PANDUAN MAKMAL SAINS SEKOLAH
PENYELENGGARAAN
MIKROSKOP
Langkah-Langkah
Memelihara Mikroskop:
1.
Untuk tujuan pindah memindah, mikroskop haruslah diangkat atau dibawa dengan
memegang lengan mikroskop dengan satu tangan dan meletakan satu tangan lagi di
bawah mikroskop.
2.
Hanya tisu kanta sahaja digunakan bagi tujuan pembersihan kanta-kanta mikroskop.
Bahan-bahan lain seperti tisu ‘ Kleenex dan kain’, jika digunakan mungkin
akan mencalarkan kanta dan juga meninggalkan serabut dan serbuk halus di atas
kanta.
3.
Tapak jari dilarang digunakan untuk mengelap sebarang kekotorang atau debu dari
permukaan kanta. Perbuatan ini mungkin akan menyebabkan minyak atau gris ( yang
terdapat di atas jari kita ) melekat di atas permukaan kanta tersebut dan
seterusnya dan mengurangkan kualiti imej.
4.
Setiap kali mikroskop digunakan, fokuskan spesimen dengan kanta objetif
bermagnifikasi rendah ( 4x dan 10x ) dahulu sebelum menggunakan kanta objetif
bermagnifikasi tinggi ( 40x dan 100x ). Jika kanta objektif 40x dan 100x
digunakan, jangan menggunakan pemutar fokus kasar untuk tujuan pemfokusan.
Perbuatan ini mungkin dengan tidak sengaja mengakibatkan kanta objektif ( 40x
dan 100x ) menyentuk atau memecahkan sisip kaca slid. Selain
dari kerosakkan pada spesismen, kerosakkan pada kanta objektif juga boleh
berlaku.
5.
Jangan menggunakan sebarang mminyak rendaman terlekat pada permukaan kanta
objektif. Ini akan menhasilkan imej yang kabur. Jika minyak itu menjadi kering
di atas kanta objektif, ia sangat susah untuk di hilangkan melaiankan dengan
mengguanakan xylene.
6.
Pastiakn pentas mikroskop sentiasa dalam keadaan bersih. Jika terdapat sebarang
tumpahan di atas pentas,perlulah di bersihkan dengan segera. Tumpahan-tumpahan
seperti canada Balsam, dan menyak rendaman perlulah dibersihkan dengan segera
supaya tidak menjadi kering di atsa pentas. Xyelene boleh digunakan untuk tujuan
pembersihan bahan- bahan ini.
7.
Jangan biarkan lubang kanta objektif atau tiub kanta mata dalam keadaan trebuka.
Langkah ini adalah untuk tujuan mengelakkan dari debu dan lain-lain kekotoran
masuk ke dalam mikroskop. Jika keadan tertutup sentiasa di jaga, bahagian kanta
di sebelah dalam mikroskop tidak perlu pembersihan. Sekiranya lubang pemasangan
objektif itu lebih dari bilangan objektif yang ada, lubang -2 yang terdedah itu
perlu ditutup dengan penutup plastik yang selalaunya dibekalkan bersama-sama
dengan mikroskop.
8.
Selepas digunakan mikroskop haruslah di simpan di dalam peti atau almari yang di
buat khas untuk mikroskop. Langkah ini ialah untuk memastikan kanta-kanta dan
cermin-cermin tidak di selaputi debu dan kekotoran. Jika tidak ada tempat
tertutup, sekurang-kurangnya mikroskop itu ditutup dengan penutup plastik dengan
kemas.
Penbersihan
Kanta-Kanta
Bahan
yang di perlukan:
a)
Kertas tisu kanta
b)
Alat peniup ( seperti yang digunakan untuk kamera )
c)
Berus lukisan yang lembut dan bersih.
d)
Pelarut:
i) Xylene
ii) 7:3 ( eter : alkohol ) atau
iii) 1-3% LOC dalam air/ ( dan diikuti dengan pembersihan menggunakan
alkohol muklat sebanyak 3 kali.
iv) Kayu nipis yang lembut ( berbentuk lidi ) ( sila lihat gambarajah )
*
Gunakan berus lukisan dan alat peniup untuk menanggalkan debu pada permukaan
kanta .
*
Sediakan tisu kanta dengan membalutkan kertas tisu itu pada kayu nipis yang
lembut tadi.
*
Bernafaslah ke dalam kanta supaya terdapat wap air diatas permukaan kanta.
*
Kemudian lapkan kantan dengan tisu
kanta yang disediakan tadi. Mulakan gerakan mengelap dari pusat(tengah) kanta
dan semakin keluar(seperti bulatan yang semakin membesar)
*
Tiupkan( dengan alat peniup) ke atas permukaan kanta beberapa kali untuk
menanggalkan sebarang serabut tisu di aatas permukaan kanta.
