PANDUAN MAKMAL SAINS SEKOLAH
PENGAWETAN
SPESIMEN-SPESIMEN HAIWAN KECIL DAN TUMBUHAN
Pengawetan
haiwan dalam cecair
Semua
haiwan mesti dipengsankan dahulu sebelum dibunuh agar ianya dapat diawet dalam
keadaan yang sempurna. Formalin dan etil alkohol(etanol) adalah pengawet dan
penetap yang paling umum digunakan.Formalin komersial biasanya diperolehi
sebagai 40% larutan formaldehid. Semua pencairan fomalin adalah disediakan dari
bahan komersial 40% ini.
Formalin
mengeraskan tisu dan menghasilkan kerapuhan jika dibandingkan dengan alkohol .
Walaubagaimanapun ia adalah pengawet yang sesuai untuk pengawetan sementara
terutama sekali dengan haiwan vetebrata . Semua spesimen yang diawet dalam
fomalin lambat laun akan menjadi keras dan rapuh jika tidak dipindahkan dalam
pengawet dalam alkohol. Jika ini perlu dilakukan spesimen-spesimen boleh
terlebih dahulu dibasuh bagi menghilangkan baunya.
Formalin
adalah tidak sesuai untuk haiwan yang mempunyai kerangka atau spikul-spikul
kapur kerana larutan komersil ini biasanya adalah berasid dan akan melembutkan
bahagian berkapur ( calcareous) . Hal ini dapat diatasi dengan menuetralkan
fomalin tersebut. Formalin dapat mengawet warna spesimen-spesimen lebih lama
lagi jika dibandingkan dengan alkohol sungguhpun memang diketahui tidak ada satu
pun bahan pengawet yang dapat mengekalkan warna asal spesimen sampai bila-bila.
Haiwan
yang lembut elok ditetapkan dan diawetkan dalam alkohol. Organisma bergelatin
lembut memerlukan penetanan beransur bergantung kepada ketumpatan dan saiznya.
Ini
biasanya dari dua hingga enam jam bagi setiap kepekatan alkohol dari 30% , 50%
dan 60% yang mana selepas itu ianya disimpan dalam alkohol 70%.
Di
bawah ini ada diberikan panduan bagi cara-cara memengsan membunuh dan
bahan-bahan pengawet yang digunakan keatas spesimen-spesimen haiwan .
Spesimen |
Bahan
Pemengsan Atau
Membunuh |
Bahan
Pengawet |
i.
Coelenterata Contoh
: Hydra,Obor-obor,dll |
Bubuhkan
hablur mentol ke dalam air . |
Alkohol
70% |
ii.
Annelida Contoh
: Cancing tanah,lintah dll. |
Megnesium
Klorid 7% |
Fomalin
5% atau alkohol 70% |
iii.
Mollusca( tidak berangka) Contoh:
Lintah Bulan dan Sotong. |
Urethane
2% atau beberapa titik propyline klorid |
Fomalin
5% atau alkohol 70% |
iv.
Mollusca Contoh:
Siput dan Kerang |
Magnesium
klorid 7% |
Formalin
5% jika besar suntikan dengan 10% formalin dahulu. |
V.
Echinodermata Contoh:
Gamat, tapak sulaiman |
Masukkan
terus kedalam air tawar |
Formalin
5% jika besar suntik dengan formalin 10 % dahulu. |
Vi.
Crustacea (laut) Contoh:
Udang,ketam dll |
Masukkan
dalam air tawar |
Formalin
5% Jika besar suntik dengan fomalin 10 % dahulu. |
Vii.Serangga Contoh:
Kumbang |
Ethyl
Acetat |
Keringkan
dipinkan larva disimpan dalam alkohol 70 - 80%. |
X.
Veterbrata daratan reptilia, amphibia dan lain-lain. |
Ether
, klorofom |
Suntik
dengan alkhol 70% atau fomalin 10% dan disimpan dalam fomalin 10%. |
Xi.
