arkib vol.2 Up ]

[HOME]

Kedayan Online dilancarkan

Satu Kebanggaan Untuk Masyarakat Kedayan di mana jua

22 Julai 2000, Sipitang: Web site pertama untuk persatuan kedayan telah dilancarkan secara rasminya pada hari ini ini. Ini adalah selaras dengan seruan kerajaan ke arah mewujudkan masyarakat celik IT di negara ini. Menurut Presiden Kedayan, En Amde Sidik, usaha usaha pembinaan web site berkenaan adalah satu projek kerjasama KEDAYAN dengan pihak PAADIANinc, sebuah badan perunding bebas yang dianggotai oleh sekumpulan kecil anak anak kedayan yang celik IT. Projek ini dikenali sebagai "Kedayan.Com Project" . KEDAYAN seterusnya akan menyerahkan kerja kerja penyelenggaraan, pembangunan web dan urusan promosi kepada pihak PAADIAN Inc secara kontrak tahunan. Adalah diharapkan supaya web ini terus bergerak maju dan menempatkan diri sebaris dengan web site persatuan lain.

KEDAYAN ONLINE 

[HOME]

 


 

Mesyuarat Agung Pertama KEDAYAN

Pemilihan Barisan AJK baru KEDAYAN

22 July 2000, Sipitang -- KEDAYAN mengadakan Mesyuarat Agungnya yang pertama hari ini bertempat di Dewan serbaguna Sipitang. Bagi masyarakat Kedayan, perhimpunan ini adalah kesempatan yang pertama kali sejak 29 Disember 1991. Kira kira 150 orang perwakilan cawangan

  IMBAS KEMBALI... gambar Perhimpunan Agung SEDAYA pada tahun 1991

KEDAYAN dari di seluruh negeri menghadiri mesyuarat pada hari ini. Selain dari merupakan satu perjumpaan, persidangan kali ini juga adalah bertujuan untuk memilih barisan AJK KEDAYAN yang baru. Untuk para ahli, SELAMAT BERSIDANG dan amalkan semangat persaudaraan. Menang kalah adat pertandingan.

KEDAYAN ONLINE 

[HOME]


 

Pesta Kaamatan Negeri Sabah 2000

KEDAYAN turut serta memeriahkan suasana

30 Mei 2000, Kota Kinabalu -- Untuk julung kalinya KEDAYAN terlibat dan dijumput untuk mengambil bahagian di dalam perayaan Pesta Menuai peringkat negeri. Perayaan ini di adakan di Bandaraya Kotan Kinabalu dan di sertai oleh KEDAYAN Ibu pejabat, Cawangan Ulu Sipitang dan Luagan. 

Ketua Kontingen KEDAYAN Luagan, En Mohd Idris Bongsu  menyatakan  bahawa  ahli ahli berharap  KEDAYAN  akan  lebih  terlibat di dalam  kegiatan  sosial  di masa  yang  akan datang.   Sementara   itu   Tuan    Presiden berkata  respon  pihak penganjur dan sikap ahli ahli KEDAYAN  adalah  profesional  dan pandai bertolak  ansur.  Oleh  itu  program program yang  dijalankan  boleh terlaksana dengan lancar. Beliau juga menerangkan bahawa KEDAYAN berkemungkinan akan dijemput untuk mengambil bahagian di dalam Pesta Lagu Lagu Rakyat nanti kerana sikap positif ahli ahlinya.

KEDAYAN ONLINE

[HOME]

 

 

 

 home | latarbelakang | cawangan | presiden | barisan exco | projek | semasa | pendaftaran |link | buku tamu

Copyright © 2000  Biro Penerangan Persatuan Kedayan Sabah. All right Reserved.  Webmaster: Arimi Sidek, P.O Box 218, 88856 Likas, Sabah.

1