahwin
berbagai pengalaman manis telah ditempuhi.
Langkah yang cukup berani akan menjadi perhatian
semua pihak. Kita berharap pihak pengurusan akan melakukan langkah
bijak untuk mengatasi penghijrahan pegawai berpengalaman
ke tempat lain.
Saya juga menjangkakan dalam masa terdekat akan
lebih akan lebih ramai pegawai teknikal akan melakukan penghijrahan
terutamanya pegawai-pegawai kontrak.
Semoga usaha baik kita tidak dihalang dan mudah-mudahan
berjaya menempuh kehidupan dan pekerjaan baru.
STK
Zakaria
KAW
yasin wrote:
Buat teman temanku Aku ucapkan semoga
kelian disini akan berjaya dalam menempuh dunia pekerjaan masing-masing.
Usahakanlah kerjaya
dan bukan setakat kerja. Sesungguhnya
kerjaya iaitu kerja yang berjaya.
Dalam ertikata berjaya mencapai matlamat yg tersirat
dihati masing
masing. Teruskanlah usaha meningkatkan
kemajuan secara sepakat agar kita lebih kuat.
Akhir sekali aku memohon kemaafan jika ada salah
dan silap di hati kelian. Bagiku kelian
insyaallah tidak ku lupakan. Kalau ada umur yg panjang, boleh kita berjumpa
lagi...... wassalam Mohamad Yasin B. BaharudinNo.20
Jalan Jati, Taman Bersatu31000 Batu Gajah Perak.
Subject: Maaf
Dipohon...
Date:
Wed, 30 Aug 2000 16:36:52 -0700
From:
adzrin <adzrin@eng.upm.edu.my>
To:
all_eng@eng.upm.edu.my
Assalamualaikum...
Hari ini adalah hari terakhir saya berkhidmat
di Fakulti ini.Di
kesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari ingin
memohon ampon dan maaf
sekiranya selama saya berkhidmat di Fakulti ada
terkasar bahasa
terlanjur bicara...
Walaupun saya baru berkhidmat di Fakulti ini,
tetapi banyak pengalaman
dan pengajaran yang saya terima. Saya mengucapkan
berbanyak ribuan
terima kasih kerana memberi tunjukajar dan hanya
tuhan sahaja yang dapat
membalas segala jasa baik tuan/puan terutamanya
Bahagian
Akademik.Halalkan segala makan minum saya...insyaallah,
kalau ada umur
yang panjang kita jumpa lagi...bye...
wassalam.
Memory,
Mohd Azrin Hj. Abdullah
p/s:Kalau jumpa saya dimana2 tempat tegur-tegurlah...
Subject:
Tabung Pendidikan Yatim Piatu
Date:
Tue, 1 Aug 2000 11:22:23 +0800
From:
"Prof. Madya Dr. Radin Umar Radin Sohadi" <radinumx@eng.upm.edu.my>
To:
<all_eng@eng.upm.edu.my>
Assalamualaikum,
Sukacita dimaklumkan bahawa satu tabung pendidikan
untuk membantu dua orang anak Allahyarhan Ahmad Sharifuzan akan
ditubuhkan. Pemenang amanah kepada tabung tersebut
adalah Presiden, Setiausaha dan Bendahari Kelab Sukan dan Sosial
Fakulti. KSS akan menghubungi Dato'/tuan/puan
untuk mendapatkan sumbangan serta sumbangan tetap dari tuan/puan.
Hasil
kutipan akan digunakan untuk membeli takaful
pendidikan kedua anak Allahyarham.
Oleh itu saya ingin merayu kepada dermawan fakulti untuk menjayakan hasrat yang murni ini.
Terima kasih.
Dekan
Assalamu alaikum wr wb
Sila hubungi saya jika tuan/puan mempunyai kawan
atau saudara -mara yang disyaki atau disahkan menghidap
penyakit barah (cancer ) dan memerlukan rawatan
segera secara tradisional.
Beberapa tempat rawatan ( bayaran percuma - hanya
sumbangan ikhlas = kalau di Medical Centre biasanya RM 4000 untuk
pembedahan ) di Kg Bahru ( No 14, Lorong Raja
Muda Musa 3 - Hj Othman ) dan Dengkil ( Batu 2 - Pak Lang Hj Durani
).