Ikan |
Larutan
urethane 10% atau ms-222 sandoz 1:1,000 hingga 1:20,000 |
Formalin
10% ( suntik jika spesimen besar ) |
Cara-cara
menyediakan bahan pengawet cecair
Anda
boleh menyediakan bahan pengawet dengan mengikuti cara-cara dibawah:-
Untuk
Formalin
Kepekatan
1% Formalin ( formaldehyde 40%
) 1 ml
Air suling 99 ml
--------
100 ml
---------
Formalin
5%
5 ml
Air suling
95 ml
--------
100 ml
---------Formalin
10%
10 ml
Air suling
90 ml
100 ml
---------
Dari
alkohol grade mutlak
70%
Alkohol
70 ml
Air suling
30 ml
--------
100 ml
---------
Dari
alkohol grade
95 %
Alkohol
75 ml
70% Air suling
25 ml
-------
100 ml
---------
Pengawetan
rangka haiwan vertebrata ( burung, tikus, arnab,ayam dan lain-lain
)
Satu cara pengawetan ialahpengawetan dalam bentuk penyediaan rangka
haiwan ( taksidermi ). Ia adalah satu kaedah yang mana tulang-tulang haiwan
tersebut diproses untuk diawet dan dibentuk dalam kedudukan yang aslinya. Ianya
sangat sesuai untuk dijadikan bahan bahn rujukan dan bahan pameran di
sekolah.Berikut adalah senarai langkah-langkah yang anda ikuti untuk menyediakan
rangka haiwan anda.
1.
Mula-mula matikan haiwan dengan menggunakan klorofom dalam bekas yang tertutup.
2.
Kemudian buangkan kulit atau bulu pada haiwan tersebut.
3.
Buangkan segala isi perut dan organ-organ dalam badan.
4.
Lepaskan itu masukkan kedalam air mendidih selama satu jam. ( tertakluk pada
saiz haiwan ) supaya senang di buang.
5.
Keluarkan spesimen tadi dan mula buangkan semua otot ( isi ) yang melekat pada
tulang-tulang.
6.
Kemudian rendamkan ke dalam amonium hidroksida ( pelarut lemah ) selama 24 jam.
7.
Keluarkan selepas itu dan rendamkan ke dalam larutan 5% hidrogen prosikda selama
8 jam untuk memutikkan tulang.
8.
Lepas itu basuhkan dengan air dan keringkan di bawah cahaya lampu.
9.
Apabila tulang-tulang telah kering anda gamkan semila tulang-tulang yang
tertanggal dan di samping itu membentuk kedudukan semulajadi haiwan
tersebut.Rangka yang telah siap seeloknya dipaku atau dilekatkan pada pelantar
untuk mudah di alihdan di simpan.
10.
Anda boleh disapuskan tulang-tulang tersebut shelac untuk melindungi daripada
kulat atau bakteria.
KUTIPAN
DAN PENGAWETAN SERANGGA
Serangga terdapat di mana-mana di sekeliling kita. Kebolehannya untuk
hidup di berbagai-bagai jenis menjadikan ia berjaya sebagai satu kum[ulan.
Separuh dan spesies-spesies lain tersebar luas di berbagai-bagai jenis lokasi.
Ada jenis-jenis afid, sebagai contoh terbatas kehidupan pada satu spesies pokok
sebagai perumah ( Host ) sementara ada yang menjadikan beratus-ratus jenis pokok
berlaianan spesies sebagai perumah.
Cara-cara
kutipan
Biasanya
cara-cara kutipan adalah kurang selective (memilih) iaitu kemungkinan speseis -spesies
berlainan tidak akan dikutip sekali. Sebagai
contoh kutipan dengan cara-cara menyapu permukaan daun dengan jaring
serangga (insect net) akan menghasilkan kutipan serangga-serangga di bahagian atas
tumbuhan tersebut. Serangga-serangga
di bahagian bawah tumbuh-tumbuhan tidak akan dapat dikutip untuk mewakili
sepenuhnya tangkapan. Begitu juga
serangga yang terdapat di atas permukaan tanah dan di bawah tidak akan dikutip
langsung dengan kaedah begini.
Salah
satu cara yang biasa digunakan ialah dengan menggunakan jaring (sweep net)
jaring ini digunakan pada permukaan-permukaan tumbuhan sepertirimbunan daun-daun,
pokok-pokok renik, semak-semak, rumput-rumput dan lain-lain lagi.
Membunuh
dan Mengawet Serangga
Bahan
kimia bagi membunuh serangga yang sesuai ialah ethyl acetate.
