Projek   60: 40 Nisbah Bilangan Pelajar Sains & Teknikal

Berbandingan Dengan Bilangan Pelajar Bukan Sains & Teknikal 

ORGANISASI 

Pengerusi                      : Pengetua

                                    ( Puan Hajjah Zainun Bt. Syed Ahmad) 

Naib Pengerus            : Penolong Kanan Pentadbiran 

Setiausaha                   : Guru Kanan Sains & Matematik

                                    ( Puan Zakiah Bt. Zaid ) 

Ahli Jawatankuasa        : Tuan Haji Mohd Rusdi B. Mohd Taib            (Guru Cemerlang )

                                      Tuan Haji Fauzi B. Jusoh  ( Kanselor )

                                      Puan Nek Nariah Bt. Jenal ( K.Panitia Matematik)

                                      Puan Nik Aishah Nik Mustapha   ( K.Panitia Sains)

                                      Puan Jawahil Bt. Awang                     ( Ketua Panitia Sains Tulen )

                                      Cik Hjh. Nazirah Bt. Adnan                (  Penyelaras Sains Ting.3 )

                                      En. Ab.Razak Muhamad                     ( Penyelaras Mat. Ting . 3)

 1.0       PENGENALAN

 

            Sistem  pendidikan negara kita telah dan sedang melalui pelbagai kemajuan dan reformasi. Kebelakangan ini, kemajuan dan refomasi yang dolaksanakan oleh  Kementerian Pendidikan Malaysia semakin pesat ke arah pencapaian wawasan 2020.

            Oleh itu sekolah perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan tenaga mahir untuk memberi komitmen sepenuhnya kepada sistem pendidikan negara. Kini bilangan pelajar yang mengambil elektif sains dan teknikal amat berkurangan . Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat hanya mempunyai 14% aliran  sains bagi tahun 2001 berbanding dengan pelajar bukan elektif sains.

            Langkah-langkah penting perlu supaya bilangan pelajar aliran sians mencukupi untuk mengisi jawatan saintis demi mencapai hasrat negara maju pada tahun 2020.

            Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat juga tidak ketinggalan dalam mencari strategi untuk menghasilkan projek 60:40 iaitu nisbah bilangan pelajar sains & teknikal berbanding dengan pelajar  bukan sains & Teknikal. 

2.0.     OBJEKTIF 

            2.1       Mempertingkatkan bilangan pelajar mengambil mata pelajaran elektif      sains & teknikal.

            2.2.      Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran saian ,     matematik dan teknikal.

            2.3.      Meyakinkan kepada pelajar yang layak mengambil elektif sains tetapi       tidak memilih  untuk      mengikutinya.

            2.4.      Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menggunakan                            IT.

            2.5.      Memupuk minat pelajar meneruskan pengajianya di aliran sains.

            2.6.      Mewujudkan pelajar yang tekun dan dedikasi dalam penggunaan alatan                           sains.

            2.7.      Mewujudkan pelajar berfikiran Kreatif dan Inovatif.

4.0.    STRATEGI 

            Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat telah dan akan melaksanakan beberapa strategi dalam mencapai objektif projek. 

4.1.      Sebaran Maklumat 

            Strategi ini khususnya dipertanggungjawabkan kepada kaunselor sekolah.

             Kaunselor telah dan akan :

            4.1.1.   Menyampaikan mesej kepada pelajar dan ibu bapa  mengenai

                        kepentingan sains dan teknologi.

            4.1.2.   Menyatakan peluang-peluang kerjaya bagi pelajar yang telah berjaya                                     setelah menyertai pakej elektif sains.

            4.1.3.   Mendedahkan dengan kejayaan atau kegunaan sains masa kini sebagai     

                        rangsangan untuk  memupuk sikap dan minit pelajar terhadap sains seperti  

                        Kejurutera  Genetik dan Teknologi Angkasa Lepas.

            4.1.4.   Menekankan terhadap pentingnya elektif sains dalam mencapai wawasan

                        2020.

            4.1.5.   Kerjaya bagi kelulusan elektif sains dipamirkan di papan-papan

                        kenyataan disetiap blok bangunan sekolah.

