Latihan 1 Latihan 2 Latihan 3 Latihan 4
Latihan 5 Latihan 6 Latihan 7 Latihan 8

SYARIKAT BERHAD

Syarikat berhad terbahagi kepada dua jenis iaitu syarikat sendirian berhad dan syarikat awam berhad.  Apakah perbezaan antara kedua-duanya?  Berikut adalah perbezaan di antara syarikat sendirian berhad dengan syarikat awam berhad.  Baca dan fahamkan kemudian cuba buat latihan yang berkaitan.

Asas

Syarikat Sendirian Berhad

Syarikat Awam Berhad

Bilangan ahli

Bilangan pemegang syer sekurang-kurangnya 2 orang dan tidak lebih 50 orang Bilangan pemegang syer sekurang-kurangnya 2 orang dan bilangan maksimum tidak ditetapkan tetapi bergantung kepada bilangan syer yang diterbitkan.

Terbitan syer

Tidak boleh menerbitkan syer kepada orang ramai Orang ramai boleh membeli syer yang diterbitkan

Pindah milik syer

Syer tidak boleh dipindah milik secara bebas. Pemegang syer yang ingin menjual syer hendaklah mendapat persetujuan dari pemegang syer yang lain. Syer boleh dipindah milik secara bebas. pemegang syer boleh menjual syernya tanpa mendapatkan persetujuan dari pemegang syer yang lain terlebih dahulu.

Bursa Saham

Syernya tidak boleh disenaraikan atau diurusniaga di bursa saham. Syernya boleh disenaraikan atau diurusniaga di bursa saham. Di Malaysia ia diniagakan di Bursa Saham Kuala Lumpur

 

1