Link Pilihan

s

TEL SEK; 09-7907586 SMKTC CEMERLANG 2010
alyu00@hotmail.com
 

 

.

Laman Blog Sekolah

Kursus Pengurusan Strategik 2009

Jamuan Akhir Tahun Guru 2008

Selamat menyambut tahun baru hijrah 1430

PERMATA DI TIANG CHANDI

Zamrud, akik, berlian, delima,
fairuz, intan,  mutiara dan nilam
permata gemilang di dasar lubuk
belum dicanai belum disepuh
permata asli bukan tiruan.

Digilap, disadur percikkan cahaya
mutu manikam kenalan jauhari
belum dinobat, belum dinilai
permata bonda aduhai sayang
harapan bangsa penyambung warisan

Duhai permata di Tiang Chandi
tinggi nilaimu kiranya kau tahu
dada kosong himpitlah ilmu
bakti budimu ditagih bangsamu
hidup menabur jasa yang sakti

Susah senang bonda lalui
perkasakan permata di daerah ini
bukan mendukung bebanan mati
menyorong tuah sumbangan sendiri
nama dikenang setelah pergi

Biar apa pun diri kamu
ada sumbangan apa pun cara
bagai permata berlainan rupa
ada nilai pada pemiliknya
sayangi diri sayangi semua

hasil pena :

surya nr - SMKTC- Mei 2005

Kata Aluan Pengetua

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat sejahtera,

Perancangan merupakan intipati dalam pengurusan organisasi. Perancangan yang bersistematik dan strategik menjadi petunjuk arah utama kepada kejayaan dan kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan. Justeru itulah SMK.Tiang Chandi menghasilkan Laman WEB sekolah.

Laman ini merupakan satu paparan maklumat yang meliputi segala aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah yang menjadi panduan kepada guru, staf sekolah serta masyarakat umum dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sehari-harian.

Keseluruhan laman ini mencakupi Maklumat Umum , Pengenalan sekolah, Agihan Tugas, Pengurusan Panitia, Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran, pengurusan peperiksaan dan penilaian, pengurusan Sumber, Pengurusan Hem, Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan Kebersihan dan Keceriaan dan Kajian Tindakan.Jelas fokus utama perancangan Sekolah adalah kurikulum tetapi tidak mengabaikan aspek lain selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Laman WEB ini akan menjadi bahan rujukan kepada semua warga sekolah dan masyarakat setempat. Dengan ini perancangan sekolah akan dapat dilaksanakan dengan cekap, mantap dan berkualiti, sesuai dengan moto sekolah "Bersama Menjana Kecemerlangan"

Akhirnya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang terlibat dalam penyediaan dan penghasilan laman SMKTC.NET terutamanya kepada AJK yang terlibat.
Sekian.Terima Kasih.

" MAJU SETIA JAYA....SMKTC CEMERLANG 2010 "


HJH WAN DALILAH BT HJ WAN ALWI

 

 

Laman Utama | Webmaster | e-mail | Aluan Pengetua| e-Majalah | Buku Pelawat |

UNIT ICT
Sekolah Menengah Kebangsaan
Tiang Chandi ,
17070
Pasir Mas,
KELANTAN.
Komen/Cadangan Mengenai Laman Web: Penyenggara Web
Telefon : (6)019-
9731996 e-mel : smktch@yahoo.com
© Hakcipta Terpelihara 200
7

 


1