Ianya boleh diletakkan pada kapas atau bahan-bahan jerap (absorbent
materials) di dalam sebuah botol (killing bottle). Walaupun ia terbakar tetapi
ianya tidaklah sebahaya menggunakan
sianid
(syanide). Spesimen akan menjadi lebih lembut (relex) dan tidak tegang)
walaupun ditinggalkan beberapa hari di dalam botol yang mengandungi ethyl
acetate.
Serangga-serangga
yang berkulit keras biasanya dipin atau disemat. Serangga berbadan lembut seperti afid dan anai-anai boleh
dibunuh dan disimpan dalam alkohol 70%. Alkohol isopropyl boleh digunakan jika
ethyl alkohol tidak dapat diperolehi. Ada sesetengah orang lebih suka
menggunakan larutan Hood’s yang mana ianya boleh disediakan dengan cara
berikut:-
Larutan
Hood’s
Ethyl
alkohol
1485 ml
air
suling
330 ml
asid
glacial acetik
83 ml
benzol
83 ml
-------- larutan Hood’s
Larva
kupu-kupu atau rama-rama perlu disimpan dalam larutan KAAD
sehingga
ianya kembang sepenuhnya ( 30 minit hingga beberapa jam) dan kemudian barulah
disimpan dalam alkohol 95%
Larutan
KAAD
Kerosene
1 bahagian
Alkohol
ethyl 95%
10 bahagian
asid
asetik glacial
2 bahagian
diaxane
1 bahagian
Menyemat
(Pinning) Serangga-Serangga
Serangga
yang berkulit keras ( yang besar) boleh disemat dengan pin dari atas menembusi
badannya. Jenis
Coleoptera ( kumbang) disemat menerusi kepak kanannya.,
lalat,
lebah, rama-rama/kupu-kupu biasa ianya disemat menerusi thorax dan pangkal
kepaknya. Semua spesimen mesti
disemat pada paras tinggi yang sama iaitu
1 inci dari atas hujungpin.
Ini dapat ditentukan dengan menggunakan blok-blok penyemat (pinning block) .
Kupu-kupu dan rama-rama biasanya diletakkan di atas papan (spreading
boads yang dibuat daripada kayu ataupun polystyrene) di mana kepak-kepak perlu
diatur dan dikembangkan hingga ianya kering dan dalam kedudukannya yang
diperlukan. Serangga-serangga kecil boleh ditenggekkan (mount) ke atas kertas
tebal (cardbord points) dengan
menggunakan gam. Serangga tersebut
mestilah diletakkan dalam kedudukan di mana kepalanya berhadapan ke hadapan dan
point hujung tiga segi cardboard tersebut berada di sebelah kiri pin.
Mengering
Serangga
Serangga
yang telah disemat perlu dikeringkan sebelum boleh disimpan di dalam kotak-kotak
serangga. Susun serangga-serangga
tersebut di atas keratan polystrene dan masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 45
C, keringkan sehingga beberapa hari. Serangga
boleh juga dikeringkan di bawah matahari jika tidak terdapat ketuhar, tetapi
mestilah diawasi dari dimakan oleh semut-semut perosak dan lainnya.
Melabel
Tiap-tiap
spesimen mestilah dilabel dengan nama tempat dari mana ianya dikutip berserta
dengan tarikh kutipan dan juga nama pengutip, label-label mestilah kecil dan
diletakkan lebih kurang 5/8 inci pada
pin serta dilekatkan selari dengan specimen. Nota-nota tambahan seperti jenis, tumbuhan di mana ianya
dikutip juga adalah perlu dan ini boleh ditulis pada lebel yang lain dan
dilekatkan lebih kurang 1/2 inci pada pin di bawah label yang terdahulu tadi.
Menyimpan
Serangga
Specimen
yang telah dikeringkan dan dilabel perlu disimpan dalam kotak-kotak serangga
yang khusus. Kotak-kotak itu
selalunya dilapis gabus dan ditutupdengan kertas putih.
Ianya seeloknya mesti kedap udara dan dapat menghalang perosak-perosak
seperti semut, lipas atau gegat memasukinya.
Ubat gegat (Naptelene) perlu dilekatkan dalam gulungan kain nipis di
bahagian bawah di sebelah tepi
kotak . Ini perlu diperiksa dan
ditambah dari masa ke semasa. Sejenis
larutan boleh disediakan sebagai rawatan kepada kotak-kotak
serangga ini. Ianya
disapukan di permukaan dalam kotak dan dijemur sehingga kering. Cara menyediakan adalah seperti berikut:
Bahan
kuantiti
1.
