Mitos Perpustakaan Digital Bukan Suatu Utopia
Sekiranya enjin wap telah mencetuskan revolusi perindustrian di England pada pinggir abad ke 18/19, maka komputer sudah merintisi jalan baru kepada kelahiran dunia siber di muka bumi pada pada penghujung abad yang ke 20. Banyak kejutan dan pembaharuan sosio-ekonomi dan budaya selain yang sudah diharungi dijangka akan berlaku satu persatu hasil daripada perkembangan sains dan teknologi yang semakin hebat itu. Perkembangan ini juga telah membawa kepada peralihan maklumat analog kepada maklumat digital. Dalam persekitan maklumat digital inilah perpustakaan manual akan digantikan dengan perpustakaan digital kerana perpustakaan manual dikatakan tidak sesuai lagi dengan kehendak zaman dari segi pembangunan ruang fizikal, koleksi, pengaksesan bahan dan sebagainya. Petanda ke arah perpustakaan digital sudah kelihatan sejak adanya CD-ROM , pangkalan data,sistem on-line, OPAC , Internet pada 1980an.
Apakah yang didedinasikan dengan perpustakaan digital? Definasi yang paling umum dan diterima secara meluas ialah perpustakaan itu wujud dalam rung siber, justeru pengaplikasian teknologi digital dan rangkaian komunikasi yang pantas. Gabungan kedua-dua teknologi itu telah membuka kemungkinan mempertingkatkan pengaksesan maklumat di perpustakaan setempat dan juga tempat lain. Disini kepantasan dan kemudahan mengakses maklumat ternyata menjadi kriteria utama perpustakaan digital dan selanjutnya boleh menolong menyelesaikan sebahagian besar masalah yang dihadapi perpustakaan tradisional. Namum demikian, yang menarik sekarang ialah banyaknya mitos telah didapati menyelubungi perpustakaan digital, setidak-tidaknya dalam masa peralihan ini. Diantaranya ialah mitos perpustakaan digital bukan suatu utopia. Buat masa ini, perpustakaaan digital lebih berupa mitos lagi kerana terdapat banyak kekangan yang harus dihadapi seperti masalah teknikal, perundangan, ekonomi, pengurusan,pendigitasian, lesan dan sebagainya.
Masalah-masalah Yang Dihadapi Dalam Pembangunan Perpustakaan Digital Dalam Masa Peralihan Ini
Diantara masalah teknikal dalam pembangunan perpustakaan digital ialah pendigitasian bahan untuk membanyakan maklumat digital. Buat masa ini, cuma terdapat 1% daripada maklumat analog(yang terdiri daripada buku dan jurnal cetak, mikrofilem, manuskrip, laporan, tesis dan sebagainya) yang berselerakan di perpustakaan, museum, arkib dan pernerbit di seluruh dunia digitasikan. Maklumat digital yang sedikit yang terdapat dipasaran, lebih-lebih lagi di internet itu boleh dipandang sebagai ‘tips of the electronic iceberg’, ini disebabkan terdapat msalah dalam kerja pendigitasian Diantara masalah pendigitasian ialah tahap ketetapan(accuracy level) sepenuhnya masih tidak boleh didapati, terutamanya dengan teknologi OCR, ini kerana banyak perkataan telah berubah. Misalnya ‘dean’ menjadi ‘dead’, atau ‘lead’, atau ‘bean’ dan sebagainya. Penukaran yang tidak sengaja itu akan menjejaskan capaian maklumat, khususnya melibatkan pencarian kata punca seperti dalam Boolean, Widlcard ataupun Stemming. Kualiti imej digital pada foto, lukisan dari koleksi khas dan juga artifak dan objek dari arkib dam museum belum diragui. Timbulnya masalah dari segi kualiti imej peta yang didigitasikan ialah kerana saiz peta yang besar, tetapi warnanya, lebih-lebih lagi yang mempunyai font perkataan yang halus. Masalah yang paling memeningkan kepala dalam mendigitasikan foto, lukisan, slaid bukan sahaja kerana warna asli dalam dokumen asal boleh berubah, tetapi alat pengimbas data yang besar dengan resolusi setinggi 600 dpi dan 24 bit per pixel itu susah didapati. Akibatnya, pendigitasian peta bukan sahaja mahal kosnya, tetapi lambat kerjanya.
