
Logo Kedayan
Logo KEDAYAN terdiri dari
Celapa, Dukut dan Gear dan masing masing membawa maksud tersendiri.
Celapa
Simbol
keharmonian,
ketenangan dan kebudayaan. Ia menyimpan empat benda yang berlainan iaitu pinang,
kacip, sirih dan kapur.Di adap dengan fikiran tenang sebagai penyeri cerita.
Lima enselnya menggambarkan lima Rukun Islam sebagai agama umat Kedayan.
Garisan berukir
melambangkan Kedayan mempunyai keseniannya sendiri. Empat bulan sabit bertemu
muka bermaksud Kedayan dari detiap penjuru bersatu dengan Islam sebagai landasan.
Dukut
Simbol penyatuan. Di sini ianya simbol untuk memanggil orang orang Kedayan
supaya bersatu dan bernaung di bawah KEDAYAN.
Gear
Berbentuk separuh
dan digandingkan dengan celapa dan dukut melambangkan kemajuan orang Kedayan
tanpa mengabaikan nilai nilai tradisi yang positif. Garisan hitam yang keras
melambangkan ketegasan perjuangan
Warna:
Hitam
Ketegasan, daya serap
tanpa had kepada kemajuan.
Putih
Kesucian, tiada dolak
dalih dalam perjuangan
Hijau Kesuburan, kesegaran
Kedayan dalam perjuangan.
|