Misi 
FALSAFAH SEKOLAH SJK(C) AI CHUN (2)
- Semua murid adalah sesama dari segi peluang pendidikan, dan potensi
murid diperkembangkan ke tahap maksima.
- Bertekad meningkat maju setiap masa.
- Mengamalkan nilai kasih sayang, jujur, usaha dan jimat cermat.
MATLAMAT SEKOLAH
- Memperkembangkan potensi murid-murid dalam aspek intelek, rohani, jasmani,
dan emosi secara seimbang.
- Mendidik murid-murid supaya mantap dari segi kemahiran, ilmu pengetahuan,
dan emosi untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.
- Melahirkan murid-murid yang mempunyai sikap positif, berdisiplin, dan
bertanggungjawab.
- Menanam tabiat membaca dan gemar membaca seumur hidup di kalangan murid-murid.
OBJEKTIF SEKOLAH
- Melahirkan murid-murid yang mempunyai ciri-ciri berikut:
- Menguasai kemahiran asas, iaitu membaca, menulis, dan mengira.
- Berkembang maju dalam bidang akademik dan minat membaca.
- Aktif dalam bidang sukan dan lain-lain aktiviti ko-kurikulum.
- Berdisiplin, bertanggungjawab, dan bersikap positif.
- Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
- Taat setia, rasa bangga, dan cintakan sekolah.
- Berdaya usaha dan memimpin serta berkeyakinan.
- Menghayati kesenian dan kebudayaan.
- Menghayati kebersihan, keceriaan dan mencintai alam sekitar.
- Menguasai Sains, Matematik dan Bahasa Melayu.
- Sentiasa menghormati guru dan orang tua.
PIAGAM SJK(C) AI CHUN (2) BATU PAHAT
KAMI GURU-GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH INI DENGAN PENUH TEKAD DAN
ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA
KAMI UNTUK:
- Memastikan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermula Di Hari Pertama Sesi
Persekolahan Baru.
- Bersedia Memberi Pendidikan Yang Berkualiti Dan Berkuantiti.
- Memastikan Setiap Guru Dan Kakitangan Memberi Perkhidmatan Yang Cekap
Kepada Pelanggan Yang Berurusan Dengan Kami.
- Sentiasa Memberi Layanan Yang Mesra Kepada Setiap Pelanggan Yang Berurusan
Dengan Kami.
- Sentiasa Responsif Dan Peka Terhadap Keperluan Pelanggan.
- Bersedia Dan Sanggup Menerima Pendapat Dan Cadangan Membina Daripada
Semua Pihak Demi Mempertingkatkan Prestasi Sekolah.
Ke Laman
Utama