Masalah mengorgasasi maklumat digital sekarang amatlah mencabarkan berikutan setiap orang boleh menyebarkan maklumatnya di internet. Maklumat yang semakin benyak dan berselerak itu semakin sukar diakses, sekiranya tidak dikawal, diindeks dan dikatalogkan. Ini juga disebabkan walaupun enjin pencarian didapati mempunyai kapasiti capaian yang besar, tetapi ianya belum sampai ke tahap kecanggihan seperti membolehkan digital information…..flow naturally from author through electronic per review, notification, on-line editing, composition, to final archiving with a variety of distribution and access options. Bahan-bahan yang tidak diindeks dan dikatalog itu akan menyusahkan pengguna untuk mengakses maklumat yang dikehendaki, kerana mereka terpaksa mencari setiap slaid dan foto. Masalah bertambah rumit justeru kerja pengkatalogan bahan di perpustakaan tradisonal dan digital juga berbeza. Sekiranya lebih banyak masa dan perhatian harus diberi kepada mengkatalog bahan fizikal di perpustakaan tradisonal, tetapi lebih banyak usaha dan perhatian harus diberikan kepada mengkatalog maklumat sementara di perpustakaan digital. Demikian juga, sekiranya kerja pengkatalogan bahan di perpustakaan tradisonal melibatkan setiap bahan fisikal itu diberi nombor atau klas untuk menunjukkan hubungan dengan bahan yang lain dan juga lokasinya di perpustakaan itu, tetapi untuk bahan digital, ‘inter-relationship’ di antara satu dokumen dengan dokemuan yang lain diutamakan. Cabaran sekarang ialah bagaimana menghubungkan satu dokumen dengan yang lain, agar maklumat mempunyai sifat network dan distributed. Kerja itu perlu melibatkan teknologi pengindeksan automatik seperti hyperlink, kerana tidak dapat dilakukan secara manual lagi seperti di perpuskaan tradisional. Dalam konteks ini, pendigitasian hanya akan menjadikan masalah lebih rumit lagi dalam erti kata pendigitasian hanya akan melahirkan sebuah koleksi khas yang tidak terurus daripada koleksi khas yang memang sudah tidak terurus selama ini.
Halangan lain yang melambatkan kerja pendigitasian selama ini ialah masalah mendapatkan kebenaran daripada pemegang hak cipta ke atas korpus bahan itu. Sehingga kini, belum ada konsensus lagi tentang harga yang patut dibayar kepada pihak penerbit dan pengarang di satu pihak, dan harga yang sanggup dibayar perpustakaan dan syarikat yang ingin membuat pendigitasian. Penerbit inginkan bayaran yang lebih tinggi setelah memikirkan risiko kepada mereka akibat kemungkinan penjualan karya itu terputus atau berkurang nanti. Tetapi ganti rugi yang tinggi yang dituntut pemegang hak cipta itu tidak mampu dilayan oleh perpustakaan setelah memikirkan perpustakaan tidak mungkin menebus jumlah wang yang besar itu daripada yuran yang dikenakan ke atas pengguna. Masalah lain dalam perundingan ini ialah harga yang perlu dibayar itu berbeza-beza dari sebuah penerbit ke sebuah penerbit yang lain, dan juga berbeza dari satu bahan kepada satu bahan yang lain.
Pada masa peralihan kini, Internet
telah dipilih sebagai prasarana asas perpustakaan digital, Ini disebabkan
faktur yang berikut:-
1. Teknologi itu merupakan model topologi
rangkaian yang mempunyai sifat
distributed network environment.