Serbuk Napthelene
3 lb (1360 g)
2.
Kloroform
1 lb
3.
Beechwood Creosolte
1 ib
4.
Minyak petrol
4 1/2 pts.
Cara
menyediakan
Campurkan
kloroform dengan 1 1/2 lb serbuk nepthlene, kacau hingga sekata dan tambahkan
lagi 1 1/2 lb serbuk nepthlene dan diikuti dengan beechwood Cresote.
Kacau untuk melarutkan dan kemudian tambahkan petrol.
Selepas
disapukan pada kotak, keringkan kotak sehingga yang tinggal cuma selapis serbuk
halus napthlene.
Melembutkan
(relex) Serangga (dewasa)
spesimen
yang kering mestilah dilembutkan sebelum ianya disemat atau ditenggek.
Serangga-serangga yang kering boleh diletakkan dalam bekas
yang tidak masuk angin (air-tight) di atas sekeping kertas tebal ataupun
kertas jerap yang diletakkan di atas pasir basah.
Bubuh sedikit (beberapa titik) asid karbolik pada pasir ini bagi
mengelakkan kulat dari tumbuh. Spesimen-specimen
akan menjadi lembut selepas 24 jam hingga 48 jam. Walau bagaimanapun adalah
lebih elok sekiranya spesimen-spesimen disemat samasa ianya baru ditangkap dari
ditunggu hingga ke saat-saat akhir dimana ianya perlu dilembutkan.
PENGAWETAN
TUMBUHAN
1.
Lumut Hati dan Lumut Jati
Pengawet
secara basah dan kering akan dibincangkan dalam bahagian ini.
Kedua-dua cara ini adalah sama penting dan perlu diberikan perhatian.
Specimen-specimen boleh diawet dalam jangkan masa tertentu dalam larutan
F.A.A. Bermacam jenis
larutan yang ditambah dengan kuprum telah disyorkan untuk mengawet serta
mengekalkan warna hijau dalam tumbuhan namun demikian tidak terdapat satu pun
yang boleh mengekalkan warna hijau selama-lamanya.
Peenyediaan
Larutan F.A.A. (Formalin-aseto-alkohol solution)
Bahan
Kuantiti
Ethyl
Alkohol 70%
90 ml
Formalin
, Formaldehyde
5 ml
Asid
Asitik glacial
5 ml
Bagi
bahan tumbuhan yang lembut digunakan 50% ,
gunakan 3 ml asid asetik dan 7 ml formalin bagi bahan-bahan keras seperti
berkayu (woody)
Kaedah-kaedah
berikut ini dapat mengawet dan mengekalkan warna hijau pada tumbuhan dengan
berkesan bagi satu-satu jangkamasa tertentu. Ini adalah bergantung pada jenis
tumbuhan pula.
1.
F.A.A dengan kuprum sulfat
Bahan
Kuantiti
Kuprum
sulfat
0.1 g
Ethyl
alkohol, 50%
90 ml
Formalin,40%
formaldehyde
5 ml
Asid
setik, glacial
5 ml
Cara
: Rendamkan spesimen dalam larutan ini selama 3-4 hari. Selepas itu pindahkan ke
larutan F.A.A (tanpa CuSo4) untuk disimpan.
2.
Lactophenol kuprum
Bahan
Kuantiti
Fenol
20 g
Asid
laktik
20 g
Gliserin
40 g
Air
suling
20 ml
Kuprik
Keloroid
0.2 g
Kuprik
asetat
0.2 g
Larutan
ini dicadangkan untuk alga hijau tetapi sesuai juga untuk lumut hati dan lumut
jati. Rendamkan spesimen dahulu dalam larutan selama 3 hingga 10 hari bergantung
pada saiz tumbuhan. Kemudian pindahkan ke dalam larutan F.A.A. untuk disimpan.
2.
Alga
Pengawetan
dalan cecair
1)
Alga air tawar : larutan-larutan yang disebut di bawah adalah dicadangkan untuk
semua jenis kecuali yang berbentuk unicellular lembut (delicate) penambahan
sedikit kuprum sulfat munkin dapat membantu mengekalkan sedikit warna alga hijau.
