Pendahuluan
Kelas komputer Kelab Bestari adalah merupakan aktiviti utama kelab dan juga adalah matalamat dan tujuan penubuhannya. Kelas tersebut telah bermula pada pertengahan bulan Julai 1997 Pelajar Sasaran utamanya ialah guru-guru Sek.Keb.Simpang Rengam, walau bagaimanapun guru-guru dari luar SKSR dalam zon Simpang Rengam dipelawa sama untuk menyertainya. Pada awalnya Kelab Bestari mempunyai lebih kurang 35 pelajar dengan seramai 10 dari zon Simpang Rengam terutama dari Sekolah Kebangsaan Seri Macap. Tenaga Pengajar Tenaga pelajar adalah
terdiri dari guru-guru SKSR, yang dikelolakan oleh cikgu Md.Daim bin Sanudin,
dengan dibantu oleh cikgu Othman bin Md.Don.
Mereka yang belajar diberi pelajaran dari peringkat awal iaitu dari mengenali komputer sehinggalah mengikutinya kepada membuat perisian pendidikan dan internet serta home page. Jadual Waktu Pengajaran dan Pembelajaran Pada tahun 1997 Kelab Bestari mengambil masa yang banyak untuk tujuan di atas. Pada peringkat awalnya kelas telah dibuka pada setiap hari kecuali hari Jumaat. Hari Ahad telah digunakan untuk guru-guru dari SKSM, Simpang Rengam. Latihan Beberapa siri latihan telah dijalankan kepada ahli-ahli, dan didapati keputusannya amat menggalakan. Ujian Oleh keranahkelas komputer
Kelab Bestari masih diperingkat awal, ujian atau peperiksaan masih belum
boleh dijalankan.
|