 

4.2.      Membina Keterampilan Guru

 

            Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan guru-guru yang mengikuti kursus perkhidmatan di maktab atau di universiti tidak mncukupi untuk menjadi guru yang berkesan. Guru-guru ini masih memerlukan latihan dalam perkahidmatan dalam menghadapi suasana sebenar disekolah. Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat telah dan akan  :

            4.2.1.  Berbincang dan berkongsi idea untuk menyelesaikan pengajaran dan    pembelajaran melalui panitia.

            4.2.2. Mengadakan kursus dalaman

Pengisian

Sasaran SWU

Tindakan

Motiwasi

Pedagogi

Konsep & Prinsip

Penilaian

Penyelidikan

Pengurusan

Semua

Sains & Matematik

Sains & Matematik

Semua

Semua

Sains & Matematik

Kaunselor

Guru Cemerlang

Guru Cemerlang

Pengetua

Pengetua

Guru Kanan

 

            Pendekatan yang digunakan ‘ Hands On ‘ , lawatan sambil belajar/ Bench Mark main peranan bermodul sumbangsaran tunjuk cara kuliah dan lain-lain .Lokasi yang digunakan sama ada di dewan sekolah , pusat sumber pendidikan negeri, pusat kegiatan guru, hotel dan resort.

            4.2.3. Mengalakkan guru-guru membuat kajian tindakan dalam menyelesaikan   masalah tidak minat pelajar dalam sains dan teknologi             4.2.4. Mengadakan lawatan ke Institut Sainstif .

            4.2.5. Mengambil kawasan sebagai projek untuk memelihara ekologinya.

            4.2.6. Memberi pengalaman pendidikan  kepada pelajar dengan cara sandaran di  

                      Intitusi  Pendidikan Tinggi atau Intitusi Penyelidikan. 

            4.2.7. Menjemput ahli sains yang pronimen untuk memberi ceramah tentang

                      kerjaya serta kejayaan mereka.

            4.2.8. Mengadakan pameran Sains & Teknologi. 

4.3.      Aktiviti Ko Akademik. 

            Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat telah mewujudkan persatuan Sains & matematik, kelab Reka Cipta, Kelab Komputer dan lain-lain.

            Setiap kelab/persatuan akan menjalankan aktiviti masing-masing, aktiviti-aktivitinya ialah Kuiz Sains nasional,      Kuiz Sains Alam Semulajadi,     Kuis sains Angkasa Sekolah menengah, Eseiton, Olimpiad matematik kebangsaan, Kuis Fizik ( Jun), Australian national Chemistry Quiz  Ancq  ( Jun), Projek Science Across Asia pasifik ,

Prias, Cereka Sains , Puisidra, Kem IT, Kem Sains   (Mac), Pertandingan Inovasi Sains & reka cipta. 

4.4.      Pemantauan dan Penyeliaan

            Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat telah membuat pemantauan dan penyeliaan di Pejabat sekolah. Fokus utama adalah bimbingan profesional di mana guru-guru cemerlang akan memberi idea baru dan berkongsi idea dalam penyelesaian cabaran pengajaran dan pembelajaran melalui panitia.

            Penyeliaan juga ditumpukan kepada makmal Sains dengan mempastikan 

            a)         Makmal mempunyai peralatan yang mencukupi dan berkualiti.

            b)         Menyediakan kot makmal dan cermin mata keselamatan dalam makmal sains.               

            c)         Mendapat bahan sumber yang berkaitan dengan pengajaran dan   pembelajaran Sains.

            d)         Melanggan media bercetak tentang Sains dan Teknologi.

            e)         Mewujudkan taman teknologi di sekolah

            f)          Mewujudkan suasana makmal dengan mural yang berkaitan dengan mata    pelajaran berkenaan termasuk kerjayanya.

            4.5.      Perjumpaan Berkala Bersama Pengurusan Sekolah.

            Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat telah menetapkan bahawa perjumpaan diadakan pada tiap-tiap hari Ahad jam 11.30 - 1.00 tengah hari.  Fokus utama perbincangan ialah:

            a)         Post Mortem  TOV, pencapaian & status semasa prestasi mata pelajaran   Sains dan teknikal.

            d)         Trend pemilihan mata pelajaran secara pakej.

            e)         Laporan aktiviti peningkatan prestasi mata pelajaran Sains & Teknikal, 

                        peningkatan sekolah dari segi status kejayaan dan cabaran.

            d)         Mengenal pasti program sokongan lain.

            e)         Indikator pengurusan Sains & Teknikal Cemerlang.

 4.6       Pelaksanaan ujian pengesanan Sains  & Matematik

            Semua pelajar akan menjalani ujian pengesanan Sains & Matematik yang   dianjurkan oleh JPN.

            Guru mata pelajaran telah membuat analisa ke atas soalan-soalan popular yang diperolehi oleh pelajar.

            Bimbingan seterusnya adalah berdasarkan soalan-soalan yang pelajar tidak tahu      atau tidak mendapat sebarang markah.  Analisa ini digunakan sehingga ujian berikut dijalankan dan bimbingan diberi berdasarkan analisa yang baru dibuat.

index

1