2. Teknologi itu tidak berkelim, selain
mempunyai kapasiti yang boleh
dikembangkan itu untuk
menjamin kejayaan operasinya untuk tempoh masa yang
panjang.
3. Teknologi itu mempunyai compression technology
and storage media that can
relieve network traffic
4. Internet bukan sahaja merupakan teknologi
akses berangkaian, tetapi juga
boleh digunakan untuk
berinteraksi dan manipulasi, dan memang boleh
dikembangkan menjadi
‘one-stop-shopping’ untuk mendapatkan maklumat digital
dari seluruh dunia.
Namun, cabaran disini ialah siapa dan bagaimana mengurus dan menjaga internet, dalam erti kata memastikan semua nod mempunyai link. Kerja rutin itu sukar dilakukan dengan berkesan tanpa teknologi yang canggih. Buat masa ini, terdapat 2 perisian yang boleh digunakan , iaitu MOMspider(Multi-Owner Maintenance Spider) dan Web:Lookout. Kedua-dua perisian itu boleh menjelajahi Internet untuk memaklumkan masalah seperti broken links, moved documents, modified documents, objects with expiration dates. Penjagaan itu penting untuk menjamin pengaksesan kepada maklumat dengan mudah dan cepat, selain menjamin kejayaan operasi perpustakaan itu dalam jangka masa yang panjang. Masalah lain ialah sekiranya perpustakaan tradisional jelas dari segi pemilikan bahannya, tetapi tidaklah demikian halnya pada perpustakaan digital? Mungkin perpustakaan digital akan menjadi tidak terurus seperti Internet yang sudahpun dikiaskan sebagai pasaraya maklumat yang tidak terurus? Apa yang dipersoalkan itu berhubungkait dengan pihak mana yang patut memainkan peranan kepimpinan dalam perancangan, pembinaan, pengurusan dan kawalannya?
Walaupun banyak maklumat di internet sudah melayaknya memainkan peranan sebahagian daripada peranan perpustakaan, tetapi maklumat di Internet itu bukan yang dipilih, maka didapati yang berkualiti seperti yang terdapat di perpustakaan. Sebahagian maklumat di Internet amat diragui nilainya kerana maklumat di Internet adalah maklumat yang belum ditapis. Banyak usaha telah dibuat di banyak negara untuk menapis bahan di Internet, tetapi tidak berkesan. Di antara sebab ketidak-keberkesanan usaha itu ialah sukarnya melaksanakan undang-undang jenayah ke atas webmaster yang bertanggung jawab menyebar bahan yang tidak dikehendaki, termasuk gambar lucah atau fitnah yang menyingungkan perasaan di Internet dari negara lain. Pengawalan dan penapisan kini menjadi begitu sukar kerana hampir semua negara kini bukan sahaja sudah kehilangan batas sempadannya dalam dunia tanpa sempadan, malahan bergerak semakin rancak ke arah ‘global interconnectivity’, di bawah pengaruh globalisasi. Penapisan melibatkan kos tidak kira apa medianya. Tetapi, kos penapisan di Internet adalah lebih mahal, kerana banyak peralatan, tenaga kakitangan dan masa diperlukan. Demikian juga, penapisan di Internet lebih sukar dilakukan dari segi teknikal berbanding dengan media maklumat dan komunikasi lain.
Sehingga kini, kita amatlah bertuah kerana boleh mendapatkan maklumat digital yang tersebar di Internet dengan percuma daripadanya. Salah satu sebab ianya boleh terus beroperasi ialah korpus maklumat di dalam masih kecil, yaitu cuma kira-kira 400 juta laman web. Demikian juga dengan bilangan penggunanya diangggarkan cuma 300 juta orang diseluruh dunia. Kapasitinya sebagai media storan dan sebaran amatlah diragui sekiranya maklumat dan pelanggannya bertambah 10, 20 atau 50 kali ganda nanti. Selain itu, internet hanya boleh terus beroperasi dengan percuma tertakluk kepada adanya pihak yang sanggup membayar kos operasinya. Bolehkah kos operasi ini didapatkan balik dari pengguna sendiri, sekiranya bantuan kewangan dari syarikat telekom dan telekomunikasi negera yang berkenaan dikurangkan.