A)
Formalin-chroma alum
Kalium-kronalum
10 g
Formalin 4%
5 ml
Air
500 ml
b)
Formalin -asid asetik glacial
Air
72 ml
Formalin (40% Fornaldehyde)
5 ml
Gliserin
20 ml
Asid asetik glacial
3 ml
c)
Transean’ s solution
Air
60 ml
Ethyl alkohol
30 ml
Formalin
10 ml
Gliserin 5 ml
ii)
Alga Laut
a)
3 % Formalin
Formalin
3 ml
Air laut
97 ml
Untuk alga yang besar gunakan 5 ml formalin
b)
Ethly alkohol
Ethyl alkohol
70 ml
Air laut
30 ml
Untuk menetapkan warna hijau dalam alga
laut, larutan berikut adalah dicadangkan.
3.
Kulat
Pengaweatan
dalam cecair, kulat-kulat segar (freshy) seperti cendawan, kulat bracket dan
kulat cup serta bahagian-bahagian yang dijangkiti parasit-parasit kulat boleh
diawet untuk jangkasmasa tertentu dengan menggunakan bahan-bahan pengawet di
bawah ini.
A)
5 % formalin (tambahkan 5 ml formaldehde kepada 5 ml air suling
b)
F.A.A. (Formalin-asid asetik alkohol)
Formaldehde (larutan 40%)
50 ml
Asid asitik galcial
50 ml
Alkohol 60 % (ethanol atau isopropil)
900 ml
Bagi
mengawet kulat berwarna formulasi-firmulasi nerikut adalah disyorkan.
A)
Kulat yang terdapat pigmen larut air
Asid asetik glacial
10 ml
Mercuric acetat
1.0 ml
Plumbum asetata neutral
10.0 ml
Ethy alkohol 90 %
1000 ml
b)
Kulat yang terdapat pigmen tak larut
Asid asetik glacial
5 ml
Mercuric asetat
10 ml
Air Suling
100 ml
Pengawetan
kering : tumbuhan dengan parasit kulatnya
boleh dikeringkan dalam penekanan tumbuhan(plant press) dan disimpan di atas
kertas herbarium. Kulat segar, termasuk cendawan, bola puf, kulat cup, dan
lain-lain boleh dikeringkan dibawah matahari atau bawah pencahayaan terang.
Spesimen yang kering ini akan disimpan di dalam beka-bekas yang mana dimasukkan
sedikit hablur paradichlorobenzenl bagi menghalang seranggan memasuki dan
merosakkannya.
Pengawetan
spesimen tumbuhan dengan cara kering.
Kebanyakkan
tunbuhan berkayu boleh di awetkan terutama daun dan bunnya untuk dijadikan
spesimen herbarium. Keadaan ini dalah paling sesuai dan boleh disimpan dengan
lama jika disimpan dikendalikan dengan sempurna. Pengawetan dalam bentuk kering
ini adalah sesuai untuk dijadikan bahan rujukan di makmal sekolah anda. Jadi
bagaimana anda akan melakukan pengawetan ini ?
Mula-mula
adan perlu menyediakan bahan atau alat-alatnya seperti di bawah ini:
1.
Alat penekan (plant press)
Diperbuat daripada kayu berukuran setiap 1cm x 3 cm x 48 cm panjang.
Kayu-kayu ini kemudian dipaku dengan teguh untuk membentuk pengapit. Anda perlu
menyedikan dua belah alat ini.
2.
Tali pengikat
Tali
ini adalah untuk mengikat alat pengapit. Boleh diperbuat daripada nylon ataupun
jerami dan secukup panjang untuk diikat dikeliling alat pengapit.
3.
Kadboard (corrigated boards)
Sediakan
beberapa keping berukuran 33 cm x 50 cm. Kadbod ini digunakan untuk mengapit
spesimen yang telah disusun di
antara helaian kertas sebelum dikapit dengan pengapit.
4.
Lapisan kertas
Kertas
ini adalah untuk menyusun dan mengapit spesimen. Anda boleh gunakan kertas surat khabar untuk tujuan ini.
5.
Kertas herbarium
Kertas
ini tebal, berukuran 16 1/2” x 10 1/2” dan berwarna putih. Penyediaan
spesimen herbarium melibatkan proses mengutip, menekan (mengapit) melekat,
melabel dan akhirnya mengecamkan spesimen. Disini saya tidak akam membincangkan
kaedah pengecaman spesimen.
