|
Pengangkutan Awam Ke Hospital Sipitang perlu dipertingkatkan27 Sep 2000, Sipitang. Jan kambang kampisnya, lapok kompang, kidum libaa sampai katalinga ai marasmikan Hospital Sipitang 1994 biani. Sipitang ada hospital sandii!. siok bana, jan bangunan yang lawa bapuluh juta. Tapi sampai kaang ani mun ba paiksa kakal jua Daisa yang nginjik. Bayangkan, sawang jaih sakit paut ba kiah kiah dai Malaman ngam ngam pukul 5 sambat. Bausah tia jan padiannya mbawa ka siing jalan. Nunggu satangah jam. Taluus ada pick up mbawa Ka Simpang Ampat Pantai. Nunggu satangah jam bahautah ada van inggut inggut mbawa ia ka sipitang. Yang jaih ni kan tabahia hia sudah bapaluh sajuk nahan akan. Sampai di Sipitang uja dreba nda ulahnya ngantat ka hospital ada kaajanya. Jadi yang ngangani si jaih ani ibun ibun lagi mahunjaa kaita alum tajumpa. Hujungnya nyataa nganya lagi, 5 inggit ka hospital. Nasib jua jaih sakit paut, mun kan baanak, taanak sudah tia. Apa pangajarannya tu Engkek? Uja Siengkek- Tanya Si palui Uja Sipalui- Apa gayanya ni? salah dai mula ni. dai marancang lagi pun inda tahu kasusahan oang biasa macam kami. Sadangkan hospital ni kami yang makai. Mun oang kaya asal jaih ka SMC di KK. Ani kaangani ni mun kan diangkat sabuting sabuting bangunan hospital tu payah jua pakah. Tapi mun kan nguangi dosa mbuat hospital inda bapikian tu, baik macamani. Sadiakan pangangkutan, van kah apakah, ready di Sipitang, mbaai pun inda apa tapi yang panting mun dangan kan ka hospital inda payah ibun ibun nyatar van. Oang jaih bah yang kan ka sana tu, bukannya kan malawat projek tu Tanya Bill Clinton mun inda picaya. END ENGKEK & FRIENDS. [HOME] Jalanraya Sipitang - Beaufort bila nak siap?27 Sep 2000, Sipitang. Kaangani mamius mius dangan dai KK sampai ka Sipitang, baik jalan kunun. Au ih. Tapi bapadah taku jua ni. Mun kamu bahao tah sampai k mai, slow jua dikit mun sudah limpas ka Lingkungan. Kakal bahantak jamu. Mun makai ninja tatal dada, laju tasaja.Bahandat dikit nganya pasal baik asanya mun naik ninja tatal. Mbai hayan jamu. Dai beaufort sampai Lingkungan mbuat kuang labih satahun. Dai Lingkungan sampai Ka Bukit Tampulagas tu satahun labih alum tia sudah. Mangkali luan basa batunya pakah. LOjiknya, mun yang jauh tu dapat disudahakan capat, yang dikit tu angkat talagi jua tu. Yang mbuat tu mun inda di tago tago akan, pandai basia tu ngijas kan capat kah kan lambat. Yang ada suaa tu lah yang patut manginga. Jaan maahkan dangan mangingaa nganya, sudahkan jalan tu... sudahkan. Payah sudah kamai tahantak jamu. END ENGKEK & FRIENDS [HOME] Globalisation vs localisation27 Sep 2000, Kota kinabalu. Tajuk yang canggih. Globalisation (- melayunya globalisasi) merupakan retorik dan jargon yang amat popular yang meniti dari mulut ke mulut pada masa sekarang, yang digelar juga sebagai zaman IT. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan perkataan ini? Secara dasarnya ia bermaksud proses / usaha / fenomena yang menjadikan dunia seolah olah menjadi satu kampung yang kecil sahaja, terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan penyebaran berita, kejadian, perniagaan dan sebagainya. Pelik? Tidak. Tidak jika perkara ini digandingkan dengan mitos Ledakan Informasi. Dunia Siber memungkinkan perkara ini digapai didalam masa masa yang mendatang. Perkembangan IT adalah sangat cepat, malah rupa bentuknya yang sebenar belum diketahuioleh sesiapa pun memandangkan era IT masih berada pada peringkat bayi. Jadi globalisasi juga masih belum diketahui rupa sebenarnya pada masa ini. Oleh itu persoalan globalisasi adalah sangat umum dan luas. Tetapi unsur globalisasi sebenarnya telah terjadi dengan tidak sengaja seawal awalnya pada tahun 1930an dengan perluasan siaran radio. Pengenalan kepada peti television bermula 1964 juga mempercepatkan proses ini. Tidak hairanlah, buka saja mata, pasang TV kita akan mendengar apa yang terjadi di Kuala Lumpur , di Bandar Seri Begawan malah seluruh dunia. Inilah cebisan dunia tanpa sempadan!. Tetapi di dalam arus globalisasi ini, pernahkah kita terfikir tentang localisation? maksudnya, apa yang berlaku dikampung sebenar kita, di daerah kita, di rumah sebelah, jiran; yang berada di sekeliling kita. Tidak usah pergi jauh, lihat rancangan TV di negara kita. Saban hari kita mendengar mengenai apa yang berlaku di Kuala Lumpur, Kelantan, Kedah, sampai berita ahli bomba Kelang menyelamatkan anak kucing yang tersangkut di pokok pun kita boleh dapati di rancangan berita utama. Bagaimana dengan berita mengenai daerah Sindumin,Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu, Miri dan tempat tempat di mana kita sebenarnya berada? Mustahil kita tiada sebarang berita untuk dilaporkan. Tentu, kita boleh berhujah bahawa berita dari Sipitang misalnya tidak boleh disiarkan selalu kerana pejabat stesen TV kebanyakannya berada di Kuala Lumpur. Tetapi kita harus ingat globalisasi ialah satu bentuk perhubungan dua hala. Sekiranya kita dihidangkan dengan berita dari luar setiap hari, maka logiknya, orang luar juga perlu hidangan dari kita. Membuka stesen TV untuk Sipitang atau Beaufort adalah tidak mungkin di dalam masa yang terdekat ini. Tetapi era IT menyediakan platform yang lebih mudah untuk kita iaitu melalui penyediaan website yang bersesuaian. Nuba di Sungai Mengalong? Jambatan Sipitang?. Tajuk berita berkenaan agak pelik bunyinya. Pelik kerana kita selalu disogokkan dengan masalah nelayan di perairan Malaysia-Thailand dan Jambatan Pulau Pinang. Asing bunyinya sehingga menimbulkan kontraversi, tetapi di dalam masa yang sama ia amat menarik. Ia hanya boleh didapati di KOL dan usaha ini patut diteruskan. Globalisasi yang keterlaluan selama ini membuatkan kita merasa asing dengan persekitaran kita sendiri. KOL kadangkala amat mengejutkan dan membuat kita sedar bahawa Sipitang dan daerah daerah lokal masih wujud didunia kita. Akhir kata, Globalisasi sewajarnya tidak mengabaikan lokaliti di mana kita berada. END ARIMI SIDEK [HOME] |
Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site. |