Orang
Cina pada tahun 200 S.M. sudah pun mengenal dan maklum akan kewujudan nombor
negatif. Mereka menggunakan rod pembilang berwarna merah untuk mewakili
nombor positif dan rod hitam untuk mewakili nombor negatif. Karya Zhu
Shi Jie yang bertajuk 'Suan Xue Qi Meng' [Pengenalan
Kajian Matematik (1299)] mengandungi petua-petua tanda bagi operasi
nombor.
Di India, karya Brahmagputra
( c.628 ) membincangkan kuantiti negatif dan kuantiti affirmative
dan
mengandungi petua-petua tanda bagi operasi nombor. Orang Hindu menggunakan
angka bersama bulatan atau titik di sebelah atas untuk mewakili nombor
negatif, contohnya, 2 sebagai negatif dua.
Di Eropah, Dophantus ( c. 275 )
menganggap persamaan 4x + 20 =4 sebagai perkara yang tidak masuk akal (absurd)
kerana penyelesaiannya x = -4 adalah nombor negatif dan pada masa itu orang
Yunani belum lagi menemui konsep Nombor Negatif.
Fibonacci
(c.1225 ) mentafsirkan penyelesaian nombor negatif kepada suatu masalah
kewangan sebagai suatu kerugian.
Cardan
pula mengenal punca negatif bagi persamaan dan karyanya Ars
Magna (1545) mengandungi petua-petua tanda bagi operasi
nombor. Cardan menggunakan simbol m untuk nombor negatif. Contohnya, m:3
bermakna
-3.
Simbol moden bagi nombor negatif telah ditemui oleh Tycho
Brache (1598), seorang ahli astronomi yang mulai menggunakan tanda
minus
( - ) untuk nombor negatif. |