Di Kg Bahru hanya hari Rabu dan Sabtu 5 pagi - 2 ptg; Di Dengkil hari2- 3 ptg - 10 mlm.
Sekian, sekadar makluman.
Wassalam
Pada Petang Jumaat 22 Oktober 1999 segala permasalahan
untuk
melihat ujudnya alamat Laman
KSS di Laman Utama, Laman Web Fakulti Kejuruteraan
telahpun selesai!!!
agar Laman KSS akan jadi wadah kita berkomunikasi
(Ini
adalah salinan e-mel yang untuk menyelesaikan masalah Link Laman
KSS??...
masih jadi tanda tanya bagi pihak saya untuk;
bagaimana mahu mempromosikan Laman
KSS
agar dikunjungi ramai & popular)
Lihat antara beberapa perkara yang menarik
di Laman KSS!!!
http://www.geocities.com/Paris/Rue/7667/president1.html
http://www.geocities.com/Paris/Rue/7667/penerangan.htm
http://www.geocities.com/Paris/Rue/7667/norman.html
http://www.geocities.com/Paris/Rue/7667/karya1.htm
http://www.geocities.com/Paris/Rue/7667/album.html
(Saya sedang memperkemaskan ruangan Album, banyak
gambar keluarga KSS akan muncul!!!..
tunggu!!!!)
saya memerlukan bahan dan maklumbalas dari semua
warga fakulti, tentunya ramai yang berbakat di fakulti ini
hantarlah karya anda!!!! di kss2002@hotmail.com
demi mencantikkan lagi Laman
KSS.
idan wrote: e-mel kepada En. Azman yang telah
di buat beberapa pindaan!!!
Saudara Azman,
Merujuk perkara di atas apa sudilah kiranya
saudara berbincang dengan
semua mereka yang berkenaan
(Dekan/webmaster/Rufina/atau siapa sebenarnya
webmaster Fakulti Kejuruteraan)
agar dapat me"link"kan laman
KSS di "Laman Utama", Laman
Web Fakulti Kejuruteraan.
2. Cadangan
saya ianya sesuai di "link" kan di bahagian "Miscellaneous",
bersama dengan IT Council dan PEMAJU.
(Pelik jugak pelajar mendapat tempat kenapa KSS
diketepikan?!!!)
3. Untuk Pengetahuan
saudara perkara ini telahpun berbangkit
berkali-kali di minit mesyuarat KSS hampir
setahun. Saya tidak
pasti apakah KSS yang penaungnya Dekan
(Bekas Dekan Fakulti Kejuruteraan)
semakin hari semakin berpatah arang ...
(sensitif ayat ujung ini!!!.. telah dipotong!!!???)
(Agar akan kembali intim hubungan KSS dengan
Dekan@Penaung!!! bilamana kita telah bertukar Dekan.....
kita semua sesungguhnya adalah sebuah keluarga
yang besarrr!!! sesekali bercakaran itu adalah perkara biasa
kekeruhan biarlah jangan berlarutan.)
4. Bagi pihak
saya secara peribadi, amatlah dukacita dan merasakan
perkara yang remeh begini tidak akan berterusan
menjadi barah dalam
usaha KSS untuk memeriahkan alam siber
di Fakulti ini. Laman KSS
telahpun dilancarkan pada sejak 15 Disember
1997, saya meletakkan ianya di
server Geocities lantaran tidak mahu memberatkan
server eng.
(Sekarang nampaknya server eng semakin
payah lantaran talian UPM & jaring juga
dicerobohi hacker memaksa ditutup/ditukar alamat
bagi talian telnet & FTP)
Setakad ini
maklumbalas terhadap Laman
KSS amatlah mendukacitakan kerana ramai
yang masih
tidak tahu akan alamatnya; apatah lagi
talian internet UPM dan Jaring teramatlah bermasalah sejak
kebelakangan ini.
(Talian internet yang sekadar dapat kadar kelajuan
200ms kadang-kadang sampai lebih 500ms
guna pulak pc yang 32 ram jangan harap dapat
pantas membuka Laman KSS, baca hotmail, jauh sekali nak mencari bahan di
internet!!!)
5. Alamat Laman
Web Kss ialah
http://www.geocities.com/Paris/Rue/7667/
http://www.geocities.com/kelab2002/
Saya sedang mencari-cari
server yang laju seperti Tripod jika respon
Laman Kss ini akan meriah.