NOTA:
Dalam
banyak keadaan lengkah-langkah 1-5 adalah mengkucupi, tetapi langkah-langkah 6-8
harus dilakukan jika pembersihan tambahan diperlukan.
* Sediakan satu lagi kertas tisu kanta(langkah 2) sentuh hujungnya dengan
sedikit perlarut(Xylene,eter/alkoh atau LOC), kemudian lakukan
pembersihan seperti yang diterangkan
untuk langkah
* Gunakan tisu yang baru(atau bahagian tiu yang baru)setiap kalai
pengelapan dilakukan. Pelarut perlulah digunakan dengan berhati-hati, semasa
pengelapan
dilakukan, pastikan kayu tidak terlonjak keluar dari tisu dan menyentuh
kanta. Jika LOC digunakan untuk pembersihan, selepas itu perlu dibilas dengan alkohol
mutlak sebanyak 3 kali.
* Tiupkan (dengan alat peniup) atas permukaan kanta beberapa kali.
* Kanta harus dipasang balaik dan diperiksa. Jika kekotoran masih ada,
lakukan pembersihan sekali lagi.
Peringatan:
1.
Untuk pembersihan biasa, gunakan hanya wap nafas, iaitu dengan bernafas ke dalam
kanta, diikuti dengan pengelapan tisu kanta. Pelarut-pelarut hanya digunakan
jikamkekotoran tidak dapat ditanggalkan dengan cara wap nafas tadi.
2.
Dalam kebanyakan kanta objektif dan kantamata, kanta-kantanya dipasang atau
dilekatkan dangan sejenis simen dan balsam. Jadi semasa pembersihan dengan
pelarut-pelarut seperti alkohol.eter dan xylene, ianya perlu dilakukan dengan
berhati-hati supaya pelarut-pelarut ini tidak terkena simen atau balsam terlalu
lama dan melonggarkan kedudukan kanta-kanta.(satu kanta objektif biasa jenis
akromat mungkin mempunyai sehingga 15 kanta yang mana mempunyai kedudukan yang
tertentu). Jika tisu yang mengandungi pelarut terkena sempadam kanta(kawasan
simen), tisu itu munkin(atau bahagian tisu) tidak seharusnya digunakan lagi.
Satu amalan yang baik untuk mengelakkan pebggunaan tisu lebih dari sekali.
3.
Semasa pembersihan kantamata(yang biasanya mengandungi 2 set kanta), kanta-kanta
mestilah dipastikan supaya tidak tersalah pasang. Amalan yang baik ialah unutk
mengeluarkan dan memasang balik kanta-kanta itu satu demi satu.
Masalah-masalah
yang munkin dihadapi di dalam penggunaan Mikroskop:
Masalah
1:
Pemutar fokus kasar: sangat ketat
Punca:
Makanisma gear pergerakan pentas dan sebahagiannya tidak
dipasang denga baik.
Penyelesaian
:
a) Betulkan pemasangan. Dalam kebanyakkan mikroskop ini dapat dibetul
kandungan memutarkan kedua-dua pemutar ke arah
yang bertentangan.
b) Bersihkan gris yang lama dan sapu gris yang baru.
Masalah
2:
Pentas atau tiub menurun sendirir tanpa disentuh (dan
menyebabkan fokus spesimen berubah)
Punca
:
a) Makanisma pemutar fokus atau pentas tidak dipasang dengan
baik.
b) Pelinciran denga minyak yang nipis.
Penyelesaian
:
Seperti dalam masalah 1
Masalah
3 :
Pemutar fokus halus ( pemutar fokus mikrometer) tidak dapat diputarkan.
Punca
:
Pemutar fokus halus telah sampai ke pusingan akhirnya.
Penyelesaian
:
a) membawa kantan objektif 10x ke medan cahaya
b) pusingkan pemutar fokus halus supaya ia terletak di dalam pertengahan
pusingan sepenuhnya. Sebagai contoh jika jumlah
pusingan yang boleh dilakukan ialah 10 letakkannya pada
pusingan yang kelima.
c) Mengfokuskan spesimen dengan pemutar fokus kasar.
d) Akhir sekali dengan membawa kanta objektif asalnya dan mengfokus dengan pemutar fokus.
Masalah
4 :
Fokus imej berubah terlalu lebih walaupun pemutar fokus halus dipusinag
sedikit sahaja. ( khususnya penggunaan kanta objektif rendaman minyak)
Punca
:
a) Objektif tidak diskru keatas dengan sepenuhnya.
B) Sisip kaca telah terlekat pada kanta objektif ( dengan selapisana
minyak)
Penyelesaian
:
a) Pastikan kanta objektif dipasang ( skru) dengan cermat.
B) Pasangkan slid spesimen keatas pentas dengan ketat.
C) Jangan menggunakan minyak rendaman
yang kental.
Masalah
5 :
Terdapat imej berbintik atau berkabus
Punca
:
a) Kekotoran atau gris di atas kanta mata ( boleh dikesan jika bintik-bintik itu turun berpusing sewaktu kanta mata
dipusingkan.