Penerbitan eletronik turut memainkan pernanan yang penting dalam pembangunan perpustakaan digital, ini disebabkan keistimewaan yang terdapat pada penerbitan elektronik. Namun demikian penerbitan elektronik bukan tidak ada cacat celanya. Di antara kelemahan itu ialah adalah mustahil untuk kita menengok-nengok (browsing) bahan eletronik seperti membaca bahan cetak dari A ke Z, atau dari muka surat 1 sampai habis. Selain itu, untuk melihat apa-apa juga maklumat eletronik, maklumat tersebut perlu dipaparkan di skrin komputer, sedangkan kuantiti maklumat yang boleh dibuat demikian amatlah terhad. Selain itu, selagi tidak ada peralatan dan perisian yang sesuai, selama itulah maklumatnya itu tidak boleh diakses. Mengakses maklumat eletronik melibatkan kos yang tinggi. Kos di sini meliputi kos pembelian peralatan dan perisian dan sambungan talian telefon, di antaranya. Kos tambahan itu biasanya tidak perlu ditanggong dalam penerbitan cetak. Kelemahan lain penerbitan eletronik dari segi pencarian maklumatnya ialah belum lagi ada bahasa arahan yang baku untuk semua hos. Walaupun terdapat ‘menu’, tetapi banyak menu itu tidak mudah diikuti, terutama pada pengguna yang hanya sekali sekala (infrequent) menggunakannya. Kelemahan yang paling ditakuti dalam penerbitan eletronik ialah kesilapan fakta, data dan maklumat, kerana kesilapan dalam media eletronik lebih besar implikasinya berba nding dengan media cetak. Perkataan yang tersilap ejaannya, kalau digunakan sebagai ‘retrieval device’ akan menyebabkan perkataan yang betul tidak dapat dijumpai. Di antara perkataan yang sering tersilap ejaannya itu ialah ‘questionaire’, ‘questionnaire’ , atau ‘antena’ dan ‘antenna’.. Demikian juga dengan kelainan ejaan Inggeris dan Amerika: motorcar dan automobile, lift dan elevator. Masalah itu lain pada bahan cetak. Walaupun menjengkelkan, tetapi perkataan yang tersalah ejaannya itu tidak menjejaskan keberkesanan capaian maklumat cetak. Ini disebabkan pertamanya kita mempunyai kebolehan dan akal untuk membezakan ejaan yang salah, sedangkan komputer tidak boleh berbuat demikian, dan keduanya hanya unsur yang tertentu dalam tajuk, isi kandungan dan juga indeks sahaja digunakan sebagai peranti capaian dalam bahan cetak, sedangkan peranti capaian dalam penerbitan eletronik adalah sebarang konsep dan perkataan yang boleh difikirkan.
Masalah yang paling besar dalam pembangunan perpustakaan digital ialah kewangan dan ekonomi. Kedua-duanya timbul pada ketika universiti dan institusi penyelidikan lain yang mendokong perpustakaan tradisional menghadapi masalah permotongan peruntukan di satu pihak, dan peningkatan pelajar dan juga penawaran lebih banyak kursus baru di satu pihak lain. Dalam masa peralihan ini, banyak perkhidmatan yang boleh diberi dengan percuma satu masa dahulu telah dikenakan bayaran. Buat masa ini, mencari wang untuk membiayai perpustakaan digital merupakan masalah yangl ebih rumit dan besar berbanding dengan masalah teknikal. Sebahagian daripada masalah itu disebabkan dalam masa peralihan ini, perkhidmatan yang diberi dengan percuma selama ini tidak boleh dihentikan serta merta dan klien dikenakan bayaran sepenuhnya untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Masalah keawangan mungkin tidak akan timbul pada masa depan setelah lebih banyak orang memahami maslah ini, lebih-lebih lagi telah bersedia untuk membayar setelah biasa dengan sistem fee-for-use dan bukan lagi fee-for-all seperti masa dahulu.
