Dari Sebuah Pesanan

   
 

Sudah aku mengerti kini
pesananmu adalah mutiara
yang telah aku campakkan
lalu perlahan-lahan menyedarkan
perialanan meniti esoknya
bisa terencana
bersama rangkaian mutiara itu.

Aku masih membilang
kekosongan dalam perjalanan
rangkaian waktu dan ketika
hingga aku terbaring resah
memintal dalam seribu kesalan
kerana lupa sebuah pesanan.

Di luar sedar
aku rangkalkan sebuah ilusi
sering memantul dalam mimpi
hingga aku bersemangat
untuk meraih sebuah kejayaan.

   
 

Rokiah Yusof
Pelita
Kuala Terengganu
 

tutup

1