Proses
Pengapitan
Anda
perlu memilih spesimen yang sesuai seeloknya yang mempunyai daun yang tidak
dimakan ulat, bunganya atau buahnya jika terdapat. Kemudian susunkan
spesimen ini di antara lapisan kertas. Pastikankeratan spesimen ini tidak
melebihi kertas kadbor (33 cm x 50
cm) yang akan digunakan untuk mengapitnya nanti. Sisinkan daun-daun supaya tidak
bertindih dan jika terlalu banyak daun buangkanya jika perlu , cukup sekadar
mempamerkan bahagian batang, daun, dan bunga. Selepas itu anda perlu susun
spesimen di dalam kertas ini di antara dua kadbod dan alat pengapit kayu. .Dengan
menggunakan tali dengan kuat kepitan spesiemn ini seelok-eloknya tali
dikelilingkan beberapa kali pada pengapit tadi.
Mengering
Spesimen
Apabila
spesimen selesai dikapit ianya sudah sedia untuk dikeringkan. Terdapat dua cara
anda dapat mengeringkan spesimen tersebut. Pertama dengan cara cahaya matahari
dan kedua adalah dengan menggunakan ketuhar yang mana suhu boleh dikawal. Dengan
cara pertama spesimen dalam alat
pengapit perlu didedahkan di bawah
cahaya matahari. Pada keesikan harinya anda perlu membukannya
pengapit ini dan pindahkan
spesimen-spesimen ke lapisan kertas-kertas baru. Betulkan dan atur semula
daun-daun atau bunga yang terlipat
semasa proses pengapitan terdahulu. Proses ini perlu dilakukan sehingga spesimen
betul kering. Cara mengering dengan cahaya matahari ini akan mengambil masa satu
minggu.
Kaedah
pengeringan dengan menggunakan haba dari ketuhar adalah sangat sesuai dan cepat.
Jika terdapat edaran udara yang elok maka ianya adalah satu cara paling sesuai
menerusi pengeringan cepat bagi mengawet warna tumbuhan. Spesimen yang dikapit
dimasukkan terus kedalam ketuhar
pada suhu 45 C hingga 60 C. Proses pengeringan cara ini biasanya mengambil masa
3 hingga 7 hari. Dalam pad itu jangan lupa menukar lapisan kertas bila-bila
perlu.
Melekatkan
Spesimen (Mounting)
Selepas
anda telah melakukan proses pengapitan dan pengeringan, spesimen tadi adalah
sedia untuk dilekatkan ke atas kertas herbarium. Kertas herbarium yang standard
adalah berukuran 16 1/2” x 10 1/2”. Tujuan utama bagi spesimen ini
dilekatkan adalah untuk memudahkan penyimpanan. Oleh itu adalah penting bagi
anda memastikan spesimen dilekatkan dengan kuat pada kertas serta diatur dan
dipamer dengan jelas. Sebolehnya-bolehnya kedudukan asal bahagian tumbuhan
mestilah dikekalkan dan anda tidak perlu mengubah mana-mana bahagian untuk
mendapatkan kedudukan yang anada rasa elok. Pamerkan bahagian atas dan bawah
daun-daun terutama sekali bagi tumbuhan seperti pakupakis supaya dapat dilihat
perbezaanya.
Batang
tumbuhan boleh dilekatkan ke atas kertas herberium dengan menggunakan benang
jahitan. Anda perlu menebut kertas herberium ini dan jahitkan benang dengan
mengguakan jarum. Disampingitu juga anda boleh gunakan kertas jalur bergam atau
gam resin/emulsi. Pastikan selepas menjahit anda mematikan jahitan dengan
membuat satu ikatan di belakang kertas herberium. Daun-daun pada kertas lebar
boleh juga dijahit di batangnya atau digam terus pada kertas. Setiap tumbuhan
mestilah dilekatkan pada kertas herberium yang berasingan.
Melebel
spesimen
Sesudah
melekatkan spesimen yang telah kering tadi perlu melebelkannya selepas ini.
Biasalebel ini dilekatkan pada bahagian bawah kertas. Maklumat yang difikirkan
perlu adalah seperti nama saintifik,nama amnya, nama family, tempat dimana ia
dikutip, habitatnya, nama pengutip, tarikh ianya dikutipdan nombor herberiumnya
bagi tujuan rekok atau rujukan ( sila lihat contoh ).