Masalah lain perlu dihadapi dalam pembangunan perpustakaan digital ialah migrasi daripada satu media maklumat kepada yang lain telah menyebabkan banyak maklumat yang tersimpan dalam media lama itu akan dipinggirkan, dan lama-kelamaan dilupakan, lantas hilang. Kehilangan seumpama itu telah berlaku ke atas cerita oral ketika masyarakat yang bertradisikan budaya oral berpindah kepada masyarakat yang bertradisikan budaya manuskrip. Nasib malang itu telah juga menimpa bahan manuskrip ketika masyarakat yang bertradisikan budaya manuskrip berpindah kepada masyarakat budaya percetakan. Kalau demikian, sudahlah tentu banyak bahan cetak akan menjadi mangsa tradisi digital nanti. Yang merunsingkan sekarang ialah kehilangan maklumat dijangka akan lebih banyak. Ini disebabkan bukan sahaja maklumat bercetak masa kini lebih banyak daripada gabungan cerita oral dan manuskrip dahulu, tetapi juga jangka hayat media elektronik menjadi semakin pendek.
Memang tidak dinafikan bahawa teknologi grafik telah membuat komoditi maklumat kini lebih menarik, segar dan baru, malahan kelihatan luar biasa. Jantung pembaca tentunya akan berdegup dengan lebih kuat kerana jalinan hypertexts yang membolehkan kita mendapatkan dokumen lain dengan cuma mengklik perkataan yang ditandabawahkan atau diwarnakan dalam internet, misalnya. Kini, kerja mencari rujukan sudah berubah menjadi semacam keseronakan daripada kerja rujukan yang serius. Perkembangan itu ada baiknya dan buruknya. Yang baik ialah kita tidak perlu lagi mempelajari teknik mencari maklumat sendiri, dan yang buruknya kita menjadi semakin bergantung pada penerbit komersial. Masalahnya ialah kebanyakan penerbit komersial itu terdiri daripada industri perisian komputer, dan bukannya penerbit-vendor-maklumat, maka tujuan mereka cuma menunjukkan kehebatan perisian mereka, dan bukanya sejauh mana boleh mereka memperbaiki strategik pencarian isi kandungan maklumat dari artikel, buku atau teks lain.
Walaupun kelahiran OPAC telah menggantikan kad katalog lama, malahan telah merintis jalan ke arah penyebaran maklumat sejagat. Kini, kita telah pun diberi banyak titik pengaksesan mencari rekod bibliografi di banyak perpustakaan, dan tidak lagi terbatas nama pengarang, judul dan perkara seperti pada peringkat permulaan. OPAC yang mempunyai banyak antaramuka yang menarik dan mudah digunakan sepatutnya boleh memainkan fungsi pembebasan klien, dalam erti kata memperbanyakkan pilihan dan kefleksibelan kepada klien berinteraksi dengan antaramuka komputer. Dengan itu, mereka sepatutnya lebih berjaya dalam mencari maklumat yang dikehendaki. Tetapi kini banyak pengguna baru yang amat memerlukan pertolongan dibiarkan mencuba nasib sendiri. Mereka tidak faham, lebih-lebih lagi menjalankan arahan di menu atau antaramuka yang lain. Dalam masa peralihan ini, kakitangan yang boleh memberi penerangan dan bimbingan sudah semakin kurang di tempat penasihat pemcbaca. Tempat mereka sudah digantikan oleh komputer dan teknologi, yang kini dipandang sebagai pengantara atau orang tengah di antara klien dan maklumat di perpustakaan. Akibanya, perpustakaan kini didapati sudah semakin sebagai penghalang hubungan dan interaksi secara langsung di antara klien dengan kakirangan. Halangan itu bukan sahaja telah mengurangkan tanggongjawap kakitangan kepada klien, tetapi juga mengurangkan kontak klien dengan kakitangan. Akibat negatif yang ketara ialah rasa kecewa klien kerana gagal mencapai maklumat yang dikehendak walaupun diberi teknologi yang canggih. Pendek kata,selain perlunya antara muka di skrin komputer, hubungan di antara kakitangan-klien juga penting demi kepentingan semua pihak.Banyak sistem yang baik pada mula-mulanya boelh gagal kerana tidak mendapat sokongan daripada pengguna.
