Assalamualaikum,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
tahniah di atas
kejayaan Kelab Sukan dan Sosial dalam membina
laman web yang begitu
menarik terutamanya kepada En. Idan. Tanpa
usaha murni dan idea serta
daya kreativiti tuan nescaya KSS tiada kemana.
Saya berharap tuan tidak kecewa atau berputus
asa seandainya laman web
ini tidak dikunjungi ramai peminat khasnya warga
fakulti. Mungkin
kurangnya promosi atau iklaneka yang dapat menarik
minat warga fakulti
khasnya dan warga univ. amnya. Saya yakin
dan percaya usaha murni tuan
tetap akan dibalas dengan kejayaan. Mungkin
tidak hari ini tetapi
mungkin esok, lusa, atau selepas 10 tahun nama
KSS akan disebuti ramai.
Teruskan usaha murni tuan dan yakin KSS boleh.
Sekian, terima kasih.
Sopian
Buletin Fakulti
Date:
Fri, 22 Oct 1999 14:20:10 +0800
From:
Hisyamuddin <syam@eng.upm.edu.my>
To:
idan <idan@eng.upm.edu.my>
Asm,
Saya amat berbesar hati jika pihak KSS dapat
menyumbangkan sebarang
berita yang akan dimuatkan kedalam Buletin Fakulti
yang akan muncul
kembali setelah sekian lama tenggelam.
Buat masa ini Buletin Fakulti sedang dalam penyusunan
semula.
Harap maklum.
Hisyam
PP
Semua ahli & warga fakulti di samping
dapat berkarya untuk Laman KSS
agar dapat juga menghantar karya ke Buletin Fakulti
e-melkan karya anda ke syam@eng.upm.edu.my
- iDAN
|
- pagi-pagi bagaikan nak gila kejar punch card
... isk ..
jem teruk kat depan ni... bilalah nak pindahkan kembali punch card ke bangunan baru. |