Enam muka baru AJK KEDAYAN 2000
27 Mei 2000, Kota
Kinabalu

Seramai 6 orang muka baru dilantik menganggotai barisan exco 2000. Mereka
yang berkenaan ialah En Munai Hj Mamit, En Maun Mayasin, En Rahim Yaakob, En
Azainey Lamat, En Masri Saban, En Harris Sambas dan Tn Hj Mohd Nor Kasah.
Presiden KEDAYAN berkata pelantikan mereka diharap akan membolehkan KEDAYAN
bergerak dengan lebih aktif terutamanya baru meneruskan perjuangan KEDAYAN.
Salah seorang dari AJK berpendapat sebenarnya KEDAYAN boleh meneruskan
perjuangan mereka adalah berpunca dari dedikasi AJK yang sedia ada . Mereka
terus menerejui KEDAYAN walaupun terpeksa menggunakan wang sendiri demi
persatuan. Syabas untuk anda barisan AJK Baru!
PAADIANinc.- nampaknya semua AJK baru
ni hebat belaka...
[ARCHIVE]
Setiausaha KEDAYAN mengundur diri
27 mei 2000, Kota Kinabalu
En Mahmud Osman, Setiausaha KEDAYAN mengumumkan keputusan beliau untuk
mengundurkan diri dari jawatan Setiausaha Agung KEDAYAN bermula Jun 2000.
Perletakan jawatan ini berkaitan dengan polisi tempat kerja beliau yang tidak
memungkinkan untuk memegang jawatan utama dalam persatuan. En Mahmud walau
bagaimanapun tetap menegaskan bahawa beliau tetap akan bergiat aktif dengan
KEDAYAN walaupun sebagai ahli biasa. Sumber kita bersetuju dan yakin dengan
pandangan beliau kerana selama ini pun beliau adalah salah satu tunggak
utama persatuan. Pada majlis yang sama Tuan Presiden mengumumkan bahawa tempat
beliau akan digantikan oleh En Munai Hj Mamit, seorang tokoh kedayan yang tidak
kurang hebatnya. Dengan berat hati kita mengucapkan setinggi tinggi penghargaan
kepada En Mahmud . Kepada En Munai, Syabas dan selamat berjuang!
PAADIANinc. & Kedayan Online
[ARCHIVE]
Pesta Lagu Lagu Rakyat 17 Jun 2000, Kota
Kinabalu
KEDAYAN telah mengambil bahagian di dalam pesta lagu lagu rakyat
peringkat negeri. Ahli ahli KEDAYAN dari cawangan Naparan telah mengambil
bahagian di dalam pesta berkenaan dan menyumbangkan persembahan baanding.
Baanding sebenarnya persembahan yang
menarik, ditambah lagi dengan penampilan
mereka disertai dengan pemain gambus dan penyanyi anding yang terkenal dari
daerah Sipitang. Jurucakap KEDAYAN berkata adalah pengelibatan KEDAYAN
berterusan boleh dilaksanakan sekiranya sokongan yang padu diperolehi dari ahli.
Kedayan Online
[ARCHIVE]
Mundul Taipas di Sipitang
23 Nov 1997, Sipitang
Satu Pertandingan Mundul Taipas
( ask your kedayan friends if you do
not know what is this) diadakan hari ini di Kg Batu 7, Sipitang.
Pertandingan berkenaan disertai lebih 50 orang ahli ahli dan penduduk setempat.
Jurucakap penganjur, En Mursidi Hj Hamzah berkata program ini selain dari
bertujuan untuk mendekatkan diri dengan aktiviti masyarakat, ialah juga untuk
mempromosikan kewujudan KEDAYAN di sini. Hadiah hadiah kepada para pemenang
disampaikan oleh En Amde Sidik, Presiden KEDAYAN.
PAADIANinc - inda ku ba apa pandai
jamu mundul...bilang kali mundul langau nganya ulihku
[ARCHIVE]
|