|
|
|
|
|
|
LATAR BELAKANG SEKOLAH SJK(C) AI CHUN (2)
Sekolah ini berasal dari Sekolah Ai Chun yang ditubuhkan pada Julai 1924. Ia menggunakan sebuah rumah atap, sebelah kiri Kuil Hindu di hujung Jalan Soga. Cawangan perempuan ditubuhkan pada tahun 1925. Ia terletak di sebuah rumah atap di Jalan Rahmat, iaitu di sebelah kanan Dewan Perniagaan Cina sekarang. Muridnya seramai lebih kurang 30 orang. Pada 29.3.1927, cawangan perempuan diceraikan daripada Sekolah Ai Chun dan dijadikan sekolah perempuan bernama Ai Chun Girls School. Semenjak itu, Ai Chun Girls School berpindah 2 kali, dan ditutup pada zaman pemerintahan Jepun.
Ia dibuka semula dan dipindahkan ke tapak sekarang selepas Perang Dunia II tamat. Pada tahun 1952, 9 buah bilik darjah yang lama diroboh dan diganti dengan 24 buah bilik darjah, 1 dewan dan 1 pejabat. Pada tahun 1963, bilangan murid meningkat ke 1300 orang. Berikutan arahan Kementerian Pelajaran, Sekolah Perempuan Ai Chun dipecah menjadi 2 buah sekolah , iaitu SRJK(C) Perempuan Ai Chun (1) dan SRJK(C) Perempuan Ai Chun (2) mulai 13.4.1963. Masa itu sekolah ini mempunyai 12 kelas, 476 orang murid dan 15 orang guru. Iaitu sebuah sekolah gred kecil dan mengadakan kelas di sebelah petang sahaja. Guru Besar ialah Puan Ong Chin Che.
Pada tahun 1971, sekolah mempunyai 672 orang murid, 16 kelas dan 17 orang guru dan dinaikkan grednya jadi "sederhana". Pada 18.4.1971 mendapat persetujuan Kementerian Pelajaran dan Jemaah Pengurus supaya dijalankan sistem bergilir waktu persekolahan pagi dan petang dengan SRJK(C) Perempuan Ai Chun (1). Guru Besar Puan Ong Chin Che bersara pada 24.12.1973. Puan Wang Ming Chee, penolong kanan masa itu dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar pada tarikh yang sama. Pada tahun 1980, bilangan murid meningkat ke 1076 orang dan sekolah ini dinaikkan ke Gred besar (Gred A) . Pada tahun yang sama Puan Yeow Fei Nga menjadi Guru Besar dan Encik Wang Luh Ee menjadi penolong kanan. Puan Yeow Fei Nga bersara pada 4.1.1985 dan diganti oleh Encik Chen Chin Tai pada 1.1.1985. Pada 1.10.1986, satu rombongan perwakilan pendidik seramai 28 orang guru Jepun membuat lawatan ke sekolah ini. Mereka disambut dengan meriah dan juga dilayan dengan persembahan kebudayaan oleh murid-murid. Tujuan ialah bertukar fikiran dan kaedah mengajar. Dengan kerjasama Jemaah Pengurus & PIBG, sekolah mendapat bantuan daripada kerajaan, Ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli Undangan Negeri serta sumbangan masyarakat untuk menambah bilik tandas, meluaskan kantin sekolah.
Pada tahun 1982, gelanggang bola keranjang berbumbung dan 2 buah bilik darjah telah dibina. Pada tahun 1983 bilik perpustakaan telah dibina. Guru Besar Encik Chen Chin Tai bersara pada 01.02.1990 dan diganti oleh Encik Ng Peng Sian pada 03.03.1990. En. Ng Peng Sian bersara pada 03.12.1994. Penolong Kanan I Puan Pee Ching Shim menjalankan tugas. Pada 16.3.1995 En. Lam Chong Hooi menjawat Guru Besar. Pada bulan April 1995 satu blok 4 tingkat yang mengandungi 12 buah bilik darjah telah disiap untuk menggantikan 5 bilik darjah yang lama. Bilangan murid sekarang seramai 1292 orang dalam 33 kelas. Ia mempunyai guru 53 orang dan kakitangan 7 orang.