SMK Meranti Pasir Mas Kelantan |
Maaf Dalam Proses |
Profil SMK Meranti Pasir Mas Kelantan Sekolah Menengah Kebangsaan Meranti adalah sebuah sekolah luar bandar, bertempat di Kampong Meranti dalam daerah Pasir Mas Kelantan.. Sekolah ini menerima pelajar-pelajar dari beberapa buah sekolah rendah seprti SK Meranti,SK Bakong,SK Gelang Mas,SK.Pohon Tanjong DLL. Komposisi enrolmen pelajar ialah 99% pelajar Melayu, 1 % pelajar Siam. Pada tahun 1999, semasa saya menjadi Pengetua, bilangan pelajar ialah 1100 pelajar, 68 guru dan 10 staf sokongan. Terdapat 6 blok bangunan yang terdiri daripada 1 blok satu tingkat (dibina sendiri), 1 blok 3 tingkat (baru) dan 4 blok 2 tingkat. Terdapat 4 buah kolam ikan yang diselenggarakan oleh persatuan-persatuan. Pencapaian prestasi akademik adalah sederhana jika dibanding dengan sekolah-sekolah lain di daerah Pasir Mas. Walau bagaimana pun, sekolah ini sangat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Ia muncul johan hampir setiap tahun dalam beberapa permainan di peringkat daerah seperti hoki, ragbi, ping pong, bola keranjang, bola tampar dan catur. Persatuan yang aktif ialah PBSM, Kadet Bersatu Malaysia dan Pengakap. Sekolah ini telah memilih permainan Ragbi dan Hoki sebagai permainan utama dengan hasrat untuk mewujudkan imej Sekolah Berwatak dengan 2 permainan ini. SMK Meranti telah memiliki ciri-ciri tersendiri. Mulai tahun 1998, sekolah ini telah menjalankan beberapa projek IT. Sebuah kelas komputer ditubuhkan untuk pelajar-pelajar mempelajari komputer. Di samping itu, pengurusan sekolah mulai menggunakan komputer untuk melicinkan perjalanan pentadbiran sekolah. Pusat Sumber Sekolah juga turut bersama dalam perkembangan IT di sekolah dengan memkomputerkan katalog buku dan memberi kemudahan internet kepada pelajar dan guru. Koperasi sekolah telah memkomputerkan keahliannya. Bilangan komputer selian daripada kelas komputer ialah seperti berikut: 2 unit untuk Pejabat, 2 unit untuk Unit Komputer PSS kegunaan guru-guru, 1 unit untuk GPK1, 1 unit untuk GPK HEM dan 2 unit berangkaian kemudahan internet di Pusat Sumber Sekolah. |