Kesimpulan
Walaupun perpustakaan digital masih di peringkat
permulaan dan percubaan pada masa peralihan ini, namum berdasarkan
perkembangan teknologi yang berlaku, bayi yang akan lahir nanti tentunya
akan membesar dengan cepat sekali. Sebelum ia menjadi dewasa nanti, banyak
masalah teknikal dan sosial perlu diselesaikan. Masalah sosial tidak lain
sebahagian besarnya berpunca daripada faktor ekonomi, termasuk mendapat
peruntukan kewangan yang besar untuk membina prasarana rangkaian, misalnya.
Sebenarnya sebahagian besar masalah teknikal itu telahpun diatasi
syarikat komersial. Walaupun banyak masalah belum diselesaikan, tetapi
projek pembangunan perpustakaan digital akan menjadi satu kenyataan pada
masa akan datang memandangkan pelbagai pelbagai usaha pendigitasian telah
dilakukan di Amerika Syarikatdan United Kingdom khusunya, dan negara-negara
lain seperti Ferancis, Germany, Kanada, Australia, jepun ,korea dan Malaysia
secara amnya. Usaha ini setidak-tidaknya telah membari peluang kepada sarjana,
pakar dan professional maklumat menilai potensi projek perpustakaan digital
dlam mengatasi halangan fisikal kepada perkongsian maklumat dan juga
perkembangan kesarjaan sejagat dengan lebih berkesan. Kini semakin banyak
negara di dunia ini semakin tertarik kepada maklumat digital, maka terdorong
untuk membuat pendigitasian. Selain itu, projek perpustakaan digital akan
berjaya juga pada masa akan berdasarkan beberapa fakror berikut:-
1. Ribuan malahan jutaaan digital
sudah boleh didapati, walaupun kita tidak boleh
mungkin mendigitasikan
semua bahan yang kita mahu.
2. Kos storan maklumat digital semakin turun,
sementara kos storan bahan cetak
semakin menaik
3. Walaupun kita masih suka membaca dari
kertas, tetapi membaca dari skrin
lebih cepat kerananya adanya
kemudahan teknologi hyperlink
4. Tabiat suka membaca teks cetak akan berubah
berikutan semakin banyaknya
teks digital boleh didapati
dengan mudah dan cepat
5. Semakin banyak orang sudah terrtarik
kepada maklumat digital kerana pengaruh
internet.
Bibliografi :
Ding Choo
Ming. 1998. Nota Kuliah TP2413: Lahirnya
Perpustakaan Digital.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ding Choo Ming.
1998. Nota Kuliah TP2413: Penerbitan
Elektronik, Internet
Dan Perpustakaan Digital. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ding Choo Ming.
1998. Nota Kuliah TP2413: Dari Impian Ke
Realiti: Perpustakaan
Digital. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Ding Choo Ming. 1998.
Nota Kuliah TP2413: Perpustakaan Digital
Visi Baru Perkongsian
Maklumat. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Ding Choo Ming.
1998. Nota Kuliah TP2413: Keistimewaan
Maklumat Digital.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.