(Telahpun daftar di Tripod tunggu akan muncul
di pc anda!!!)
Dengan penjelasan
yang panjang lebar ini saya berharap pihak tuan dapat
memajukan permasalahan ini.
iDAN
(Pengurus Penerangan dan Penerbitan, KSS)
Asm,
hang ok la idan. buah cempedak sudah jadi nangka.
Aku cadangkan hang jadi webmaster untuk web kss.
tak paa.
Kita mintak rufina atau azman link sahaja.
kemudian kita maintain laa. kita update
dari masa ke semasa.
aku support hang ( kena belajaq dulu )
Pakya
Tak boleh buat sorang-sorang kena ada teman kalau
boleh web kss kita sama-sama serikan
buat masa ini Cucu Hang Tuah adalah pembantu
saya
Saya dah cakap dgn rufina. dia suruh saya jumpa
ahmad rodzi. Tak perlu bawa
mesyuarat.
salih
Apakah En Ahmad Rodzi adalah webmaster Web Fakulti Kejuruteraan ?? - iDAN
Diharapkan En. iDAN tidak mengemukakan
masalah ini kepada semua orang.
Ini tidak akan menyelesaikan masalah.
Saya rasa saya dah menjawab segala persoalan
yang dikemukakan dan diharapkan
En. iDAN bersabar serta mengikut
saluran yang betul.
Sekian harap maklum.
Azman
man@eng.upm.edu.my
Saudara Azman: Agar dapat mengadakan ruang untuk
seperti
webmaster/web-team atau sebagainya di Laman Utama
Fakulti Kejuruteraan
tidak sampai perkara cadangan/komen/link/dll
ini diajukan ke saluran yang salah.
telah menjadi tanda-tanya siapa sebenarnya
webmaster bagi Laman Web Fakulti Kejuruteraan
- iDAN
Subject: Laman
KSS Terima Kasih
Date:
Fri, 22 Oct 1999 16:56:59 +0800
From:
idan <idan@eng.upm.edu.my>
To:
all_eng@eng.upm.edu.my
Saya mengucapkan RIBUAN TERIMA KASIH kepada
"webmaster" Laman Web
Fakulti Kejuruteraan terutama kepada Puan
Rufina dan En Azman kerana
telah menyelesaikan masalah mempromosikan Laman
KSS.
Satu yang menarik baru saja ianya di "link" kan
di Laman Utama Web Fakulti Kejuruteraan,
"counter" Laman
KSS akan mencecah keribuan pelawat. Agar
ianya akan
mendapat respon yang memeriahkan dan menceriakan
hubungan sesama kita.
Ayuh!!! sila hantar segala pandangan dan karya
anda, terutama koleksi
gambar-gambar lama anda agar menjadi satu bahan
nostalgia bagi kenangan kita bersama.
Agar Laman
KSS akan menjadi wadah yang bermanfaat
untuk kita sama
bertukar pendapat menyimpan segala kenangan &
dapat mengeratkan hubungan
sesama kita di alam siber di alaf baru yang memang
semakin terbuka ini!!!
Terima Kasih,
iDAN
Idan
Tahniah dan syabas atas usaha gigih yg tidak mengenal
jemu, penat dan lelah
untuk menjayakan rangkaian Laman KSS ke dalam
Laman Utama Fakulti Kejuruteraan.
Semoga mendapat maklum balas, cadangan dan komen
serta kritikan yang
membanggakan dan menggalakkan warga KSS khususnya
dan Fakulti amnya.
Salih
Hello Webmaster...
Please..rub all issues and questions about promotion
of KSS Hp....!!
Actually all settle already.
Semua dah berjalan lancar..so kita kena `maintance'
baik-baik lepas
ni!...cerita gaduh-gaduh kita padamkan saja dan
`get latest
news'.......kita rasa bangga sebab kaunter KSS
naik mendadak macam BSKL
sedang rancak diniagakan........................please
check my comments.......
segala ayat yang agak sensitif telahpun dipotong.
Dalam masalah ini rasanya segalanya memang
telahpun diselesaikan dalam suasana sebuah keluarga,
agar segalanya akan kembali ke arah yang jernih lagi ceria.
iDAN