B) Kekotoran atau gris di atas kanta objektif
c) Pemcemaran keatas sisip kaca ( bintik-bintik bergerak jika slid
spesimen digerakkan)
d) Kekotoran diatas iluminasi
Penyelesaian
:
Bersihkan mana-mana yang perlu.
Masalah
6 :
Bintik-bintik berada di dalam fokus yang jelas. Ia berubah dan hilang
jika kondenser di turunkan atau di naikkan.
Punca
:
a) Kekotoran di atas mentol atau skrin luaran ( diffusing ) di hadapanya,
jika illuminasi kritik digunakan.
B) Kekotoran di atas kaca penutup slid pada lampu siap terpasang, ataupun
pada kertas turas kaca di atasnya ( jika illuminasi
kholer digunakan ).
Penyelesaian
:
Bersihkan mana yang perlu. Jika kekotoran tidak dapatdihapuskan dengan
segera, ubah kondeser sedikit.
Masah
7 :
Terdapat imej yang kabur dan tidak dapat di fokuskan dengan
jelas.
Punca
:
a) Rendaman yang salah, iaitu udara digunakan walaupun minyak harus
dugunakan atau sebaliknya.
b) Buih dalam minyak rendaman.
c ) Pencemaran lutsinar ( transperent ) di atas kanta objektif hadapan.
d) Sisip kaca terlalu tebal
e) Lapisan media pelekat yang terlalu tebal.
f ) Minyak rendaman yang tertinggal di atas sisip kaca.
g) Slid spesimen terbalik di atas pentas. Kesan-kesan lebih
ternyata
bagiobjekti-objektik kuasa besar (40x dan 100x )
Penyelesaian
:
Untuk masalah 7(a) - 7(c) :
Gunakan rendaman yang betul dan bersihkan kantaobjektif jika perlu.
Untuk masalah 7(d) - 7 (e)
Gunakan objektif dengan ‘collar’ pembetulan atau
gunakanobjektrif rendaman yang lebih sesuai .
Untuk masalah 7(g)
Balikkan slid dan pastikan label dilekatkan semula di atas permukaan yang betul.
Masalah
8 : Illuminasi terdapat hanya pada sebahagian imej sahaja.
Punca
:
a) sebahagian daripada pemegang turas kaca biru terdapat pada
laluan cahaya.
b) Objektif tidak terletak pada tempat yang betul.
c) Kundesor atua Kondesor tambahan tidak terdapat pada paksi
optik.
Penyelesaian
:
Betulkan kedudukan yang perlu.
Masalah
9 :
Illuminasi cahayanya tidak sekata di medan objek ( suatu )
kawasan lebih terang dari kawasan yang lain.
Punca
:
a) Kedudukan atau sudut (sendeng) cermin tidak betul.
B) Kedudukan kondesor tidak berada di tengah-tengah paksi oktik ( dengan
illuminasi genting ).
C) Punca kuasa illuminasi (mentol dsb) tidak sama rata (dengan illuminasi
genting).
Penyelesaian:
Untuk masalah 9(a) - 9 (b) :
Betulkan kedudukan bahagian yang berkenaan.
Untuk masalah 9 (c):
Naikkan atau turunkan sedikit konesor . Kaca tarik naikkan atau turunkan sedikit kondeser. Kaca
tarik (kabus ) boleh digunakan di hadapan mentol.
Masalah
10 :
Semasa penggunaan kanta objektif rendaman terdapat pembentukan seperti awan menyeberangi medan dan seterusnya spesimen
kehilangan fokus.
Punca:
a) Buih dalam minyak rendaman.
B) Minyak sedang digunakan di antara spesimen dan kanta objektif yang
digunakan itu bukan objektif rendaman.
Penyelesaian:
Bersihkan minyak dari spesimen (slid) dan objektif.
Sediakan semula slid untuk
dilihat di bawah mikroskop.
Masalah
11 : Terdapat bintik-bintik
cahaya yang kurang jelas di atas imej.
Punca:
Kesan daripada pembalikan-pembalikan cahaya (reflection) di kedalaman
mikroskop (biasanya berbentuk bulan sabit atau bulatan).
Penyelesaian
: Cuba kantamata yang lain
serta illuminasi kohier
Gunakan kanta yang bersalut dengan anti-pembalikan
cahaya (anti-reflection coating) atau ditukar kanta
objektif-kantamata.
Masalah
12: Terdapat bintik-bintik cahaya yang kurang jelas di
atas imej.
Punca:
a) Pencemaran di atas permukaan kanta,
b) Pencemaran di sebelah atas bawah slid,
c)
Terdapat udara dalam minyak rendaman di atas kondensor
Penyelesaian:
Jika kedudukan pencemaran tidak dapat dikesan,buka
diafragma apertur kondensor lebih lebar untuk men
gurangkan kesan/pencemaran tersebut.