GONG IMPIAN

 

Terlena kau dikelambu mimpi

Dialun irama gong impian

Hayalan seribu satu malam

Namun senja tak berlabuh

Kenapa dipilih aku

Memukul gong impianmu

Mencipta mimpi-mimpimu

Ini bukan pintaku

 

Tahukah kau mana garis pemisah

Realiti dan impian

Tahukah kau…

 

Terdayakah kau mewarnakan

Watak yang ku ciptakan

Terdayakah kau melafazkan

Baris puisi yang kutuliskan

 

Tahukah kau di mana

Realiti dan impian

 

Apa sebenarnya yang kau mahu

Ini impian Cuma sementara

Irama paluan gong impian

Pasti pudar ditelan masa

Cermin diri sendiri

Tanyalah diri sendiri

Kau mahu itu kau mahu ini

Kesampaiankah engkau

 

Kesampaiankah nada suaramu

Mendendang meladi yang kuciptakan

Gagahkah langkahmu mengorak

Tarian bersama paluan…..

 

Paluan gong…paluan gong impian

Paluan gong…paluan gong impian

Paluan gong…paluan gong impian

Paluan gong…paluan gong impian

Paluan gong…paluan gong impian

 

LAGU: M.NASIR

LIRIK: M.NASIR

 

kembali ke album saudagar mimpi

1